Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 15, 2013

Korban keli..

Assalamualaikum...

Korban keli..


Salam aidil adha untuk semua umat Islam di seluruh pelosok dunia.. Ada yang buat korban ke..? Jika ada tu, alhamdulillah..


Apapun, pagi tadi aku korbankan beberapa ekor ikan keli mak aku yang ada kat dalam kolam simen sebelah dapur tu.. Dari mula buang air kolam, menyauk ikan, mematikan ikan, menyiang sampai la kepada menggoreng, aku yang buat sorang-sorang.. huhuhu... Sampai naik kecut jari yang dah sedia kecut.. haha.. Mujurlah skill menyiang ikan keli ni masih ada lagi.. hehh..


Tuang dua tiga genggam garam kasar, empat lima biji limau kasturi yang dibelah dua, segenggam asam jawa.. Pastu tutup dan tindih ketat-ketat.. Kalau tak nanti ikan tu melompat keluar.. Biarkan ikan keli tu berperang sesama sendiri...



Tak sampai 15 minit, dah senyap dah.. Kali ni guna tong buruk je.. Dulu pernah sekali tong tu pecah sebab ikan yang berperang kat dalam tu.. Apa lagi, kelam kabut la dok cekau balik ikan yang keluar dari rekahan tong yang pecah tu.. 



Dah siang dah...



Dah siap potong...



Pastikan darah beku yang kat sebelah jari aku tu dibuang.. Kalau tak buang, nanti ikan tu tetap berbau hanyir bila dimasak.. So, kena kerobek-kerobek sampai jumpa darah beku tu..



Sudah sedia untuk digoreng...



Yang ni mak aku kata dia nak masak dengan rebung...



Siap goreng dah... Goreng kosong je.. Malas nak menyambal.. Jemu asyik makan pedas je..


Aku akhiri entry entah apa-apa ni dengan cerita dari UKE.. 


p/s: Salam aidil adha.. Maaf zahir batin..

3 Tukang Tembak:

Tia Fatihah said...

wah, pasal ikan keli. hmm, saya tak pandai makan. tapi nak tanya sikit. yang letak garam tu supaya ikan keli tu mati ek? ke dia gaduh dengan keli yang lain?

pasal status dekat facebook tu. alahai, sampai macam tu sekali ye mak cik. isk.. boleh rosak korban..

~ Cik Azz ~ said...

Tia Fatihah:

Ha'ah, letak garam nak bagi keli tu cepat mati.. Garam tu kan pedih, nanti dorang akan bergaduh sesama sendiri... Cara ni rasanya lebih selamat daripada cara mengetuk kepala keli yang masih hidup..

Pasal status fb tu, tu la.. Sedikit sebanyak kita boleh ambil iktibar...

Acik Erna said...

azz..akak makan goma..nak siang minta ampun yo he he..kalau tak disiang akak tak masak la jawab e ikan ni

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »