Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 22, 2013

Saiz dan ukuran standard untuk seluar lelaki dewasa...

Assalamualaikum...

Saiz dan ukuran standard untuk seluar lelaki dewasa...


Berikut adalah saiz dan ukuran ukuran standard bagi seluar lelaki dewasa.. Mana la tau kalau-kalau ada yang nak mencari seluar untuk dijadikan hadiah ataupun ada yang nak cuba menjahit seluar ni sendiri... Selebihnya adalah untuk rujukan aku sendiri.. Sebelum nota aku tu hilang melayang entah ke mana, baik aku masukkan kat dalam entry ni..


Saiz S:
  • Labuh = 36-37 inci
  • Keliling pinggang = 27-28 inci
  • Keliling ponggong = 36 inci
  • Kelengkang/cawat = 26 inci
  • Keliling peha = 23 1/2 inci
  • Keliling lutut = 17 inci
  • Keliling kaki = 13 1/2 inci

Saiz M:
  • Labuh = 38-39 inci
  • Keliling pinggang = 29-30 inci
  • Keliling ponggong = 37-38 inci
  • Kelengkang/cawat = 26 1/2-27 1/2 inci
  • Keliling peha = 26 inci
  • Keliling lutut = 18 inci
  • Keliling kaki = 14 inci

Saiz L:
  • Labuh = 40-41 inci
  • Keliling pinggang = 33-34 inci
  • Keliling ponggong = 40-41 inci
  • Kelengkang/cawat = 27-28 inci
  • Keliling peha = 26-27 inci
  • Keliling lutut = 18-19 inci
  • Keliling kaki = 15-16 inci

Saiz XL:
  • Labuh = Lebih daripada 41 inci
  • Keliling pinggang = 36-38 inci
  • Keliling ponggong = 42 inci
  • Kelengkang/cawat = 30-31 inci
  • Keliling peha = 28 inci
  • Keliling lutut = 20-22 inci
  • Keliling kaki = 19-20 inci


p/s: Semoga entry ini ada manafa'atnya.. 

6 Tukang Tembak:

akuanakpahang said...

Saiz M terbaik buat saya :) terima kasih diatas perkongsian entri diatas.

Rai Ourkizuna said...

tatau la husband saya size apa.. biasanya dia pilih sendiri.. haha..

Nor Juwariyah said...

Ukuran cawat tu termasuk pinggang ke tak

Nor Juwariyah said...

Ukuran cawat ssh tolak siap ban pinggang ke blom

Cik Azz said...

Nor Juwaiyah:

Ini adalah ukuran siap. Jika kita nak buat/jahit sendiri, kita kena la tambah ukuran cawat/ukuran lebar ban pinggang tu.

seluaqbelang said...

Tq perkongsian saiz.amat membantu

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »