Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 5, 2013

Projek hari ni..

Assalamualaikum...

Projek hari ni..


Projek hari ni ada dua.. Satu bakar ayam dan satu lagi bakar kek.. Kedua-dua projek ni sama je macam projek semalam.. Bezanya, ayam yang dibakar ni aku bekalkan kat adik untuk bawa balik ke rumah dia.. Anak dia ada sorang yang tak balik sini.. So, aku kirim la untuk dia dan sorang lagi anak buah yang tinggal kat situ.. 


Ayam ni kecil je.. Pandai-pandai korang la nak berebut macam mana.. Bak kata pepatah dedulu, hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah.. Jangan amalkan sikap pat-pat siku lipat, siapa cepat dia yang dapat.. Tak baik woooo.... heeeeeeee...


Ayam ni kakak aku beli kat Peladang sebab dia kerja dengan LPP.. Dah siap merinate dah.. Aku cuma topap beberapa bahan sampingan je.. Sonang kojo den... haha..


Baru sekejap tadi kek butter cheese aku dah masak dah.. Semalam punya kek dah habis.. Alhamdulillah.. Tapi kek ni tak dapat aku bekalkan kat dorang sebab aku terlupa nak keluarkan cheese dari freezer.. So, aku buat kek ni untuk kita-kita aje yang kat rumah ni.. hehh.. Kali ni aku gunakan 4 biji telur gred A..




Kek ni still merekah macam semalam.. Biar la haiihhh.... Namapun baru belajar, kan.. 





p/s: Okay, ini je untuk kali ni... Salam Ma'al Hijrah 1435 untuk semua umat Islam walau di mana anda berada.. Moga kita semua sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, dirahmati dan diberkati Allah selalu.. Amin...

4 Tukang Tembak:

Tinta Lana said...

Salam.

Hurmm..nak..huhuhu

Kak..memang kena guna telur gred A ke..

Acik Erna said...

Ado ko jual ayam dah siap tu azz..sonang g camtu.kan

Puan Ida said...

nak resepi kek tu buleh tak hehehe
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni ye 573

Rai Ourkizuna said...

salam maal hijrah.. bestnya nampak ayam tu..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »