Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, April 28, 2014

Fikir dulu sebelum melenting.. ahahh...

Assalamualaikum...

Fikir dulu sebelum melenting.. ahahh...


Pernah tak korang beli penyapu laman, lepas tu batang kayu penyapu tu lebih kecil dari saiz lubang penyapu tu sendiri..? Maksudnya, batang kayu tu longgar sedikit ataupun memang longgar habis.. Cuba rujuk gambar kat bawah untuk lebih pemahaman.. cehhh... haha..




Jika longgar sedikit, lepas tu kita teruskan jugak menyapu, tiba-tiba batang kayu tu tercabut, tentu rasa hangin je, kan..? Pastu masukkan balik dan sapu lagi, pastu tercampak balik penyapu tu, lagi la bikin hangit sampai rentung.. hahaha.. Okay, cool.. Jangan cepat melenting.. Jangan pergi baling penyapu tu.. Mahal tu.. hehe.. Ada cara penyelesaiannya.. Mudah je nak bagi ketat lubang penyapu yang longgar tu.. 


Caranya rujuk pada setiap gambar.. kehkehkeh...


Ambil sedikit kain perca jenis cotton dan letakkan kat hujung batang kayu penyapu tadi..


Lepas tu, sumbatkan ke dalam lubang penyapu tu.. (abaikan kuku yang hitam tu ya.. )


Kemudian, hentakkan batang kayu tadi atas simen untuk mengetatkannya..


Okay, dah siap.. Dah boleh sambung sapu laman tu dengan gembiranya.. hehe..


Jika lubang tu masih lagi longgar, boleh lipat dua kain tadi.. Guna kain cotton sebab kain cotton tu kesat sikit dan akan menjadikan lubang penyapu tu ketat.. Boleh juga gunakan kaedah yang sama untuk mop dan sebagainya..


Boleh juga praktikkan kepada kepala paip untuk mendapatkan aliran air yang lembut dan tidak tajam..



Kan cantik air tu keluar.. 


Takde la laju berterabur macam ni... 


p/s: Okay.. Ni je yang aku nak kongsi.. Jika bermanfaat, boleh la ikut.. Jika takde faedah, tak payah la ikut ya... heeeee....

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »