Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, April 21, 2014

Pernah tengok..? Pernah guna..?

Assalamualaikum...

Pernah tengok..? Pernah guna..?


Pernah tengok tak benda kat dalam gambar ni..? Pernah cuba guna tak..? Ataupun memang expert menggunakannya..? Ataupun............., semuanya tak pernah..? Kesiannya la haiii.... Rugi tuuu... hehh..




Masa tinggal kat kampung dulu, aku pernah guna mesin ni.. Saja mengacau mak aku dengan geng dia.. ahahh.. Kena guna dua belah tangan masa nak pusingkan mesin getah ni sebab berat ya ampun.. Maklum la, tenaga budak kecil, apa la sangat, kan.. hehh..  Mesin ni bukan mesin kitorangpun.. Cuma menumpang guna je.. Mana la mampu nak beli mesin macam ni.. 


Paling seronok masa dok tekan-tekan getah dalam takung nak bagi dia beku.. Getah cair tu dorang curah dalam takung.. Pastu dorang letak cuka getah.. Pastu kena kaut dengan satu alat kayu tu untuk buang buih-buih getah.. Kena buat berulang kali sampai bersih.. Lebih kurang macam tu la proses dia sebelum getah tu dimesin.. Akupun ingat-ingat lupa dah.. 


Beria-ia la berlumba dengan kawan-kawan.. Plepek.., plepek.., plepek bunyi dia bila kitorang dok tepuk-tepuk getah tu.. Masa tu takde kisahpun bau getah tu.. Yang penting, keseronokan mencuba dan mengacau orang buat kerja.. hahaha.. Sekarang ni rasanya dah takde dah kot mesin ni kat kampung.. Akupun dah jarang balik kampung...


p/s: Kenangan manis yang tak mungkin dilupakan.. Bukan senang nak dapatkan duit.. 

1 Tukang Tembak:

Aziela said...

Saya memang selalu guna masa kecik2 dulu. Bukan main penat lagi. Tapi dah duduk dengan atok nenek, kenalah tolong. Time sekolah petang, pagi2 mesti kena mesin getah. Kalau sekolah pagi, cuti sekolah kenalah buat. Atau petang, kena kumpul sekerap getah atau kumpul kayu api.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »