Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 27, 2014

Main tabur je..

Assalamualaikum...

Main tabur je..


Ini adalah sayur sawi yang mak aku tanam.. Bukan tanam sebenarnya tapi lebih kepada main tabur je benih sawi tu.. Siapa sangka main tabur macam ni pun sawi tu boleh hidup dengan baik.. 




Aku semai sawi siap beli tanah khas lagi.. Lepas tu semai pulak dalam tray khas.. Namun hasilnya nan hadooo... Memang sakit hati dibuatnya.. hehh... Tray semaian tu pun mak aku dah terbalikkan, keluarkan tanah yang ada kat dalam tu dan simpan tray tu.. Mujurlah aku cuma beli satu je tray semaian tu.. Buatnya aku beli banyak, maka banyak la bebelan yang masuk kat telinga aku.. kehkehkeh..


Tanah hitam ni abang aku yang tambak.. Ni la kebun sayur kecil mak aku..


Lepas ni, aku pulak nak ikut tabur biji benih yang aku beli dulu.. Nak tengok samada boleh hidup ataupun tidak.. Jika tak nak hidup jugak, memang nak kena titik agaknya tangan ni.. hahahaha...




p/s: Buat baik pada tanahpun ada ganjarannya.. Apatah lagi jika berbuat baik sesama insan.. Lagilah besar ganjaran yang menanti asalkan seiring dengan nawaitu yang betul.. 

5 Tukang Tembak:

Aziela said...

Mak oii, geramnya tengok sawi segar bugar tu semua. Sawi mahal tau sekarang....

gadisBunga™ said...

sawi fresh dan tanam sendiri pulak tuh... puas hati kan??

Acik Erna said...

azz..arwah mak akak dulu cakap..tangan paneh..tu la goma bona basuh tangan ngan air paneh kato e hi hi

cinta polisas said...

nak try buat jgkla lepas ni...br lalang x naik..tutup tanah ngn tumbuhan sayuran mcmni...good idea

APAN said...

ada tanah, eloklah digunakan utk bertanam2...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »