Assalamu'alaikum...
Sambungan...
Jumpa kakak dan family dia kat kedai makan ni.. Pertama kali aku makan kat sini.. Sedap makanan dia.. Tomyam dia sedap.. Mee kung dia sedap.. Mee goreng mamak dia sedap.. Semuanya sedap la.. hehe..
Fauzi Tom Yam - Chengkau
Dan 'suspek' kat bawah ni la penyebabnya yang aku pergi jumpa kakak kat kedai makan tu.. Buah duku dengan langsat ni abang ipar aku ambil kat kebun kakak yang kat Nilai tu.. Kebun tu kat Segamat.. Jadinya, kakak yang kat Labis tu la yang tolong bawak..
Gara-gara takut buah ni lebam, kitorang balik sini hari Isnin lepas abang aku servis kereta kat Nilai tu.. Mak aku nak balik hari Selasa tapi aku berkeras nak balik hari Isnin tu jugak.. Buah duku ni bukannya boleh simpan lama.. Dia cepat lebam.. Kang kalau lambat balik sini, tak dapat la nak sedekah sikit kat jiran-jiran..
p/s: Kedai makan tu letaknya kat pekan Chengkau.. Kalau dari arah Rembau, kedudukannya di sebelah kiri, betul-betul tepi jalan.. Senang je nak cari.. Alah, pekan Chengkau tu besar mana je pun..
0 Tukang Tembak:
Post a Comment