Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, December 3, 2014

Percubaan membuat homemade flour tortilla wraps...

Assalamu'alaikum...

Percubaan membuat homemade flour tortilla wraps...


Hari tu aku ada kongsikan satu entri berkaitan kulit wraps jenama Mission yang aku beli..Kulit wraps tu aku beli kat TF Raub.  Hari ni akupun cuba la buat sendiri wraps tu.. Hari ni juga baru aku tau yang tortilla tu ada kaitan dengan wraps.. Siap google lagi apa benda la tortilla tu.. Ingatkan sejenis turtle.. hahahaha... 


Mula-mula aku tengok bahan kat belakang peket wraps tu. Lepas tu aku tengok kat youtube cara nak buat dan uli.. Jadinya, bahan tu aku olah sendiri mengikut sukatan cawan dan sudu.. Nak guna sukatan matrik, malas nak menimbang.. hehh..


Bahan-bahan wraps yang telah aku olah dan buat sendiri adalah:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh garam
1 cawan air peti sejuk
1 sudu makan lemak sayuran/shortening
2 sudu makan minyak masak
**ketepikan sedikit tepung untuk tabur atas papan canai incase doh melekit


*Campurkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh yang lembut.. Perap doh lebih kurang 40 minit.. Yang ni aku tengok kat youtube.. Doh akan lembik sedikit tapi masa nak canai nanti taburkan sedikit tepung atas papan pencanai.. 




 Semenjak aku belajar buat doh roti, karipap dan wraps sendiri ni, aku lebih tau kegunaan spatula ni.. Memang banyak kegunaannya.. Aku teringin nak beli yang stainless steel tu tapi nantilah dulu.. Tengok dulu bajet macam mana.. 




 Anak panah tu menunjukkan yang doh tu melekat pada papan canai.. Nampak macam ada lengkungan kesan dari lekat tu..


Ni ada sedikit tips yang aku dapat masa mencanai doh wraps ni..  Masa doh yang pertama hingga yang ketiga, doh tu melekat dan tak boleh nak angkat untuk dimasak dalam kuali walaupun aku dah taburkan tepung gandum kat atas papan canai dan atas doh tu.. Kesudahannya, doh yang masuk dalam kuali keadaannya senget benget..


Kemudian, aku tukar cara lain masa menggelek doh.. Mula-mula gelek macam biasa.. Gelek doh jangan lebar sangat..  Lepas tu terbalikkan doh tadi, tabur tepung gandum diatasnya dan gelek lagi sekali.. Kali ni gelek doh tu lebar sikit.. Lepas tu, sekali lagi terbalikkan doh dan taburkan sikit lagi tepung gandum dan gelek rata dan lebar yang dikehendaki.. Nanti doh dah tak melekat dah kat atas papan canai tu.. 


Tengok pula doh yang ini.. Tiada kesan melekat setelah dicanai secara terbalik sebanyak dua kali..



 Sebelah kiri tu wraps dari Mission dan yang kanan tu wraps dari me lah.. ahahh...





 Bahan inti kali ni aku gunakan sosej daging + sayur kobis + bawang besar + cili merah + serbuk lada putih + serbuk lada hitam + garam + mayonis.. Gaul sebati semua bahan.. Anak buah tak suka sayur kobis tapi aku letak jugak.. Ni salah satu cara supaya dorang makan sayur kobis tu.. hehehe..



Anak buah suka letak cili sos tapi aku tak letak.. So, dia makan cicah cili sos...





Aku tak ikut sukatan bahan dalam video ni sebab sukatan tu sikit sangat.. Tak sampai satu cawan tepung gandum yang digunakan.. Tu yang aku olah sukatan sendiri tu.. Ni bukannya menderhaka resepi tapi nak mencari keselesaan untuk gunapakai sendiri bila-bila masa teringin nak buat lagi..


p/s: Entri untuk rujukan aku di masa akan datang... Senang, nanti tak payah nak google beria.. hehh..

1 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »