Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 10, 2015

Cara pasang kepala zip...

Assalamu'alaikum...

Cara pasang kepala zip...


Hari tu masa kat Nilai, aku ada pergi kedai Kraf Ezee kat Bangi.. Banyak jugak barang jahitan yang aku beli kat situ termasuklah zip ni.. Zip ni aku beli ikut meter.. Maknanya, jika nak guna nanti, aku kena potong sendiri ikut sukatan yang aku nak dan aku juga kena masukkan sendiri kepala zip tu.. ahaha...


Jadinya, akupun gigih la mencari tutotial kat Youtube.. Macam-macam cara ada kat situ.. Aku cuba buat tapi tak boleh.. Sampai sakit tengkuk dan sakit kepala aku dibuatnya.. Stress sungguh la...!


Akhirnya, aku jumpa video yang ini.. Cuba punya cuba, boleh la buat.. Cumanya agak lambat sikit la sebab baru lagi, kan..? Masih lagi terkial-kial belajar... Nama kepala zip ni slide.. Aku bantai la tulis zip header kat youtube tu.. hahahaha..




Dan, inilah hasilnya yang aku dapat buat.. Sengaja aku masukkan banyak kepala kat dalam zip tu.. Nanti bila nak guna, aku hanya tinggal main potong je berapa inci aku nak..




Zip ni aku nak jahit kat kain bawah ni... Aku plan nak jahit beg.. Gigih aku letak labuci sampai sakit-sakit bahu dibuatnya.. ahah... Harap-harap jadilah beg aku ni sebab beg ni nanti aku nak  jual.. 




p/s: Bukan senang nak senang..  huhuhu...

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »