Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, March 6, 2015

Gigih mengumpul.. hehh...

Assalamu'alaikum...

Gigih mengumpul.. hehh...


Hari tu masa anak-anak buah ada kat rumah ni, sempat la kitorang main tutup botol ni.. Masa tu tutup botol ni tak cukup korum.. Cuma ada tiga keping je.. Lagi dua keping tu anak buah aku gantikan dengan tutup botol tiruan.. Jangan tak percaya ya.. Tutup botol tiruanpun ada.. ahaha... Alah, yang mainan budak-budak tu laa..




Masalahnya, tutup botol tiruan tu sangatlah tak besttttt...! Benda tiruan, mana nak sama dengan yang asli, kan...? Tapi sebab dah takde arah dah, maka guna je la.. Bak kata pepatah dedulu; takde akar, rotanpun berguna juga.. hehh..




Makanya, akupun gigih la mengumpul balik semula tutup botol ni.. Tutup botol kicap la yang jadi mangsa.. Kalau dulu main buang je tapi sekarang sanggup tu pergi simpan.. ahaha.. Lagipun aku pernah tengok ada orang jual tutup botol ni.. Lima keping kalau tak silap aku RM1.20.. Haa, berharga jugak tutup botol ni kan.. Boleh jugak buat duit untuk yang rajin mengumpul.. 





Ni mainan zaman dulu-dulu.. Tapi anak-anak buah aku tau pulak main benda alah ni.. Akupun dah lupa dah.. Dorang pulak yang ajar aku macam mana nak main.. ahahaha... And of course akulah the winner sebab terer menimbang tutup botol tu.. hehehe... Siap timbang cangkuk lagi tu.. Kalau timbang cangkuk dia punya point jadi ganda dua.. Siapa yang pernah main benda alah ni dia tau la macam mana nak kira.. ahahah...


p/s: Mainan macam ni nampak macam takde harga langsung, kan..? Tapi mainan sebeginilah yang dapat mengeratkan serta merapatkan hubungan kekeluargaan.. Boleh gelak-gelak dan ada kalanya boleh gaduh-gaduh tak puas hati bila ada yang main cengelat... kihkihkih...

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »