Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Thursday, March 26, 2015

Kisah semalam...

Assalamu'alaikum....

Kisah semalam...


Semalam aku ke sini.. Temankan mak aku buat check up jantung.. Pergi sekali dengan kedua-dua orang abang aku.. Pergi lepas Subuh... 




Secara jujurnya, hospital ni jauh sangat dari rumah aku.. Tapi disebabkan hospital berhampiran tiada kepakaran, maka terpaksalah pergi walaupun jauh.. Kesian mak aku asyik dok kata penat.. penat.. penat.. Akupun terasa penatnya, apatah lagi mak aku..




Mungkin lepas ni kena beli kerusi roda sendiri.. Sebabnya, nak dapatkan satu kerusi rodapun lambat.. Mungkin ada kena isi borang dan sebagainya.. Tak tau la sebab yang ni abang aku yang uruskan.. Masa pulangkan kerusi roda tu pun macam tu juga.. Bukan boleh main tinggal macam kita tinggalkan troli Jusco tu.. hehh.. 


p/s: Sampai rumah, terus melepek.. Semua sekali melepek.. Malam tu semuanya tidur awal.. Harap-harap cepat la ada pakar berkaitan kat hospital berdekatan rumah.. 

2 Tukang Tembak:

Angah said...

semoga dipermudahkan segala urusan kak...

:-) said...

betul tu :-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »