Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, January 26, 2016

Resepi: Kuih kaswi gandum...

Assalamu'alaikum...

Resepi: Kuih kaswi gandum...


Malam tadi ternampak la sorang kawan share-kan post pasal resepi kuih kaswi gandum ni.. Lepas tu, apa lagi, menggelupur la aku masuk dapur dan siapkan bancuhan tepung dan masak air gula tu.. Ingatkan malam tu jugak nak kukus tapi memandangkan masa tu jam dah dekat pukul sebelas malam, maka aku tangguh la untuk kukus pagi ni je.. Lagipun masa tu air gula masih lagi panas.. So, kena tunggu air tu sejuk la dulu, kan..?


Dan pagi ni, dalam pukul sebelas tadi, siaplah kuih kaswi gandum aku ni.. Alhamdulillah, elok kejadiannya.. Tidak keras dan tidak juga lembik.. Sedang-sedang je.. Terima kasih banyak-banyak pada kawan aku tu yang share-kan resepi dan juga terima kasih kepada si empunya resepi iaitu Jamayah Bujang..



Kelapa parut ni lambat dimesin... Makanya, aku kukus sekejap macam ni je untuk elakkan kelapa tu cepat basi..


Ni dia resepi kaswi gandum tapi aku tambah satu bahan iaitu garam.. 

Bahan A:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan.


Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung - aku guna tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus - ni aku tambah sendiri
1 sudu kecil air kapur sirih
Kelapa parut dari sebiji kelapa - kelapa muda
Sedikit garam







Ni cara yang aku buat..

1- Masak air gula tadi dan sejukkan..

2- Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan garam..

3- Apabila air gula sudah sejuk, tuangkan air gula tadi ke dalam bekas berisi tepung.. Kacau rata..

4- Masukkan adunan tadi ke dalam blender dan kisar sekejap.. Ni untuk mengelakkan tepung berketul-ketul.. Lepas tu masukkan air kapur dan kacau rata..

5- Tapis adunan tadi ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.. Aku tak lapik plastik kat dalam loyang tu sebab dah sapu minyak masak.. (Aku sapu minyak masak, lepas tu aku lap sikit loyang tu dengan tisu supaya minyak masak tu tak berladung/bertakung..)

6- Panaskan air kukusan.. Bungkus penutup kukus dengan kain untuk mengelakkan air menitik masuk ke dalam loyang..

7- Kukus hingga masak.. Aku kukus dalam 45 - 55 minit..

8- Apabila sudah masak, buka penutup kukus dan sejukkan kuih.. Dah sejuk, baru boleh potong.. Gunakan pisau plastik untuk memotong..





p/s: Alhamdulillah, menjadi kuih ni walaupun pertama kali buat.. Terima kasih sekali lagi kepada tuan punya resepi.. Moga Allah memberkati segala apa yang dikongsikan..

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)