Assalamu'alaikum.
Cara menjimatkan tanah dalam pasu.
Jika ada pokok bunga yang dah nak mati ataupun kita nak buang, kita jangan terus keluarkan pokok tu dari pasu dan buang semuanya sekali gus.
Sebaiknya, kita letakkan pokok tadi ke dalam kereta tolak atau letakkan atas guni dan kita kirai-kiraikan akar pokok yang berselirat tu supaya tanah yang melekat jatuh. Dalam kes aku ni, aku tujah-tujah akar pokok tu dengan benda alah mata tiga ni. Takde la sakit sangat tangan aku nak buat kerja. Ha, dapat penuh satu kereta tolak dengan tanah recycle ni.
Harga sebungkus tanah untuk pokok pasuan ni dah mahal dah. Makanya, janganlah kita sesuka hati main lempar je pokok yang berselirat dengan akar tu macam tu je. Kita masih boleh recylcle tanah tu. Aku dapat isikan dua pasu besar ni dengan tanah yang ada. Kalau beli tanah yang dalam bungkusan tu, paling tidak dekat tiga puluh ringgit jugak habis untuk isikan ke dalam dua pasu sahaja.
Pasu besar aku tu semua dah penuh dengan tanah. Buat masa ni aku semai benih sawi dengan benih kangkung je dulu. Harap-harap benih tu bercambah la. Aku merancang nak tanam jagung tapi benih jagung yang ada dalam stok aku tu dah lama. Takut tak elok je. Nanti-nanti la tanam jagung.
p/s: Berjimat selagi boleh sebab aku bukannya anak orang kaya.
1 Tukang Tembak:
Betul Cik Azz..kak selalu recycle tanah2 tu. Tanah peket kat tempat kak memang mahal sangat.
Post a Comment