Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, January 23, 2018

Bubur kacang hijau campur durian kampung.

Assalamu'alaikum.

Bubur kacang hijau campur durian kampung.


Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berkat kesungguhan aku, dapat jugak aku buat bubur kacang hijau campur durian kampung ni. Sebenarnya, dah lama sangat tak makan bubur kacang macam ni. Selalunya buat bubur kacang hijau kosong je, takde campur durian.


Sementelah durian masih ada lagi sebiji yang jiran bagi hari tu [sila  klik], yang memang sengaja aku sorokkan dari penglihatan abang aku sebab aku nak peram, maka hari ini terhasillah bubur kacang hijau campur durian kampung ni.


Dari petang semalam lagi aku dok fikir fasal nak buat bubur ni. Sebabnya, bau durian tu dah mula menusuk-nusuk ke lubang hidung aku. Haha. Disebabkan takut abang aku tanya mana datangnya bau durian tu, cepat-cepat la aku kopek dan ambil separuh untuk dimasukkan ke dalam bubur kacang ni. Hehe. Separuh lagi kita orang makan laa.. 


Dan inilah hasilnya. Sedap sebab pekat. Mana tak pekat. Guna kelapa dua biji weii..! Kelapa yang kulit hijau pulak tu. Bukannya guna kelapa yang kulit coklat tu. Yang tu banyak minyak. Nanti minyak dia terkapung je. Tak sedap.





p/s: Dah bertahun aku tak makan biji durian yang masuk dalam bubur ni. Tadi makan, ya ampun, sedapnya la haii.. Lembut je biji durian tu. Makan biji durian dah macam makan apa dah. Haha.
.

4 Tukang Tembak:

Hayati Ghazali said...

Kak Azz, tengok pun dah tahu sedap....ni yang nak kena buat jugak ni :-)

Angah said...

cuaca hujan ni kak...aduii..tak pasai-pasai rasa lapor kak tengok bubur ni

Shuhaida Saad said...

sedapnya..

Cik Azz said...

Hayati Ghazali:
Hehehe. Sila buat ya. Memang sedap.


Angah:
Sama la dengan cuaca kat sini. Masa akak buat bubur ni pun, hari tengah hujan. Memang sedap sangat la makan bubur ni.


Shuhaida Saad:
Alhamdulillah. Sedap. Hehe.

Terima kasih semua tinggalkan komen. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)