Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 24, 2014

Untung la jadi kesayangan...

Assalamu'alaikum...

Untung la jadi kesayangan...


Orang zaman sekarang ni, bila bab buat kerja kat rumah, semuanya buat tak reti, buat tak nampak, buat tak tahu je.. Ada je alasan masing-masing bila suruh buat satu-satu kerja tu. Nak jumpa orang la.. Nak buat assignment la.. Nak keluar la.. Mengantuk la.. Penat la.. Dah janji dengan kawan la.. Dan macam-macam alasan bodoh yang direka demi untuk tak nak buat kerja kat rumah tu.. Tak boleh langsung nak minta tolong sikit.. 


Sampah dalam rumah kat depan matapun main langkah je.. Takde sikitpun rasa nak tolong kutip apatah lagi nak pergi buang.. Air yang ditumpahkan sendiripun dibiarkan macam tu je.. Lantak la kat situ kena pijak ke, nak melekit sampai kering ke, kena hurung semut ke.. Semuanya dia buat tak endah.. Kat rumah orangpun macam tu, apatah lagi kat rumah sendiri.. Tak boleh harap punya manusia.. Pinggan baju sendiripun tak berbasuh.. Main longgok macam tu je sebab nanti ada la babu pergi kutip semua tu.. Tinggi betul darjat spesis manusia macam ni.. 


Tapi bila masuk bab duit atau harta dan yang berkaitan, semuanya ambil kisah.. Semuanya nak dikaitkan dengan hukum fara'id. Kalau boleh, nak lebih lagi.. Timbul lagi pelbagai alasan yang direka sendiri.. Selagi tak dapat, selagi tu la dok mengumpat.. Selagi tu la buat muka macam tak makan setahun..


Untung la siapa yang jadi kesayangan.. Boleh duduk kat rumah goyang kaki belek ipad main games.. Tak payah buat kerja rumahpun boleh dapat imbuhan... Mana yang tak jadi kesayangan tu, kenalah terus bersabar.. Tak boleh bukak mulut.. Nanti kena cop mulut jahat..  Tidak menjadi kesayangan ni boleh berlaku pada sesiapa saja.. Mungkin aku.. Mungkin engkau.. Mungkin dia.. Apa yang penting, kena kuatkan bersabar.. 


p/s: Untung hidup di zaman serba canggih ni.. Bagitau je takde duit, tak sampai setengah jam, duitpun sampai.. :p

Friday, June 20, 2014

Cara nak samakan kiri dan kanan kain susun baju kurung..

Assalamu'alaikum...

Cara nak samakan kiri dan kanan kain susun baju kurung..


Pernah tak bila kita pakai kain baju kurung iaitu kain susun tu, dan kita dapati bahagian sebelah kiri dan sebelah kanan kain tak sama panjang..? Atau dalam bahasa mudahnya, sebelah kain tu macam senteng ataupun terjongket sedikit dari yang lagi sebelah..


Jika si pemakai kain tu orangnya berbadan gempal, berkemungkinan kain tu tersangkut kat bahagian lipatan perut.. Tapi jika si pemakai tu kurus lampai orangnya, agak mustahil la nak kata yang kain tu tersangkut, kan.. 


Okay, kat sini aku nak tunjukkan sikit cara untuk menjadikan labuh kain tu sama rata pada bahagian kiri dan kanan kain tersebut. Kadang-kadang masa menjahit tu, kita main jahit je, takde dah nak periksa atau ukur dulu kat kedua-dua belah kain tu samada sama panjang ataupun tidak, terus je kita jahit pada bahagian kain penyambung pinggang..


Rujuk pada setiap gambar ya.. Boleh klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.. 


Mula-mula kenalah buat susun kain tu dulu, kemudian dijahitkan zip..


Lepas tu, lipat dua kain tadi dan samakan bahagian bawah dan atas kain..


Kemudian, tandakan pada paras yang sama macam yang bertanda biru tu.. Jika diperhatikan betul-betul, bahagian kain yang dilipat tadi panjangnya lebih sedikit daripada bahagian kain yang berzip tu..


Lepas tu, tandakan semula di bahagian dalam kain sebab kita akan jahit kain penyambung pinggang ikut belah dalam.. Ni bahagian kain yang dilipat tadi ya..


Jahit kain penyambung pinggang macam biasa tapi bila hampir tiba pada bahagian bertanda tadi, kena naikkan sedikit kain tu.. *Kain penyambung pinggang tu kat bahagian bawah..


Nanti bahagian tadi akan jadi seperti ini iaitu dia kelihatan melengkung sedikit..


Ni dari sebelah lagi satu..


Akhir sekali, snip atau belah sedikit pada bahagian yang melengkung tadi sebelum kemaskan jahitan pada bahagian pinggang.. Yang kita snip ni adalah bahagian badan kain tau, bukannya bahagian kain penyambung pinggang tu..Tujuan dibelah atau snip adalah untuk mengelakkan bahagian kain penyambung pinggang tu menjadi tegang dan susah masa nak kemaskan jahitan..



Agak-agaknya boleh faham tak dengan apa yang cuba aku terangkan..? Mudah-mudahan faham la ya.. InsyaAllah.. Nak tengok cara buat susun kain tu, boleh rujuk kat entry ini.. Terima kasih..


p/s: Benda ni takde diajar masa dalam kelas.. Ini semua adalah daripada pengalaman sendiri.. Ye la, pelik jugak kenapa kain yang dipakai senget sebelah.. hehe...

Wednesday, June 18, 2014

Motivasi...

Assalamu'alaikum...

Motivasi...



Berikut adalah antara kata-kata motivasi yang terdapat di dalam buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary ini.. Kita mungkin tak boleh jadi seperti beliau namun kita boleh renung dan fikir apa yang beliau perkatakan..


"Pendekatan saya mudah.. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu dan bercakap kemudian.." - Syed Mokhtar Al-Bukhary



Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary..


"Kemelesetan ekonomi 1985 memberikan saya satu pengajaran penting; jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda.."


"Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua.."


"Saya pernah mendengar satu pepatah yang banyak mempengaruhi saya. Ia berkenaan benih yang tumbuh menjadi pokok yang dipenuhi ranting-rantingnya. Bunga dan buah-buahnya terbentuk, dan apabila buah-buah itu masak, ia menjadi berat, menyebabkan ranting patah dan jatuh. Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat akan asal usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak, kita mungkin jatuh.."


Dan banyak lagi cerita yang dikongsikan dalam buku biografi ini..


p/s: Buku Biografi Syed Mokhtar Al Bukhary ni dahulunya aku beli dari MPH Online.. Murah je harga buku ni tapi isi yang ada di dalamnya tu yang mahal..

Tuesday, June 17, 2014

Keep in mind..

Assalamu'alaikum...

Keep in mind..


Next time you're stressed, take a step back, inhale and laugh. Remember who you are and why you're here. You're never given in this world that you can't handle. Be strong. Be flexible. Love yourself and others. Always remember, just keep moving forward..




p/s: Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah.. :)


Benda tak biasa buat, janganlah buat..

Assalamu'alaikum...

Benda tak biasa buat, janganlah buat..


Kat rumah ni, aku memang jarang sangat minum air dari peti sejuk.. Aku lebih suka minum air masak je.. 


Tapi sejak minggu lepas, kerap pula aku minum air dari peti sejuk tu.. Ditambah pula dengan cuaca panas, lagi la asyik buka peti sejuk je kerjanya.. Lepas tu pergi pula kenduri.. Balun lagi air batu.. adehh...


Akibatnya, badan aku menjadi sengal dan lemah sangat.. Habis lenguh-lenguh satu badan.. Perut pula sebu memanjang.. Malam tadi aku melepek habis tapi aku takde la nak telan pil ke, apa ke.. Aku just sapu badan dengan minyak panas je.. Hari ni pun badan masih lagi terasa sakit.. Rasa serik dah nak minum air peti sejuk ni.. hehh..


Benarlah kata pepatah dulu; alah bisa tegal biasa.. Untuk orang yang dah biasa minum air peti sejuk ni, mungkin takde memberi apa-apa kesan.. Tapi untuk orang yang tak biasa macam aku ni, memang mendapat la dia punya bisa tu.. 


Lepas ni, jangan dibuat lagi.. Tak tertanggung rasa sakitnya.. Bila dah sakit macam ni, kerja menjahit satu apapun tak jalan.. Habis lari aku punya schedule.. 


p/s: Nampak gayanya kena minum air halia untuk panaskan balik badan... Takpun, letak lada hitam lebih sikit dalam masakan.. ahahh...

Monday, June 16, 2014

Makhluk perosak..

Assalamu'alaikum...

Makhluk perosak..




p/s: Tengok bunga yang dirosakkan pun dah rasa sakit hati, apatah lagi ___________!
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)