Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, September 20, 2014

Just Ignore...!

Assalamu'alaikum...

Just Ignore...!


Jika kita hidup asyik dengan berfikir "apa orang kata", we just standing there and will not move forward..


Biarlah "apa orang nak kata", as long as we still in good way of life and actions. 


Just IGNORE..!!!





p/s: Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results - Willie Nelson

Friday, September 19, 2014

Missing pages... What a...??

Assalamu'alaikum...

Missing pages... What a...??

Tengah dok syok membaca, tiba-tiba..., alamak...., mana pergi muka surat seterusnya ni..? Dari muka surat 188 terus melompat ke muka surat 221..!!! Punya la jauh dia melompat.. Nampak gayanya terpaksalah berhenti dulu.. Tak best la nak sambung baca.. Adoiii... Spoiler sungguh laaa....!! Merosakkan mood membaca aku je.. 





Ni macam mana pulak aku nak pergi tukar buku ni...? Eeiiii...!!! Cakap senang la.. Pergi tukar kat kedai yang beli tu.. Tak pun poskan kat syarikat penerbitan.. Ingat aku ni rajin sangat ke nak buat kerja dua kali..? Novel yang aku beli kat MPH JJS2 dulu pun sampai sekarang masih tak bertukar.. 


Biar Jarimu Kugenggam karya Norhayati Berahim


p/s: Syarikat penerbitan memang takde QC ehh..? Sakit hati sungguh la 'terkena' macam ni.. 

Thursday, September 18, 2014

Tampal tempayan...

Assalamu'alaikum...

Tampal tempayan...


Tempayan ni besar dan tinggi.. Kalau aku nak menyorok kat dalam tempayan ni pun boleh.. hahaha...





Hari tu isi air dalam tempayan ni.. Isi penuh air tu.. Tapi tak lama lepas tu, tengok air tu dah tinggal separuh.. Rupanya ada bocor tapi tak tau tang mana yang bocor tu.. Nampak air tu menitik kat bawah tu je..


Jadinya, akupun mula la fikir macam mana nak tampal tempayan ni.. Mula-mula tu ingat nak tampal dengan simen je tapi lepas tu fikir balik, leceh la pulak nak bancuh simen tu.. Sudahnya aku masuk stor, cari penampal untuk periuk tu dan akupun tampal la kat tempat yang aku rasa ada kebocoran.. Tak pasti mana satu yang bocor.. Just main tampal je.. hehe... Sebelum tampal tu, aku cedok dulu air yang ada kat dalam tempayan tu biar tinggal sikit je..


Kemudian, aku biarkan seharian tempayan tu tak berisi air sebab nak bagi penampal tu kering.. Lepas tu barulah aku isi balik semula tempayan tu.. Isi penuh.. 


Hari ni dah masuk hari ketiga dan air dalam tempayan tu masih lagi penuh.. Takde pulak nampak air tu menitik ke bawah.. Alhamdulillah.. Boleh la aku gunakan air ni untuk siram pokok bunga..


Aku dah siap masukkan abate dalam 'koncot' kain dan masukkan 'koncot' tu dalam tempayan ni.. Kang kalau takde abate, beranak-pinak pulak sang nyamuk kat dalam tu..


p/s: Agak-agaknya apa benda la 'koncot' tu ya.. hehe..

Wednesday, September 17, 2014

Semalam punya cerita.. :)

Assalamu'alaikum...

Semalam punya cerita.. :)


Ni gambar semalam.. Kitorang masak sama-sama sebab adik nak balik.. Bekalkan dia dan bekalkan sekali untuk anak lelaki dia yang kat kolej tu sebab budak tu tak ikut balik sini.. Sambal tumis petai tu memang kegemaran dorang anak beranak.. Aku memang kureng sikit bab sambal menyambal ni.. hehh...








Ni kat bawah ni takde kena mengena dengan semalam punya cerita.. Tapi nak bebel la sikit.. hehh..


Budak-budak sekarang ni memang susah nak bawak bekal balik ke asrama atau kolej dorang walaupun naik kenderaan sendiri atau dihantar sampai depan asrama/rumah.. Aku dulu sanggup bawak beg yang penuh dengan bekal makanan yang mak masak turun naik bas.. 


Pertama, sebab dapat jimatkan belanja untuk sehari dua dan yang kedua dapat jamu kawan-kawan makan masakan mak kita.. Jamu kawan makan juga dapat pahala.. Lagi-lagi yang mak kita masak.. Besar hati orang tua tu bila kita sudi bawak balik makanan yang dia masak.. Mak yang 'malas' nak masak bekal untuk anak tu lain cerita la... Yang ni, aku tak nak komen.. 


Tapi budak-budak sekarang tak tau langsung nak menghargai susah payah mak masing-masing yang bertungkus lumus memasak.. Alasannya; segan la, leceh la, berat la, nak singgah mana-mana dulu la, takde siapa nak makan la dan pelbagai jenis alasan lagi.. Yang sebenarnya dorang ni senang nak dapat duit, tu yang bagi alasan macam-macam tu.. Cuba kalau kau tu jenis susah nak dapat duit, atau dari keluarga yang daif..?


p/s: Selalu kena perli dengan pemandu teksi sebab bila dorang angkat beg aku tu rasa berat semacam je.. Dorang tanya; ni bawak balik batu bata ke apa ni.. hahaha.. Aku senyum je la.. hehh.. Semua ini dah tinggal kenangan..

Tuesday, September 16, 2014

Betul ke..?

Assalamu'alaikum...

Betul ke..? 


Never tell your problems to anyone because 20% don't care and the other 80% are glad you have them..

Betul ke..? 




Jika betul, ada baiknya jangan bagitau orang akan masalah kita.. Lagi satu persoalan, boleh ke kita pendam seorang diri bila masalah datang bertimpa-timpa..?


Andai kata 20% buat tak tau dan 80% gembira dengan masalah yang menimpa kita, pada siapa kita harus mengadu..? 


Betul, mengadu pada Allah itu lebih baik kerana Dia Maha Mendengar tapi sebagai manusia biasa, kita juga perlukan seseorang yang betul-betul jujur untuk mendengar masalah kita.. Terlalu memendam rasa takut nanti jiwa semakin bernanah..


p/s: Jangan harapkan kejujuran daripada orang lain jika kita sendiri tidak berlaku jujur pada diri sendiri.. 

Monday, September 15, 2014

Cara buat kulit karipap..

Assalamu'alaikum...

Cara buat kulit karipap..

Sebenarnya, inilah cara yang aku gunakan untuk buat kulit karipap.. Masa mula-mula buat dulu, aku main terap je.. Macam-macam yang aku gunakan untuk dijadikan alat menerap.. Lama-lama jadi bosan sebab bila menerap je, doh tu jadi elastik dan mengecut.. Jenuh aku nak gelek balik semula.. 


Oh ya, ini adalah cara aku sebagai orang yang bukan pakar dalam membuat kuih muih.. Walaupun bukan pakar, nak jugak kongsi.. hehh.. Peduli la apa orang nak sokseksoksek kat belakang.. ahahh..









Tutup potongan doh tadi untuk mengelakkan ianya menjadi kering dan liat..






Inti dan gam iaitu campuran tepung gandum + air..


Sapukan keliling dengan gam untuk mengelakkan kelim tu terbuka.. (sebab saya tak kelim sendiri..)


Sisa atau lebihan doh jangan dibuang.. Lilitkan pada sosej ataupun boleh je digoreng..






Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)