Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 18, 2015

Menu ringkas je...

Assalamu'alaikum...

Menu ringkas je...


Aku seorang yang serba ringkas.. Jadinya, bab lauk pauk juga aku suka yang ringkas.. Aku tak reti nak makan lauk pauk yang serba mewah ni.. Cukup sekadar dua jenis lauk untuk satu-satu masa.. Dah bersyukur sangat dah sebab ada jugak lauk untuk dimakan bersama nasi.. 


Ni antara beberapa menu ringkas yang biasa ada kat rumah aku.. Menu orang kampung je.. Walaupun duduk kampung, harga bahan mentah sangatlah mahal.. Kat sini la.. Kat tempat lain aku tak tau.. Jadinya, kena pandai berjimat cermat.. Makan ikut kemampuan..





Kat rumah aku, jangan cari nasi arab, kambing golek atau ayam panggang.. Memang tak akan jumpa punyalah.. hehh.. Nak telur dadar, sentiasa ada.. InsyaAllah.. hehe..





Aku suka sayur kekacang dan kentang.. Sebab tu menu ringkas aku mesti ada dua bahan ni.. haha..








p/s: Ukur baju biarlah di badan sendiri.. Ukur perut biarlah berpadanan dengan isi yang ada di dalam poket atau dompet.. hehh... Mak aku selalu kata, jika kita tak mampu, buatlah cara tak mampu... Jangan ikut selera dan gaya orang.. 

Tuesday, February 17, 2015

Gosok sampai berkilat...

Assalamu'alaikum...

Gosok sampai berkilat... 


Gosok, jangan  tak gosok.. Gosok sampai berkilat.. ahahh... Ni la namanya takde kerja, cari kerja.. Dah ada kerja, jangan pulak rajin mengular.. Oppss...!


Ni satu lagi aktiviti yang aku buat di kala mood membaca novel menjunam masuk gaung.. Daripada dok termenung tengok novel tu, baiklah aku buat kerja lain yang lebih menggembirakan hati.. hehh...


Ada 3 buah pasu macam ni yang aku bersihkan... Sayang la pulak.. Beli mahal-mahal lepas tu biarkan berkarat berkulat... hehh.. Pasu jenis ni ada 4 buah tapi sebuah dah bokocai.. 



Dah berkilat dah... Ting...! Ahahaha...



 Aku bongkar pokok bunga ong dari pasu dia.. Lepas tu aku tanam balik dalam 3 pasu yang dah digosok bersih tadi..





p/s: Okay, dah selesai dah... Boleh sambung buat kerja lain pulak.. 

Monday, February 16, 2015

Otak-otak Kempas datang lagi.. ahahh...

Assalamu'alaikum...

Otak-otak Kempas datang lagi.. ahahh...


Otak-otak Kempas ni aku dapat masa kat Nilai hari tu.. Abang aku bawak dari JB.. Aku simpan dalam peti beku.. Ni yang terakhir dibakar.. Aku bakar ikut cara aku la ya.. Ambil yang mudah je.. hehh...






p/s: Aku suka otak-otak Kempas ni.. Dia ada rasa pedas-pedas tapi sodapppppp... Memang tak cukup la kalau setakat makan lima enam ketul.. hehh..

Kau nak NGAKU ke tak..?

Assalamu'alaikum...

Kau nak NGAKU ke tak..?


Baik kau ngaku cepat.. Pandai-pandai je buat cerita.. Lepas tu tau pulak tak nak ngaku.. Ehh, ni cuma skrip drama je.. Drama apa tu, entah la.. hahaha...


Sebenarnya aku nak bercerita pasal kerepek yang aku buat dari ubi ngaku.. Pertama kali aku tau nama ubi ni adalah dari entri kat blog Farah MF.. Entri tu kat sini..




Alkisahnya, hari tu aku pergi ke hospital kat sini sebab mak aku nak ambil darah kat situ.. Lepas urusan tu selesai, aku pergi pulak kat tempat membeli barangan dapur.. Tengah dok belek-belek halia, ternampaklah signboard yang tulis NGAKU kat sebelah .. Terus teringat entri Farrah tu.. Terus teruja aku tengok rupa bawang atau ubi ngaku tu.. Barulah puas hati dapat tengok depan mata.. hahaha.. 




Mula-mula tu aku cuma belek-belek dan pegang-pegang je ubi ngaku ni.. Tengok harga dia.. Sekilo RM3.65.. Boleh tahan jugak.. Lepas tu hati dok berkata; kang kalau aku beli, entah jadi kerepek ke entah tidak.. Jangan-jangan busuk macam tu je nanti.. Okay, lepas hati dok kata macam tu, akupun tak jadi la nak masukkan ngaku ni dalam plastik.. haha.. Akupun isikan plastik untuk ngaku tadi dengan kacang boncis.. Kebetulan murah pulak harga sekilo boncis ni.. Selalunya harga sekilo dalam RM8 lebih tapi kali ni separuh harga pulak.. So, apa lagi.. Grab je la.. hehh..




Bila dah selesai memilih kacang boncis, nak pergi la timbang.. Tempat menimbang tu kena lalu depan ubi ngaku tadi.. Ahh, sudah..! Hatipun berkata lagi sekali; baik aku beli je la.. Kang kalau tak beli, balik rumah asyik teringat-ingat pulak.. Mana nak cekau..? Tambahan pulak teringat yang Farrah kata kerepek ngaku ni sedap sangat.. Tu yang terus je sumbat plastik dengan ubi ngaku ni.. Sumbat punya sumbat, dekat dua kilo jugak la aku isi.. hehe..




Bab kupas kulit dengan parut ubi ngaku ni pada aku masih boleh handle lagi la.. Tapi bila masuk bab menggoreng, adehh, punya la lama masa yang diambil untuk satu pusingan.. Jenuh bersauna kat dapur.. hehe.. Cara goreng kerepek ngaku ni lebih kurang sama je macam cara goreng kerepek pisang.. Kata Farrah, dia gaulkan hirisan ngaku dengan garam.. Tapi aku masukkan bancuhan air garam ke dalam kuali sejurus sahaja ngaku dimasukkan.. Berdesir la bunyi minyak tu.. Tunggu sampai bunyi desir tu hilang, baru angkat ngaku tu.. Api jangan kuat sangat.. Nanti ngaku jadi cepat hangus tapi tak rangup...




p/s: Dapat sikit je... Betul la kata Farrah, sekali hadap je dah solosai... haha.. Tapi serius, memang sedap kerepek ngaku buatan sendiri ni.. Kita boleh ejas sendiri dia punya rasa garam.. 

Saturday, February 14, 2015

Cara mudah menjahit poket sisi...

Assalamu'alaikum...

Cara mudah menjahit poket sisi...


Kali ni, aku cuma kongsikan satu video kat Youtube.. Sengaja aku letakkan kat blog aku untuk memudahkan aku mencari bila diperlukan..






Sebelum ni, aku gunakan cara yang biasa iaitu cara masa aku belajar dulu.. Tapi cara tu agak leceh sikit dan memerlukan masa yang panjang untuk menjahit poket sisi ni tapi sebab aku dah biasa buat, takde la jadi masalah besar..


Cumanya, bila aku tertengok tutorial kat video ni, terus je mulut berkata; laaa haiihhh...! Senangnya cara dia jahit poket...! So, lepas ni aku nak guna cara macam ni je.. Ringkas, mudah dan cepat lagi menjimatkan masa dan tenaga.. hehe..

p/s: Kenapa kita suka menyukarkan benda yang mudah..? Salah satu sebabnya, mungkin kita tak terfikir yang benda tu boleh dipermudahkan.. Jadinya, kenalah rajin try and error... ehhh..?

Terima kasih daun keladi... Lain kali boleh bagi lagi... hahaha...

Assalamu'alaikum...

Terima kasih daun keladi... Lain kali boleh bagi lagi... hahaha... 


Alhamdulillah.. Terima kasih banyak-banyak pada orang yang hantar semua benda ni kat aku.. Memang aku tak jangka nak dapat rezeki macam ni.. Alih-alih, tengok posmen datang rumah bawa bungkusan.. 




Bila tengok resit, barulah aku tau siapa orang yang hantar semua benda ni.. Bertuah betul.. haha.. Apapun, sekali lagi terima kasih diucapkan... Tiap-tiap tahun bagi baju raya kat aku.. Cuma tahun ni ada extra pemberian iaitu tiga buah novel.. Sukanya hati kita.. hehehe... Aku tak pernah meminta tapi jika ada yang memberi tu, alhamdulillah.. Itulah namanya rezeki tak disangka-sangka... Alhamdulillah.. 


Siapa yang memberi tu, biarlah rahsia... Moga Allah murahkan rezeki kepada orang yang memberi dan orang yang menguruskan perihal pengeposan... Amiinn..


p/s: Psssttt.... Lain kali kalau nak bagi novel tu, tanyalah dulu.. Boleh la aku bagi list novel yang aku nak.. Hamboiihh, demand la pulak... hahahahaha... 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)