Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, July 6, 2015

Buat sendiri pati sirap...

Assalamu'alaikum...

Buat sendiri pati sirap...


Jika nak berjimat, kenalah rajin buat sendiri.. Lainlah jika duit berkepuk dan mampu beli yang dah siap.. Untuk yang kurang berduit macam aku, aku pilih buat sendiri..




Keluarga aku besar.. Jadinya, tak berbaloi jika beli pati sirap yang readymade.. Nak tak nak, kena jugak buat homemade.. Lagipun bila buat sendiri ni, kita tau dia punya tahap kebersihan.. Sekali buat guna periuk besar.. Periuk kecik cinonet comel memang tak sesuai untuk keluarga aku.. hehh... Lagipun, bukan selalu aku buat pati sirap ni sebab akupun sebenarnya kurang menggemari air manis.. Sesekali tu takpe la kot minum.. 


Sukatan untuk pati sirap ni aku main terjah je.. Takde nak sukat berapa liter air yang digunakan, berapa sudu pewarna merah dan sebagainya.. Aku masukkan sikit esen vanila dan esen pisang selain daripada daun pandan bagi mendapatkan bau yang harum mewangi.. hehh..




Macam-macam jenis air yang boleh dibuat dengan menggunakan pati sirap ni seperti sirap selasih, sirap cengkih, sirap kayu manis, sirap limau, air bandung dan sebagainya.. Jadinya, apa tunggu lagi..? Silalah rajinkan diri dan buat sendiri.. hehh..


p/s: Setel satu kerja.. Bersungut sepanjang tahunpun bukannya duit boleh jatuh dari langit..  :p

Sunday, July 5, 2015

Aiskrim rama-rama yang kool... ;)

Assalamu'alaikum...

Aiskrim rama-rama yang kool... ;)


Pernah makan aiskrim rama-rama...? Sedap jugak rasa dia.. Kenyal-kenyal gitu.. Aku baru pertama kali makan aiskrim ni.. Makan di waktu malam pulak tu.. Ater, dah siangnya puasa, mana boleh makan... ahahh..




Ehh, ada dua stick laa... *Buat-buat terkejut padahal sebelum buka plastik tu, dah siap raba-raba dulu dah.. ahaha..



Ehh, boleh pisahkan la kepak rama-rama ni... *Dah tak payah nak berebut.. Buy one, free one kekdahnya ni.. kehkehkeh...




p/s: Okay, nak kongsi kisah aiskrim rama-rama ni je.. heeee...

Friday, July 3, 2015

Jom ikut sama-sama baca, jom...!

Assalamu'alaikum...

Jom ikut sama-sama baca, jom...!

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:  "Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi, dipelihara dan diselamatkannya dari fitnah dajjal." (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An Nasaie)







Jika nak tukarkan video ni kepada MP3, boleh letakkan link youtube tu kat sini.. Lepas tu klik Convert Video.. Lepas tu klik Download.. Selesai download, boleh la masukkan dalam handphone via Bluetooth.. Nanti boleh la dengar selalu.. 


p/s: Terima kasih pada uploader video ni.. Jom ikut sama-sama baca, jom...

Cara aku masak pajeri nenas...

Assalamu'alaikum...

Cara aku masak pajeri nenas...


Aku buat pajeri nenas ni untuk berbuka puasa.. Resepinya seperti kat bawah ni.. Tapi aku tak ikut resepi tu betul-betul sebab ada bahan yang takde stok kat dapur aku.. Jadinya, aku kenalah cari jalan alternatif.. Lagi satu, sukatan bahanpun ikut cara aku jugak.. Menderhaka betul.. ahaha...




Aku gunakan dua biji buah nenas saiz sederhana.. Aku guna rempah kari ikan Babas, bukannya rempah kari daging.. Aku letak rempah kari tu dalam tujuh sudu makan.. Aku tak letak kerisik, tak letak santan dan juga tak letak gula merah.. Kerisik dengan gula merah memang takde stok kat rumah.. Santan tu boleh je ambil kelapa kat belakang rumah tapi aku penat sangat.. Kang nak kena kopek dulu kelapa tu, pastu nak kena mesin, pastu nak kena perah lagi.. adehhh... Maka, aku gantikan santan tu dengan susu cair Saji.. Gula merah tu aku gantikan dengan gula pasir dan kerisik tu memang nan hado la.. Bahan perasa aku tak letak..





Okay.. Dah siap masuk bekas untuk di-frozen-kan.. Satu bekas ada empat ketul nenas... Bila rasa nak makan, boleh la keluarkan satu bekas.. Takde la hari-hari nak makan pajeri nenas je, kan.. hehh... Yang dalam mangkuk tu untuk sahur pagi nanti..




p/s: Aku memang dah plan nak frozen-kan pajeri nenas ni.. Jimat sikit masa aku.. Letih la asyik nak masak je hari-hari.. hehh...

Wednesday, July 1, 2015

Cara nak jahit zip sorok atau invisible zipper...

Assalamu'alaikum...

Cara nak jahit zip sorok atau invisible zipper...


Siapa yang nak belajar jahit zip sorok, boleh la cuba tengok video ni.. Perhatikan betul-betul cara dia jahit zip tu.. Zip sorok ni kena jahit sebelah sebelah, tak boleh jahit terus macam jahit zip biasa tu.. Harap dapat membantu dan semoga berjaya.. smile emoticon





p/s: Letak dalam blog supaya senang nak mencari bila diperlukan nanti... :)

Monday, June 29, 2015

Alter dan doa...

Assalamu'alaikum...

Alter dan doa...


Alter pola seluar baju melayu adik.. Kes malas nak buat pola baru.. grin emoticon Mujur ada seluar contoh.. Just tekap je kat atas pola tu.. Mujur juga cuma bahagian bawah je yang kena alter.. Senang sikit kerja aku.. hehe.. Pola ni dah lama.. Bertarikh pada 23/9/2003...! Kiranya pola ni dah masuk kategori rare ni.. pacman emoticon 





Tengah dok sibuk meng-alter, ternampak pulak kata-kata doa kat pola tu..



Berdoalah..

Agar hidup kita terus aman dan makmur, waalupun dunia bergolak..

Agar perbezaan kita akan terus menjadi keunikan kita..

Agar jiran-jiran kita akan terus menjadi teman dan saudara kita..

Agar anak-anak kita nanti, akan terus meraikan hari ini..

Dan tahu kenapa..

Berdoalah untuk semua..



Aku belek-belek jugak depan belakang pola seluar tu.. Rupanya doa ni sempena ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke 46..




p/s: Teruskan berdoa agar negara kita, hidup kita, dan semuanya berada dalam keadaan yang menyenangkan.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)