Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 23, 2019

Program mengacau bubur asyura 2019.

Assalamu'alaikum.

Program mengacau bubur asyura 2019.


Alhamdulillah, tahun 2019 ini, sekali lagi aku dapat sama-sama memeriahkan majlis dalam program mengacau bubur asyura yang diadakan di perkarangan masjid di sini. Terdapat sembilan kawah bubur asyura dari dua versi utara dan pantai timur. Grup aku buat yang versi utara. Tahun lepas dah buat yang versi pantai timur. Jadinya, tahun ini biarlah buat versi utara pulak.


Program bermula seawal pukul 8 pagi. Aku datang pukul 8.15 pagi, tengok kawah dah siap tenggek dan kerja memasak sudahpun bermula. Beria bawak pisau tapi semua benda dah siap dipotong. 😂😂😂


Jom tengok gambar yang banyak ni. Aku memang suka je ambil gambar tapi aku suka yang candid. Kalau ada yang suruh ambilkan gambar dorang, barulah aku ambil. Kalau tak, aku main klik klik klik je la.. Gambar yang candid ni lagi mahal weii.. 😁😁😁 Gambar dari kamera handphone rare aku ni takde la cantik sangat tapi takde la sampai tak kenal rupa bubur asyura tu. Hahaha.


 ^
Sebahagian daripada kenderaan yang ada di perkarangan masjid. Belum masuk yang di luar masjid lagi sebab kawasan parkir tidak mencukupi.
v

 ^
Proses mula mengacau. Tambah lagi air tu sebab adunan likat sangat.
v






 Tong gas tu direndam dalam air sebab proses mengacau ambil masa yang sangat lama. Takut tong tu panas. Ada yang kata, untuk jimatkan gas jugak. Tak tahu la betul ke tidak. Kena cuba dahulu baru tau.


 Pahlawan bertanjakpun ada sekali haaa....


 Sarapan pagi turut disediakan. Alhamdulillah.








 Acara menuang gula pasir dan gula merah.








 ^
Seronok tengok wajah yang ceria macam ni.
v



 ^
Semangat yang kuat dari atok dan nenek ni. Orang muda kena ada semangat macam dorang.
v


 Kawah yang ni besar ya amat. Nak buat kolampun boleh. Hahaha.



 ^
Alhamdulillah, siap dah bubur asyura kami. Tahniah untuk semua yang menyumbang.
v


Ada juga disediakan beberapa booth untuk jualan. Salah satunya adalah booth menjual buku-buku ilmiah dan al-Qur'an. Aku beli sebuah al-Qur'an ni yang diterbitkan oleh Telaga Biru. Harga senaskhah adalah RM80. Ikut harga asal di belakang buku.




Grup yang buat bubur asyura versi utara siap lebih awal. Maka, akupun balik awal la jugak. Yang buat versi pantai timur khabarnya lambat siap. Tak sanggup pulak aku nak menunggu. 


p/s: Tahniah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan program mengacau bubur asyura ini. Moga tahun hadapan ada lagi peluang untuk mengikutinya. InsyaAllah.
.

Thursday, September 19, 2019

Preloved novel untuk dilepaskan.

Assalamu'alaikum.


















^
SOLD.
v

 ^
Satu dah SOLD (buku baharu). Satu lagi tu aku simpan untuk koleksi peribadi.
v

 ^
Aku nak jual satu (buku baharu). 
v

 ^
Nak jual jugak buku baharu tu. Berbelah bagi sebenarnya nak jual buku ni.
v


Boleh jugak tengok kat sini untuk tengok novel lain yang aku nak lepaskan.


p/s: Dah tak larat dah nak simpan novel. Dah banyak sangat dah. Almaripun dah tak muat sampai penuh bawah katil dengan storage box. Semuanya isi novel je. 
.

Sunday, September 15, 2019

#HPU914: Himpunan Penyatuan Ummah.

Assalamu'alaikum.


Semalam, iaitu 14 haribulan September 2019, telahpun berlangsung satu perhimpunan penyatuan ummah yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Akupun ikut serta pergi rombongan ke sana. Ada tiga buah bas dari sini yang pergi ke sana. 


 Bas yang aku naik. Meriah sungguh dengan geng si kecil yang bergantungan di situ. Cuma aku tak puas hati la sebab pandangan ke depan tu terganggu dengan dorang. Heh.


 Takde siapa yang nak ambil gambar aku. Maka, ambil aje la gambar jari-jemari sendiri. Runcing tak jari aku? Kahkahkah.


Gambar-gambar di bawah ini aku ambil secara rambang. Prinsip aku, sekadar ada gambar dan bukti sampai ke sana, dah memadai dah. Aku segan nak bergambar secara berlebih-lebihan. 😅😅😅









 Berdiri hormat dan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Bergema dan bersemangat sungguh.



 ^
Bacaan doa sebagai penutup perhimpunan. Masing-masing dah mula bergerak.
v


 Letihnya berjalan ke sana ke sini sampai naik lenguh kaki. Hujung jaripun dah mula berdenyut-denyut dah. Rasa macam tak larat dah nak jalan. Lepak la sekejap kat bawah khemah ni. Lagipun masa ni hujan dah turun dah.


 Kesesakan lalu lintas yang amat teruk sekali. Pening aku menengoknya. Mujurlah aku bukannya warga bandar. Haha


 ^
Bosan menunggu bas yang tak kunjung tiba, aku klik la sana sini.
v


Alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat kembali walaupun balik lewat dari jangkaan masa yang sepatutnya. Ikut jadual, kami akan sampai dalam pukul tujuh malam tapi disebabkan kesesakan jalan raya dan ada masalah semasa menunggu bas, lewat la kami sampai ke rumah. Dalam pukul 10.30 malam baru sampai.


Oh ya. Aku ada beli lima helai t-shirt yang ada logo penyatuan ummah ni. Aku belikan untuk mak aku pakai buat basahan. Ada yang tiga helai RM50. Lagi dua helai tu, setiap sehelai harga dia RM20. Kiranya, habis la RM90 untuk lima helai t-shirt kain cotton. Bila lagi nak sokong bisnes bangsa sendiri, kan? 


p/s: Moga Allah memberkati, merahmati dan memelihara penyatuan ummah ini dengan sebaiknya. Aamiin.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)