Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, October 6, 2015

Makanlah..! Sementara masih ada rezeki...

Assalamu'alaikum...

Makanlah..! Sementara masih ada rezeki...


Makanlah..! Hari ni masih ada rezeki buat korang.. Esok lusa, tak pasti lagi.. Harapnya akan sentiasa ada rezeki yang Allah limpahkan untuk aku bagi kat korang.. InsyaAllah..










Dorang sekarang ni kuat makan.. Maklum la, tengah membesar la pulak, kan.. Tapi elok la dorang ada selera makan daripada takde selera nak makan.. Kang kalau dorang tak nak makan, lagi la aku risau.. Lagi la banyak belanja nak kena keluar untuk beli ubat dan sebagainya.. hehh.. Makan banyak-banyak ya.. Biar gomok macam aku.. kehkehkeh..


p/s: Sekarang ni ada tujuh ekor kucing kat rumah ni termasuk ibu dorang yang sedang bunting lagi..  Tengah sarat la pulak.. Entah berapa ekor pulak anak yang bakal keluar nanti.. 

Monday, October 5, 2015

Kesalahan dah lima tahun baru perasan...!

Assalamu'alaikum...

Kesalahan dah lima tahun baru perasan...!


Kelmarin, masa dok ngadap grup masak-masak kat fb, ada la sorang geng ni bertanyakan tentang resepi pajeri nenas.. Maka, akupun saja la taip keyword pajeri nenas tu kat blog aku.. Akupun dah tak ingat yang aku pernah buat entri pasal resepi pajeri nenas ni kat blog dapo aku tu..


Ingatkan nak jugak la kongsikan resepi ni kat orang yang bertanya tadi.. Alih-alih aku terperasan ada typo error kat situ.. Terus tengok masa bila entri ni ditulis.. Rupanya dah lebih dari lima tahun! Baru sekarang aku perasan typo error tu... Sabar je la.. ahaha..





Lepas tu, terus aku betulkan typo error tu dan terus terlupa nak kongsikan resepi ni dengan orang tu... kehkehkeh...


p/s: Dah lebih lima tahun kesalahan ni tapi takde sorangpun yang perasan.. Maklum la, blog dapo aku tu cuma blog rujukan untuk aku je.. hehh..

Mee sup ayam tumis...

Assalamu'alaikum...

Mee sup ayam tumis...


Selalunya aku buat sup ayam main lebur je semua bahan.. Tapi kali ni aku nak buat versi tumis pulak.. Hari tu dah buat sekali.. Rasa macam sedap sikit dari sup jenis lebur ni.. Sup ayam versi tumis ni bau bahan tumis dia lagi harum mewangi gitu.. hehe..


Sebelum tu, kita check dulu bahan-bahan yang diperlukan..







^
Dua biji kentang yang dipotong membulat..
v


 Sebungkus mee yang dah siap dicelur.. Lepas celur, terus curahkan dalam tapisan dan lalukan bawah air paip untuk buang segala jenis bahan sampingan..



Dan sekarang cara masak versi aku..


 Tumis dulu 4 serangkai tu bersama si bunjut sampai naik bau.. Lepas tu masukkan bahan yang lain dan kacau hingga naik bau..



 Kemudian, masukkan ayam dan kentang.. Biarkan ayam tu kecut sekejap.. Lepas tu baru tambahkan air..



Akhir sekali masukkan bunga kobis.. Biarkan mendidih lagi dan masukkan garam secukup rasa.. Tunggu hingga kentang empuk baru tutup api dapur... Siap..!



 Boleh la dimakan bersama dengan mee kuning tadi.. Nak letak sambal kicap pun boleh..



Licin...!!! Alhamdulillah.. Syukur nikmat dari Allah.. :)


p/s: Masak ikut resepi dan cara sendiri je.. Yang penting tiada pembaziran.. Alhamdulillah..

Sunday, October 4, 2015

Biskut tiramisu yang lemak manis dan sedap..!

Assalamu'alaikum...

Biskut tiramisu yang lemak manis dan sedap..!


Setelah agak lama blog ni bersawang, hari ni aku merajinkan jari untuk update.. Ikutkan hati macam dah malas dah nak update tapi sayang pulak kat beberapa perkara yang aku buat hari tu.. Sekurang-kurangnya bila aku letakkan kat blog, adalah sikit kenangan untuk aku di masa hadapan.. hehh...


Hari raya haji hari tu aku juga merajinkan diri untuk cuba buat biskut tiramisu.. Aku ikut resepi yang kat bawah ni cuma aku gandakan sukatan sebab masa raya tu ramai ada kat rumah.. Aku tak ingat resepi dari siapa tapi aku copy and paste dari fb dan aku save resepi ni dalam Notes fb aku.. Terima kasih di atas perkongsian resepi ini..




Dan inilah hasilnya biskut tiramisu yang aku buat ikut resepi di atas..






Dan tengahari tadi aku buat lagi biskut tiramisu ni tapi mengikut cara resepi yang telah aku olah sendiri iaitu dengan menggunakan santan.. 


Resepi biskut tiramisu versi aku..

Bahan-bahannya:
````````````````
4 cawan santan
1 cawan gula
1 sudu kecil (rata) garam halus - gunakan sudu KFC
1 penutup esen vanilla
8 sudu makan (rata) tepung kastad

Bahan tabur/hiasan: 
``````````````````
1 cawan milo 
20 keping biskut lemak cap ping pong (Hup Seng)
(ada lebihan sikit.. Maka, boleh kurangkan sukatan)


Sukatan aku gunakan cawan sukatan yang ini..



 4 cawan santan..


 Ambil sedikit santan tadi dan bancuhkan bersama 8 sudu makan tepung kastad.. Kacau rata..


 Masukkan bancuhan tepung kastad tadi dan masukkan sekali gula, garam dan esen vanilla.. Kacau hingga gula larut.. Gula ada yang tak larut sikitpun tak mengapa..


 Sediakan dahulu bahan tabur sebelum masak kastad.. Hancurkan biskut lemak hup seng..


 Tuangkan milo ke dalam bekas biskut tadi..


 Gaul rata biskut dan milo..


 Kemudian, tenggekkan periuk berisi kastad atas dapur.. Masak dengan menggunakan api yang sederhana sahaja.. Sambil masak, sambil kacau supaya kastad tidak bergentel..


 Apabila kastad dah mula mendidih, terus je tutup api dapur dan terus tuang ke dalam bekas.. Buat berselang-seli iaitu mula-mula lapisan kastad, diikuti lapisan biskut dan milo, ulang lapisan kastad dan seterusnya.. Kena buat cepat-cepat sebab takut kastad mengeras..



^
Beginilah rupanya biskut tiramisu santan yang aku buat tengahari tadi.. Tebal sungguh dia punya lapisan milo dan biskut tu.. hehe.. 



Biarkan sejuk dahulu baru dimasukkan ke dalam peti ais..


p/s: Anak buah dah request suruh buat lagi biskut tiramisu ni.. Nantilah tunggu cuti sekolah bila dorang balik sini, insyaAllah, aku akan buatkan untuk dorang.. Yang aku baru buat ni aku nak makan sendiri.. hehh..

Sunday, September 20, 2015

Kek pisang Rafi Don Cha...

Assalamu'alaikum...

Kek pisang Rafi Don Cha...


Ini kek pisang yang aku buat semalam.. Resepi daripada Rafi Don Cha.. Terima kasih di atas perkongsian resepi tersebut...





Seperti selalu, aku bakar atas dapur gas je sebab malas nak bakar dalam oven letrik sebab oven tu besar sangat.. Tu yang bahagian atas warna macam tu.. Bahagian tepi tu pulak agak gelap sikit.. Mujurlah tak pahit.. hehe.. 




Ni resepi asal kek pisang ni..

*  2 cawan tepung gandum (diayak)
* 4 biji telur Gred A
* 5 biji pisang berangan
* 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak
* 1 sudu kecik soda bikarbonat
* 1 sudu kecik baking powder
* 1 sudu kecik ovellette
* 3 sudu dark chocolate chips


Sebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey.. smile emoticon
* 2 cawan tepung gandum (diayak)* 4 biji telur Gred A* 5 biji pisang berangan* 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak* 1 sudu kecik soda bikarbonat* 1 sudu kecik baking powder* 1 sudu kecik ovellette* 3 sudu dark chocolate chipsSebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey smile emotico



Alhamdulillah, lembut dan gebu kek pisang ni... Cuma bau esen pisangnya agak kuat sikit.. Resepi asal takde letak esen pisang ni tapi aku saja la letak nak bau wangi sikit tapi terletak lebih la pulak.. Tu yang bau dia agak kuat sikit.. Lepas ni kena berhati-hati dan letak sikit je esen pisang tu..




p/s: Kalau bakar dalam oven lagi cantik warna kek ni.. Tapi disebabkan nak jimatkan letrik, aku rela je bakar kek ni atas dapur gas.. Oven letrik aku tu kuat makan karan.. hehh...

Tuesday, September 15, 2015

Masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang...

Assalamu'alaikum...

Masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang...


Tengahari tadi aku masak lemak cili padi ikan talapia bersama jantung pisang... Talapia ke tilapia..? Aku panggil talapia..


Ikan talapia ni adik aku dapat masa dia memancing kat kolam kawan dia dua minggu lepas.. Banyak jugak la dia dapat.. Ada sekor besar tu aku suruh dia bawak balik ke rumah dia.. Yang tinggal kat sini yang aku masak ni dan ada satu plastik lagi banyak macam ni jugak..




Cara masak ikan ni sama je dengan cara yang aku buat masa masak lemak cili padi ikan kembung dengan jantung pisang  dan masak lemak cili padi ikan tongkol bersama jantung pisang dulu.. Tak banyak bezapun cuma watak utama je yang silih berganti.. hehh..






Bertambah nasi kali ni aku makan... hehe... Tak kuasa haihh nak fikir pasal gemuk ke, apa ke... kihkihkih....




p/s: Alhamdulillah.. Syukur di atas rezeki ini.. Moga Allah murahkan rezeki buat kita semua.. Aamiin..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)