Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 13, 2016

Kenapalah besar sangat lubang dia!

Assalamu'alaikum.

Kenapalah besar sangat lubang dia!


Ambil perhatian sikit, boleh tak? Ni untuk tokey kilang yang buat tudung saji macam ni. Kenapalah besar sangat lubang tudung saji tu. Tudung saji dicipta untuk mengelakkan lalat dari hurung makanan tapi kalau dah lubang tudung saji tu besar, langaupun boleh lepas masuk!




Ni tudung saji kat rumah kakak aku. Dah setahun lebih terbengkalai sebab aku dah lama tak pergi rumah kakak aku tu. Baru-baru ni aku pergi sana dalam seminggu lebih. Tengah dok kemas rumah dia, ternampak la tudung saji ni. Maka, akupun sambung la balik kerja yang terbengkalai tu.


Tujuan aku cuma satu je, tak nak bagi lalat masuk dalam tudung saji tu. Aku dah tengok sendiri macam mana lalat tu sengetkan badan dia semata-mata nak masuk ke dalam tudung saji ni dan lalat tu berjaya masuk! Ternganga aku sekejap masa tengok lalat tu lepas masuk ke dalam. Haha. Mujur tak sempat nak rakam video. Heh.


Lepas tu, terus je aku cari tali rafia dan mulakan misi menutup mana-mana lubang yang besar. Serius cakap la ya. Lubang tudung saji ni dah la besar, lepas tu panjang pulak tu. Kalau dua ekor lalat masuk serentakpun boleh lepas punya la. Heh.


p/s: Rupa tudung saji tu memang hodoh tapi aku tak pentingkan rupa dia. Aku lebih pentingkan keselamatan makanan yang ada di bawah tudung saji tu. Apa ada pada rupa? Yang penting, makanan di bawah tu sedap dan selamat untuk dimakan. Hehe.

Friday, September 30, 2016

DIY: Pasang sendiri para/rak untuk novel/buku.

Assalamu'alaikum.

DIY: Pasang sendiri para/rak untuk novel/buku.


Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak aku realisasikan impian aku untuk buat satu para/rak ringkas kat dinding tepi katil bagi meletakkan novel dan bahan bacaan aku. 


Dah lama sangat dah aku nak ada para untuk letak novel dan buku aku kat tepi dinding bersebelahan katil. Bukan apa, aku ni suka membaca sambil baring. Jika letak bahan bacaan atas katil, memang sempit la jadinya katil bujang tu. Tu yang aku nak sangat ada para tu. Senang sikit nak capai. Takde la nak kena bangun dan buka almari buku.


Entah macam mana, tiba-tiba je malam ni aku dapat idea untuk pasang sendiri para tu. Kebetulan, benda bentuk L tu (aku tak tau apa nama dia, haha), ada stok lagi dua pasang. Mula-mula aku nak letakkan yang saiz besar tapi disebabkan saiznya yang besar, tak boleh la pasang kat sebelah katil. Mujurlah ada yang bersaiz kecil. Akupun apa lagi, terus je mulakan operasi DIY ni. Punya la bersemangat! Haha.


 Nampak tak lubang yang ada anak panah tu? Ada hikmahnya tukang buat rumah buat macam tu. Haha. Aku selotepkan papan tu sampai ke bawah supaya papan tu tak bergerak dan jatuh.



 Disebabkan paku tu kecil dan takut paku tu tak kuat dan menyebabkan para/rak tu jatuh, aku sumbatkan batang ais krim ke dalam lubang tu. Anak siapa la yang bijak sangat ni haaa... Hehe. (gurau je..)






Okay, dah siap dah para DIY aku ni. Boleh selit letak sekali bahan kudapan aku. Hehe.






p/s: Terima kasih Allah yang memberikan ilham. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Wednesday, September 28, 2016

Marilah kita menyembur!

Assalamu'alaikum.

Marilah kita menyembur!


Bab sembur-menyembur ni, ramai yang suka, kan? Asal jangan tersalah sembur atau sembur ikut suka hati kita, dah la. Ke lain jadinya nanti. Heh.


Penyembur ni,  kakak aku yang bagi. Dah lama dah dia bagi tapi baru kelmarin aku gunakan. Mula-mula tu terkial-kial jugak nak pasang. Maklum la, pertama kali dapat pegang benda ni. Sangat ketinggalan. Haha. Eh, aku pernah je tengok orang guna benda ni tapi kat dalam tv la. Hehe.





Kakak aku kata; "nanti senang kau nak sembur baja air kat pokok orkid kau tu." Mula-mula nak gunakan botol yang 2L tu tapi tutup penyembur ni tak ngam pulak dengan lubang botol 2L tu. Sudahnya, gunakan aje la botol 1.5L ni.





Dan akupun terimalah penyembur ini dengan senang hati. Hehehe. Terima kasih dear sister. Aku dah mula gunakan dah. Mula-mula tu tak tau nak guna macam mana. Puas jugak la dok tekan itu, tekan ini. Lepas tu baru la tau. Teruk betul! Ahahaha.




p/s: Pastikan semburan itu tepat pada sasaran yang sebenarnya. Heh.

Saturday, September 24, 2016

Tinggalkan aje la. Tak rugipun jika tinggalkan 'dia'.

Assalamu'alaikum.

Tinggalkan aje la. Tak rugipun jika tinggalkan 'dia'.


Zaman dulu, orang mengumpat guna mulut tapi zaman sekarang ni, orang mengumpat dekat grup whatsapp. Lagi banyak isu panas, lagi ramai yang suka melepak kat grup tu. Ishhh. Ishhh. Ishhh. 


Kau ingat Allah tak nampak apa yang kau buat? Kau ingat malaikat tak catit apa yang kau dok umpatkan? 





Kau buatlah grup rahsia macam mana sekalipun, Allah tetap nampak apa yang kau buat dan malaikat tetap catit semua perbuatan kau tu. Sebelum penyakit suka mengumpat ini menjadi semakin teruk, baiklah kau leave aje mana-mana grup yang takde faedah tu. 


Orang kata, jika kita tak mahu terjebak dengan perkara yang tak baik, eloklah kita jauhkan diri kita sedari awal lagi. Sebabnya, jika kita dah terjebak, memang agak susah untuk kita mengundurkan diri. Jalan terbaik, tinggalkan aje semua tu.


p/s: Mujurlah aku takde WhatsApp. Kalau tak, terasa sentap jugak dengan ayat-ayat kat gambar tu. Tak kisah la orang nak kata aku ketinggalan zaman sekalipun. Yang penting, hidup aku aman damai dan tenang. Heh.

Thursday, September 22, 2016

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan bendi.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan bendi.


Hari ni masak sempoi je. Ala, selalupun masak sempoi jugak, kan? Ahahaha.




Ikan siakap tu, macam biasa, beli punya. Tak rajin pulak aku nak membelanya. Haha. Cili padi dan kelapa tu dari pokok sendiri dan  bendi tu jiran sebelah rumah yang bagi. Dia nak bagi banyak tapi aku ambil empat biji je. Jadi la. Aku sorang je pun yang makan sayur bendi ni. Apapun, terima kasih Kak Long!




Senang je nak buat masak lemak cili padi ni. Janji cili padi dah siap blender. So, tinggal lagi nak ceduk masuk periuk je. Kalau ada santan dalam kotak tu, lagi la senang kerja. Masapun dapat dijimatkan sebab tak perlu nak perah kelapa parut untuk dapatkan santan tu.


p/s: Kalau kita fikir susah nak buat masak lemak cili padi ni, maka susah la jawabnya. Cuba buat dulu dan rasa hasilnya. Pasti nak buat lagi di lain kali.

Wednesday, September 21, 2016

Patut la berat semacam je!

Assalamu'alaikum.

Patutlah berat semacam je!


Ni kisah petang semalam. Masa tu aku tengah dok ralit siram pokok bunga kat laman depan. Tiba-tiba je getah paip tu tak boleh nak tarik. Dia macam berat je. Dah kenapa pulak ni?


Rupa-rupanya.............. Jeng! Jeng! Jeng! Suspen ni. Silalah tarik nafas panjang-panjang. Haha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ooooooo....... Kau punya kerja ya Tot! Patut la tak bergerak getah tu! Cuit-cuitpun tak nak berganjak. Cait!


Tot? Apa tu? Ha, ni la dia si Tot tu. Nama panjang dia Kontot. Nama manja dia, Tot. Cute tak nama dia? Ahahahaha.






Dah kenapa letak nama dia Kontot? Sebab ekor dia kontot. Ahahaha. Kontot ni betina dan manja ya amat. Suka meleser. 


p/s: Sesekali meleser takpe. Kalau selalu meleser, rimas jugak dibuatnya. Heh.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)