Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 18, 2017

DIY: Sembur cat sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Sembur cat sendiri.


Baru-baru ini, aku sembur cat sendiri pada buaian dan kerusi taman aku ni. Nak upah orang buat, dah tentulah ada harganya. Disebabkan nak berjimat, maka akupun buat la sendiri. Ala, main sembur-sembur je. Bukannya susahpun. Haha.


Boring la asyik warna yang sama je. Dah berpuluh tahun dok la warna tu je. Kali ni kasi tukar warna dia. Kita bagi warna yang ceria sikit. Barulah seronok mengemas laman. Haha.











 Jimat tak jimat, habis jugak la lapan bekas cat penyembur ni. Tapi tak sampaipun RM100. Okay la tu, kan? Ni sebahagian dari cat penyembur yang aku gunakan. Satu bekas tu harga dia RM9. 




Sebenarnya, aku tak siap lagi menyembur cat ni sebab cat warna hijau tu habis la pulak. Tergendala la sekejap kerja aku tu. 




p/s: Sembur sikit-sikit dah la. Asal ada perubahan, dah memadai la kot. Haha. Kalau semua nak kena sembur, jenuh weii.. Mana aku nak cekau pitih. Heh.


Update (2/10/2017)

Okay, dah siap dah aku menyembur. Hampir RM100 jugak la yang habis untuk beli cat penyembur tu. 






Apabila dah siap, geng buluspun mula la melepak. Mujurlah masa menyembur dan cat masih basah, dorang tak kacau aku buat kerja. Mungkin dorangpun takut dengan bunyi semburan cat tu. Hehe.





Dah lepak tu, dah la. Ni disondol-sondolnya bunga hiasan aku tu sampai senget benget bunga tu dia kerjakan. 





Kena marah dengan aku, pandai pulak buat muka seposen. Haha.




Lepas tu, terus je tidur. Merajuk la tu.. Tak kuasa nak melayan. Hehe. Oh ya, nama dia Kembang. :D




p/s: Barulah nampak ceria sikit taman mini aku ni. Hehe. Alhamdulillah. Ni satu terapi jugak ni. 

Friday, September 15, 2017

Kenapa manusia hipokrit.

Assalamu'alaikum.

Kenapa manusia hipokrit?


Kenapa agaknya ya?




Sebab kadang-kadang kita sendiri tak boleh terima hakikat kerana kita merasakan yang diri kita sudah terlalu sempurna. Kita sendiri yang tak boleh ditegur. Kita sendiri yang menjunjung ego. Semuanya datang dari diri kita sendiri. Maka, lahirlah golongan hipokrit ini. Baik di depan, mengata di belakang.


Mungkin memang ada yang jenis hipokrit semula jadi dan mungkin juga ada yang 'terpaksa' menghipokritkan diri sendiri.


Makanya, cakap tu biarlah berterus terang walaupun pahit nak terima kenyataan.
 Kalau tak, baik diam je terus. Suka ke, tak suka ke, diam je. Jangan banyak cerita. 


p/s: Jangan jadi seperti duit syiling. Depan lain, belakang lain. Namun, duit syiling tu tetap berguna walaupun keadaannya seperti talam dua muka. Manusia yang hipokrit ni, agak-agaknya, berguna tak dalam kehidupan kita?

Tuesday, September 12, 2017

Jimat enam puluh ringgit!

Assalamu'alaikum.

Jimat enam puluh ringgit!


Gigi ni dah lama goyang. Aku tak tau ni gigi apa. Nak kata gigi geraham, dia takde la besar sangat. Tapi kedudukannya memang kat sebelah gigi geraham aku yang belah bawah tu.


Aku biasa cabut gigi kat klinik swasta. Walaupun klinik kerajaan dekat je dengan rumah tapi aku sanggup je ke bandar. Tak tau kenapa aku seram sikit nak cabut gigi kat klinik kerajaan. Heh.


Masa gigi aku ni sakit, aku dah nak pergi dah klinik kerajaan yang dekat rumah ni tapi aku tangguh-tangguhkan. Maknanya, aku masih boleh tahan lagi sakit gigi tu. Mungkin dek kerana geram, aku selalu la mainkan lidah aku kat gigi ni. Aku dok tolak la gigi tu dengan lidah. Tolak ke tepi, tolak ke depan, tolak ke kanan dan tolak ke kiri. Tapi takde la sakit gigi tu. Hahaha.


Aku dah siap plan nak ke bandar dah. Bukan sebab gigi tu sakit tapi sebab tak selesa nak makan. Malam sebelum hari yang aku plan nak ke bandar tu, lagi beria aku main tolak-tolak gigi aku tu. Hik. Entah macam mana, tiba-tiba je gigi tu tercabut dengan jayanya..! Terus aku bersorak sakan. Mujur tak tertelan gigi tu. Haha. Lagi satu, gigi tu elok je tercabutnya. Takde darah, takde patah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan aku. Tak perlu dah aku pergi klinik gigi kat bandar tu. Yang penting, aku dah jimat enam puluh ringgit! Mana la aku tak meloncat sakan. Haha. 


Panjang betul gigi ni. Tapi ni bukan gigi taring ya. Haha.


Aku tak tau berapa harga untuk cabut sebatang gigi untuk masa sekarang. Akupun dah lama tak cabut gigi kat klinik swasta ni. Abang aku la yang bagitau sebab dia baru je cabut gigi kat klinik swasta kat bandar tu.


p/s: Yang tak seronoknya, gigi dah makin kurang. Adeh. Nak makanpun jadi susah sikit la sebab dah ada ruang kosong kat barisan gigi geraham tu. Haha.

Monday, September 11, 2017

Geng tangga.

Assalamu'alaikum.

Geng tangga.


Dorang ni kan, memang suka sangat lepak kat atas tangga ni. Tak tau la apa yang seronoknya dok lepak kat situ. Kadang-kadang tu, bersusun semua lapan ekor kat atas tangga tu sampai kita nak lalupun terpaksa berhati-hati.




Mula-mula tiga ekor lepak kat situ. Lepas tu jadi empat ekor la pulak. Akhirnya jadi lima ekor. Haha.






Ni nama dorang. Nama kucing aku tak glemer. Asal ada nama, sudah. Senang nak panggil. Lagi tiga ekor takde dalam gambar. Yang takde tu nama dorang Cogheng, Bubu dan Kusut. Haa? Kusut? Dah bulu dia asyik serabai je, aku letak la nama Kusut. Haha.




p/s: Ni la dia kawan-kawan gaduh aku kat rumah ni. Hehe. Dan jugak kawan peneman aku buat kerja kat mini kebun aku tu. 

Wednesday, September 6, 2017

Merajuk la tu..?

Assalamu'alaikum.

Merajuk la tu..?


Eleh..! Dapat anak cicak yang sebesar taik idongpun nak eksen depan aku. Cehh...! Beria-ia dia dok lambung-lambung cicak cinonet tu. Kononnya dah terror sangat la tu dapat tangkap cicak. 


Sekali aku buang anak cicak tu, terus dia membebel. Cari punya cari, tak jumpa jugak. Ater, kalau aku dah bungkus anak cicak tu dengan tisu, lepas tu aku buang ke dalam bakul sampah, memang la hidung dia tak boleh nak bau. Haha.






Penat mencari, akhirnya dia pasrah. Merajuk la tu. Hahaha. Kesian Chobey.







Siap mengadu lagi tu kat auntie dia. Kehkehkeh. 




p/s: Tak payah la makan cicak tu. Nanti mulut busuk..! Bunuh je cicak tu. Nanti aku tolong buang. Haha.

Monday, September 4, 2017

Masak-masak di hari raya aidil adha.

Assalamu'alaikum.

Masak-masak di hari raya aidil adha.


Masa raya, kalau tak masak-masak, bukan raya namanya. Tak kiralah masak apapun, janji masak. Pelik jugak apabila ada orang yang malas nak memasak kat rumah, baik rumah sendiri apatah lagi rumah mentua. Kalau tak masak, anak-anak dan suami tu nak makan apa? Ke, nak suruh mentua atau ipar duai yang masak dan awak duduk je dalam bilik melayan gadget? Kurang ajar namanya kalau buat perangai macam ni. 


Mula-mula, aku masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan sayur-sayur yang aku petik dari kebun mini aku tu. Alhamdulillah, dah banyak kali dah dapat tuai hasil dari kebun mini tu. Inilah nikmatnya jika berbudi pada tanah.









Lepas tu, masak lagi. Buat kek pisang pulak. Dah agak lama jugak aku tak buat kek pisang ni. Ada la dekat setahun tak buat gara-gara aku tak sihat tahun lepas. Syukurlah raya tahun ni aku dah sihat walaupun masih kena makan ubat. Syukur jugak sebab mixer The Baker aku ni masih lagi sudi berkhidmat. Takut jugak kalau dia meragam. Maklum la, dah lama dibiarkan terabai. Heh.






Kek pisang ni aku saja tambah bahan lain. Aku letakkan dua sudu makan serbuk koko. Biasa la, aku ni kan suka derhaka pada resepi. Kononnya nak try and error la. Haha.











Selesai kek pisang, masak lauk lagi. Kali ni masak lemak cili padi ayam tapi ala-ala rendang. Cuma rendangnya tidak kering sebab gunakan ayam daging. Lagipun, ayam daging ni kurang sedap dijadikan rendang. Pada aku la. Orang lain, aku tak tau. 







Hahaha.


Kemudian, buat kek lagi. Kali ni buat kek marble pulak. Dua hari berturut-turut aku bakar kek. Anak-anak buah suka makan sebab tak manis sangat sebab aku kurangkan sukatan gula.











Gambar kat bawah ni merupakan kek marble yang mula-mula aku buat. Gambar yang kat atas tu kek marble yang kedua. 






Dan lepas tu, masak lagi dan lagi. Memang tak kering jari la dok kat dapur je. Haha. Seawal pagi dah mula buat rendang daging. Kali ni buat rendang tu kering. Sambil masak rendang, masak pula agar-agar santan. Siap agar-agar, rebus pulak nasi impit segera. Kemudian, masak pulak kuah kacang.








Kemudian, teringat pulak kat pulut yang dibeli masa raya puasa hari tu. Pulut tu kakak aku tak jadi guna untuk lemang. Takut pulut tu berbubuk, maka akupun buat la pulut kuning. Ni merupakan kali pertama aku buat pulut kuning ni dari proses merendam pulut hinggalah selesai. Selalunya tolong mak aku je tapi sekarang kenalah belajar buat sendiri.


Masa mengukus tu, aku kerap juga buka tutup kukus tu dan karih pulut tu supaya masak sekata. Sambil tu, aku renjis-renjiskan pulut tu dengan air biar lagi cepat pulut tu masak. Alhamdulillah, eksperimen aku menjadi. Hehe. Oh ya, aku lapikkan pengukus dengan daun pisang. 



 ^
Apabila pulut dah masak dan lembut, keluarkan dari pengukus. Gaulkan dengan pati santan yang dicampur dengan sedikit garam halus. Gaul rata guna senduk. Lepas tu, masukkan semula dalam pengukus dan kukus lagi sekali. Kali ni kukus sekejap je sebab nak bagi santan tu masak sempurna supaya pulut tak cepat basi.
v



Alhamdulillah. Pulut aku menjadi dan habis dimakan bersama rendang. Pagi raya rendang dah tinggal serdak je. Hahaha. Masa merendam pulut tu, mak aku kata tak payah letak garam. Aku tanya mak aku sebab aku teragak-agak sama ada nak letak garam ataupun tidak tapi aku dah letak sikit. Dah letak baru tanya mak aku. Geleng kepala mak aku. Haha. Mak aku kata, masa masukkan pati santan baru letakkan garam. Itupun letak sikit je.




p/s: Okay. Habis dah kisah fasal masak-masak di hari raya. Sebenarnya, aku nak delete gambar yang ada dalam folder laptop aku ni. Tu yang aku sumbat semua gambar dalam satu entri. Hahaha.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)