Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, November 7, 2017

Kacang botak?

Assalamu'alaikum.

Kacang botak?


Masa zaman aku kecil dulu, mak aku selalu buat kacang botak ni terutama sekali apabila tiba musim raya. Memang sedap makan kacang ni. Makan punya makan, tak sedar dah habis sebalang. Haha.


Sekarang ni, senang je nak buat kacang botak ni. Gunakan aje tepung segera yang ada di pasaran. Ala, tepung ayam goreng ala-ala KFC tu la. 


Cara nak buat kacang botak ni mudah je. Macam dalam gambar kat bawah ni, ada dua bungkus kacang tanah. Setiap bungkus kacang tanah tu perlukan dua biji telur. Maknanya, dua bungkus kacang tanah tu perlukan empat biji telur. Sebungkus tu rasanya mungkin setengah kilo. 




Tepung ayam goreng KFC tu pulak pandai-pandai la kita adjust banyak mana nak digunakan. Kacang tanah tu kenalah basuh sekejap. Masukkan dalam tapisan dan lalukan sekejap je bawah air paip. Jangan rendam tau! Lepas tu, terus je gaulkan semua sekali. Seeloknya, buat la sebungkus kacang tanah tu dulu. Dah dekat nak habis goreng, barulah sambung gaul yang sebungkus lagi. Tak payah letak garam semua dah sebab tepung tu dah complete dah.




Jangan kurangkan telur tu sebab nanti kacang botak kita tu keras kedengkung. Jangan pulak kerana nak berjimat punya fasal, nanti takde siapa yang makan kacang botak tu. Membazir je nanti.


Oh ya, minyak menggoreng kacang botak ni cepat hitam. Jadinya, pandai-pandai la kawal api dapur tu. Tak nak la nanti kacang tu dah la tak masak, lepas tu rasa pahit pulak. 


Selamat mencuba! Jika rajin, boleh jual kat kawan-kawan. Apa salahnya, kan?


p/s: Sampai sudah, aku tak tau kenapa dia dinamakan kacang botak. Haha.

Monday, November 6, 2017

Topap lagi.

Assalamu'alaikum.

Topap lagi.

Hari ini, aku topap lagi tanah dan baja untuk kebun mini aku tu. Macam biasa, aku beli kat kedai Peladang di Kuala Lipis. Kali ini, aku 'paksa' abang aku untuk tolong belikan. Haha.




Aku tak tau kenapa aku suka dengan jenis tanah yang ini. Sebelum guna tanah jenis ni, aku dah pernah guna beberapa tanah sebegini dari jenis yang berlainan. Mungkin sebab tanah ni lembut kot. Lagipun yang jualnya adalah kedai Peladang. Mesti dorang dah sorting tanah yang terbaik punya, kan?




 Baja buah dan baja gemuk (NPK 15 15 15).


Pertama kali beli baja AB ni dari kedai Peladang. Sebelum ni aku beli dari nurseri kat sini yang dalam botol air mineral 1.5L tu. Baja organik tu sebenarnya aku nak yang jenis bulat kecil-kecil yang ada bau macam kopi tu tapi abang aku kata baja tu dah habis. So, dorang kat kedai Peladang tu bagi baja organik taik kambing dan taik ayam. Takpe la. Nanti aku cuba letak kat pasu sayur aku. Sebelum ni cuma letak kat pasu pokok orkid je.





Semua barang ni kena caj RM168.80. Rabak weii.. Haha. Tapi takpe la. Demi untuk kebun mini aku tu, aku sanggup cut bajet untuk beli novel baru. Heh. Lepas ni rasanya tak beli dah kot tanah tu. Mungkin lama lagi baru beli lain pulak. Terlupa pulak nak suruh abang aku beli sekali kapur pertanian padahal sebelum tu, benda ni la yang aku dok teringat-ingat. 


p/s: Beli apa yang kita perlukan. :D

Yeah..! Buat apa yang kita suka.

Assalamu'alaikum.

Yeah..! Buat apa yang kita suka.


Ni la namanya takde kerja, cari kerja. Habis semua tempat nak letak pasu sayur. Conquer baik punya. Heh.


Sebelum tu, susun kat tempat lain tapi sebab tempat tu bawah awning dan tidak sepenuhnya mendapat sinaran cahaya matahari, maka ubah la ke sini pulak. Tempat kosong, kan? Apa lagi, kita kasi je la penuh. Hik.







Kemudian, tambah pulak satu para kat tingkap stor tu. Gigih tu pergi menukang dalam hujan gerimis. Gigih jugak pi angkut pasu berisi anak pokok kailan tu dari sebelah sana bawa ke sini. Memang cari kerja sungguh. Ni pun rasa macam nak tambah lagi satu para kat atas tu pulak. Haha.






Konsep kat sini adalah; Buat apa yang kita suka. Macam aku, sebab dah suka tanam sayur ni, maka inilah yang aku buat. Yang penting, aku tak kacau kawasan orang. Aku buat projek ni kat dalam kawasan rumah aku je. Heh.


p/s: Hendak, seribu daya. Tak hendak, seribu alasan. 

Sunday, November 5, 2017

Asparagus: Nak cuba semai dan tanam.

Assalamu'alaikum.

Asparagus: Nak cuba semai dan tanam.


Aku takde apa nak cerita fasal asparagus ni. Cuma nak bagitau yang aku dah rendam dah biji benih asparagus yang aku beli secara online hari tu. Habis satu peket benih tu aku rendam. Ingatkan banyak benih tu dalam sepeket. Rupanya sikit je. Kalau aku tau, aku beli dua peket. Heh.




Disebabkan aku memang zero fasal penanaman asparagus ni, maka aku masukkan sekali perbualan aku dengan pihak yang menjual benih ni supaya senang aku nak buat rujukan.




Aku berharap sangat agar benih asparagus ni berjaya cambah dengan eloknya dan seterusnya hidup dan membesar dengan jayanya. Aku nak jugak rasa asparagus ni sebab selama hidup ni, jangankan nak merasa, tengok asparaguspun tak pernah. Sadis sungguh. Haha. Rupanya asparagus ni spesis macam buluh jugak. Kiranya ada sulur macam sulur rebung tu. Okay, faham dah. 


Update.
6/11/2017.

Aku baru je masukkan biji benih asparagus ni ke dalam sepuluh buah polybag kecil. Satu polybag tu aku letak empat biji benih. Ada lebih dan aku masukkan pula ke dalam beberapa buah pasu plastik yang kecil. Harap benih asparagus ni bercambah semuanya. Aamiin.




p/s: Semangat berkobar-kobar dah ni. Haha.

Tuesday, October 31, 2017

Hidroponik comel. :D

Assalamu'alaikum.

Hidroponik comel. :D


Aku ni, memang macam ni. Suka mencuba sesuatu yang aku rasa tidak membazir. Lebih-lebih lagi jika ada kaitan dengan DIY dan penanaman sayur di rumah. 


Kali ini, aku cuba semai benih salad dengan menggunakan span. Span ni span yang kedai perabot letak kat sofa untuk cover sofa dari rosak. Aku simpan span ni masa beli sofa dulu. Dah bertahun dah aku simpan. Sekarang aku keluarkan sekeping untuk buat eksperimen. 









Sebenarnya, aku memang dah lama berhajat nak tanam sayur dengan kaedah hidroponik ni. Dah makan tahun dah. Sejak aku bela ikan keli dalam kolam simen lagi aku dah berangan dah tapi tak buat jugak. Lagipun masa tu aku banyak komitmen kepada perkara lain. Tapi sekarang ni kolam ikan keli tu pun dah lama kosong sebab akupun dah tak bela dah ikan keli tu. Akupun dah ada masa terluang untuk buat kerja-kerja menanam ni.



 Aku takde gabus yang leper tu. Aku bantai je gunakan gabus yang ada. Tak ingat dah ni gabus untuk apa. 



Ni la dia acuan untuk buat lubang kat gabus tu. Panaskan yang bulat tu dengan api dapur gas dan tekapkan pada gabus. Pegang bahagian atas dawai tu guna kain sebab dawai ni panas. Kang melepuh pulak jari yang runcing tu. Heh.


 Lubang gabus tu terbesar la pulak. Haha. So, kenalah sendal sikit supaya span tu tak tenggelam.


 ^
Aku letak air baja AB. Biasanya jentik-jentik takde dalam air baja ni tapi kali ni tak tau la kot dia ada pulak. Kenalah pantau selalu. Kang tak memasal kena denda. Tak rela aiii.. Heh.
v



Siapa nak cuba buat macam ni, boleh la tengok kat page FB Kebun Bandar ni. Kat situ ada dikongsikan cara buat untuk ruang yang lebih besar. Yang aku buat ni hidroponik comel je. Comel macam tuan dia. Huahuahua. #Gurauje.


p/s: Ni merupakan kali ke tiga aku beli benih salad. Sebelum ni, dua-dua benih tak menjadi. Hiduppun tidak. Harapnya benih yang ini, dapat la aku merasa hasilnya nanti. Aamiin.

Monday, October 30, 2017

Pokok lemon: Semai dari biji.

Assalamu'alaikum.

Pokok lemon: Semai dari biji.


Ni anak pokok lemon yang aku semai dari biji. Tak tau lemon jenis apa sebab semai banyak jenis tapi yang hidup ada enam pokok je termasuk yang dalam gambar ni.


Ramai orang kata, kalau semai dari biji, pokok susah nak berbuah, lambat nak berbuah atau langsung tak nak berbuah. Tapi aku pasrah je kerana aku percaya pada rezeki dari Allah. Yang penting, kita dah usaha untuk menyemai. 


Lagipun pokok lemon ni masih lagi kecil. Masih panjang lagi perjalanan hidupnya. Harapnya pokok-pokok lemon aku ni membesar dengan sihat dan ada hasilnya nanti. Aamiin.




Kalau tak berbuah, takde la orang buat video kat Youtube fasal tanam lemon dari biji ni, kan? Rasa macam mustahil jugak jika semua anak pokok lemon yang dijual tu ditanam dengan menggunakan kaedah tut atau baji. Lain la jika nak tanam sepokok dua je kat rumah. Tapi jika berladang?






Aku ada up fasal ni kat grup kebun bandar. Seronok sebab dapat berkongsi pendapat dengan rakan dalam grup. Jom tanam sendiri!


p/s: Seronok tengok pokok lemon ni membesar dari sehari ke sehari. Alhamdulillah. Sikit hari lagi boleh la pindahkan ke dalam pasu besar.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)