Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, April 12, 2019

Cencaru sumbat inti cucur badak.

Assalamu'alaikum.

Cencaru sumbat inti cucur badak.


Tengah hari ini, aku buat cencaru sumbat je. Malas nak masak beria. Lagipun inti serunding kelapa untuk buat cucur badak tu ada lagi. Musim panas ni, semua badak pi berendam. So, inti dia kita guna ke lain la pulak. Kah..!


 Siang ikan cencaru dan bersihkan. Lepas tu, lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam tu letak sikit je dah la. Nanti terlebih masin pulak ikan tu.


 ^
Aku hiriskan 4 helai daun kunyit untuk dapatkan aroma yang wangi. Gaul-gaulkan dan sumbat penuh-penuh dalam perut ikan tu. Jangan risau, ikan tu tak marah punya la ko kelebet perut dia. Kehkehkeh.
v
 ^
Daun pisang tu, biar je panjang macam tu. Kalau boleh, letak ikan kat tengah. Nanti tinggal lipat je daun pisang kat kiri dan kanan tu. Tak payah susah-susah nak kepit dengan lidi bagai..
v

 Ni dia penyepit rare. Selagi boleh guna, kita guna aje la dik non oii...! Jangan berlagak sangat aihh nak guna semua benda baru je. Ko ingat bapak ko tu bapak segala tokey?



Siap bakar dah..! Bau dia je, perghh....!


Bakar ikan macam ni lagi sedap daripada gunakan kuali ajaib semua tu. Aku dah cuba beberapa kali guna kuali ajaib tapi rasa ikan yang dibakar tak sedap langsung sebab dia berair. Sia-sia je beli kuali ajaib tu. Dah la mahal ya amat. Baiklah guna aje pembakar ni walaupun dah buruk.


Dah boleh makan dah. Tak payah nak susah-susah buat air asam semua tu aihh.. Makan macam ni je pun dah sedap dah. Lagipun, aku memang tak pandai nak makan ikan bakar cicah air asam ni. Kolotnya aku, kan? Ahh, peduli la.. Hahaha.


p/s: Biar buruk rupa asal sedap rasanya. Kah..!
.

Friday, April 5, 2019

Belimbing buluh dalam pasu berbuah lagi.

Assalamu'alaikum.

Belimbing buluh dalam pasu berbuah lagi. 


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Kali ini, pokok belimbing buluh yang aku tanam dalam pasu berbuah agak meriah sikit dari sebelumnya.





Gambar buah sulung belimbing buluh ni ada aku kongsikan di laman facebook personal aku. 





Update.
Dah besar dah buah belimbing buluh ni. 
Dah ambil dah sikit untuk buat sambal hitam.
Alhamdulillah.






p/s: Dah boleh dah berangan nak buat sambal hitam. 😀😀😀 Lepas untuk makan sendiripun jadi la. Yang penting, dah boleh berjimat. 
.

Thursday, April 4, 2019

Jahit jubah lagi.

Assalamu'alaikum.

Jahit jubah lagi.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


Siap sudah menjahit jubah ni. Kain jenis bergetah. Tak pasti sama ada jenis jersey ataupun lycra. Aku mana tahu bab jenis kain ni. Aku tahu jahit je. Heh.













p/s: Ada yang nak suruh aku jahitkan jubah macam ni secara online? Boleh je. Tapi deposit kenalah bayar separuh dulu ya. Aku tak berani tanggung risiko. Maklum la, zaman sekarang ni kena lebih berhati-hati. 😜
.

Tuesday, April 2, 2019

Simpan gambar sebagai kenangan. :)

Assalamu'alaikum.

Simpan gambar sebagai kenangan. :)


Sebahagian daripada ais krim Malaysia yang aku buat, aku simpan gambarnya di dalam blog aku ni. Kot la tiba-tiba je rindu, boleh la jenguk kembali. Ceh...! 😜😜😜


























Sebenarnya aku nak delete gambar yang aku simpan dalam laptop. Tu yang aku simpan pulak kat sini. Ni la untungnya ada blog sendiri. Boleh simpan apa sahaja. Kah..!


p/s: Ko ingat, pakwe makwe je boleh simpan gambar sebagai kenangan? Haha.
.

Sunday, March 17, 2019

Cara buka plastik ais krim yang nipis dan melekat.

Assalamu'alaikum.

Cara buka plastik ais krim yang nipis dan melekat.


Bulan Februari yang lalu, aku terbeli sebungkus plastik ais krim cap king kong ni. Harga sebungkus tu agak mahal la pada aku iaitu RM2.50. Tapi disebabkan nak cuba, aku beli la jugak.


Masalah timbul apabila plastik ais krim tu jenis nipis dan melekat macam kembar siam. Jenuh aku nak buka plastik tu tapi tak lepas-lepas. Dah la masa tu aku tengah mengisi bancuhan ais krim dalam plastik. Dapat pulak plastik jenis ketegaq macam ni, memang keluar la ayat yang tak elok dari mulut aku. Kita nak cepat tapi lepas tu timbul masalah, hilang la sabar sekejap. Heh.


Mujurlah aku ada stok plastik yang lain walaupun plastik tu saiz dia panjang sikit. Terpaksalah jugak gunakan. Plastik yang ketegaq tadi, aku letak tepi dulu. Ikutkan rasa hati yang marah (masa tu), nak je aku humban plastik tu. Mujurlah hati masih lagi sabar. Istighfar banyak-banyak. Ingat balik niat nak cari sedikit rezeki. Fikir balik harga plastik tu. Terus tak jadi nak buang. 😁


Dan beberapa hari lepas, tergerak hati aku nak cuba balik semula untuk bukak plastik tu. Sebelum ni macam-macam cara aku dah gunakan. Ada yang kata suruh basahkan jari, aku dah buat dah tapi tak mahu jugak dia terbuka. Kalau dapat bukapun, ambil masa lebih dari sepuluh minit. Itu baru sehelai. Kalau sebungkus, tak mereput aku kat situ?


Di sini, aku kongsikan cara yang aku buat untuk bukak plastik ais krim yang nipis dan melekat tu. Alhamdulillah, syukur sangat di atas ilham yang Allah berikan pada aku. Nak kata cara ni senang sangat, tak la jugak tapi cara ini lagi bagus sebab aku dah berjaya bukak semua plastik dalam satu bungkus tu. Yeaa...!


Tengok gambar dan baca penerangan aku kat dalam gambar tu. Penat tau aku reka ayat dan screen shot. Haha. Kalau tak nampak tulisan tu, boleh la klik pada setiap gambar. Zoom in la tu.. 😝















p/s: Ilmu itu adalah pemberian dari Allah. Maka atas sebab itulah aku kongsikan di dalam entri ini. Moga ada sedikit manfaátnya buat orang lain yang menghadapi masalah yang serupa dengan aku.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)