Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, February 2, 2020

Lagi lagi apam nasi..

Assalamu'alaikum.


Lagi lagi apam nasi..


Begitulah. Apabila kita dah jatuh suka akan sesuatu itu, maka itu aje la yang akan kita ikut atau buat. Dah lebih dari empat kali aku buat apam nasi ni.






Aku kongsikan lagi sekali resepi apam nasi ni. Mudah sangat membuatnya. Kalau tak, takde la sampai lebih empat kali aku buat. Haha.

1 cawan nasi - blend/kisar
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
1/2 cawan gula.
1 sudu makan yis mauripan

Kelapa parut + garam untuk letak di atas apam.

Campurkan semua bahan dalam bekas kecuali kelapa parut + garam. Kacau sebati. Tutup dan perap sampai bancuhan kembang. Dah kembang, boleh la tuangkan dalam acuan yang disapu dengan sedikit minyak. Panaskan dulu air kukusan sampai mendidih. Dah didih, boleh la kukus apam tu dengan api b
esar. Kukus lebih kurang 6-8 minit je kalau guna api besar. 

Acuan jangan letak penuh sangat dalam kukusan sebab takut nanti wap air tak lepas keluar dan menyebabkan air tu masuk ke dalam acuan. Ni pengalaman aku. Aku bagitau sebab tak nak benda ni jadi kat korang pulak.






Blender yang rosak, sudah diganti dengan yang baharu. Kakak aku tolong belikan nun jauh di Segamat. Makanya, rajin la aku mengapam. 😁😁😁 Lagipun, senang sangat buat kuih apam nasi ni. Yang agak leceh tu sebab nak kena sediakan kelapa parut.







p/s: Mengapam lagi bagus dari membawang. Mengapam boleh penuhkan perut. Membawang hanya penuhkan dosa. Ehh...!
.

Saturday, February 1, 2020

Warna-warni aiskrim Malaysia.

Assalamu'alaikum.

Warna-warni aiskrim Malaysia.


Ini antara aiskrim Malaysia yang aku buat. Selagi ada kudrat, selagi itulah aku berusaha untuk mencari rezeki yang halal. Aku sekadar buat sedikit sahaja untuk jualan di rumah. Harapnya, dapat la sokongan dari orang setempat. 


Sebelum ini, aku pernah letak aiskrim aku ni di kedai dengan menumpang freezer di kedai tapi lepas tu, aku diberitahu yang aku dah tak boleh lagi tumpang freezer tu sebab tuan punya freezer tak benarkan sebab dia dah tukar freezer baharu. Tak mengapalah. Adat menumpang, memang begitulah jadinya. Reda dan pasrah aje la walaupun selepas itu, aku dilanda kemurungan sebab barang-barang baru je aku restock. Jenuh aku pujuk hati. Mujurlah adik-beradik aku bagi semangat dan dorang kata, cuba je sambung jual di rumah.


Aiskrim aku ni, aku jual sebatang seringgit sahaja. Sekarang dah tahun 2020 dah. Kenalah faham dengan peredaran zaman dan harga yang serba-serbinya meningkat naik. Lagi-lagi untuk aku yang tinggal di kawasan kampung ni. Harga barang jauh lebih mahal dari harga barang di bandar. 









Untuk aiskrim yang berasaskan susu, aku gunakan susu Saji walaupun harganya agak tinggi. Kenapa aku pilih Saji? Faham-faham sendiri dah la yaa.. 😉












































p/s: Moga Allah luaskan rezeki aku dalam penjualan ais krim Malaysia ni. Aamiin. Tolong doakan sama ya. Terima kasih. 😘😘😘
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)