Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, June 17, 2009

CERITA KUNING....

Assalamualaikum....


.....ni bukan Kuning tapi sebagai hiasan je...huhu...


Kali ni nak citer kisah Kuning, seekor anak kucing yang di buang orang kat depan rumah aku. Kesian kat anak kucing ni, baru je nak kenal dunia dah kena buang. Kenapalah kejam sangat manusia ni, buat benda yang tidak sepatutnya dilaku kan. Aku rasa mungkin umur Kuning 2 bulan masa dia kena buang tu sebab badan dia kecik dan kurus sangat...


Aku bela Kuning sama macam kucing2 aku yang lain. Lama kelamaan, badan dia semakin bulat dan dia lak makin ligat berlari2. Aku tumpang seronok tengok keletah Kuning. Sejak hari tu, Kuninglah yang setia menghantar aku kat pintu pagar waktu aku nak pegi kerja dan dia jugak yang menunggu aku balik. Masa tu, aku kerja kat kedai makan dari pukul 5 petang sampailah 12 tengah malam. Terpaksa la kerja demi nak bayar ansuran mesin jahit tepi Singer yang aku beli. Gaji aku?? Hehe... cukuplah nak bayar ansuran tu. Yang penting aku tak mintak duit mak aku....


Pada satu hari, aku jadi heran sebab aku tak dengar suara Kuning. Masa aku balik kerjapun dia takde. Mulalah aku tercari2, panggil2 nama dia, tanya kat jiran2 yang berhampir an. Mak aku cakap mungkin ada orang yang dah ambil Kuning tapi aku rasa tak mungkin...


Dalam tempoh hampir 2 bulan aku masih lagi tertanya2 dan tercari2 mana Kuning pergi. Rupa2nya Kuning dah mati. Sobbss. Dia mati kena langgar dengan kakak ipar aku sewaktu nak undurkan kereta. Mak akupun ada waktu Kuning kena langgar tu. Dorang cepat2 siram darah dan bersihkan kesan tempat Kuning kena langgar.


Sampai hati dorang tak bagitau aku. Mak aku cakap dia takut aku menangis sebab aku memang sayang Kuning tu. Sebab tu la dorang rahsiakan. Sebenarnya aku memang selalu menangis kalau kucing aku mati. Mak aku cakap lepas ni tak payah la bela kucing lagi sebab dia kata aku tak serasi dalam membela kucing.. Betul ke...

p/s: Bila aku sedih je aku selalu teringat kat Kuning sebab dia pernah jilat airmata aku masa aku menangis dulu....Uhukkk...

6 Tukang Tembak:

ArmaniWhite said...

sobbsss..sedih ek bila kehilangan.. last year pon kucing kesayangan my BF & emaknya (my MIL) mati kena langgar.. yg sedihnya,my MIL sendiri yg terlanggar masa nk reverse kete.. sedih sgt. diorang nanges mcm kehilangan ORANG tersayang lak.. sayu sgt hati kan kak azz... =(

~KAK AZZ~ said...

Nami~> tu la kannn....akakpun camtu la...sampai mak cakap nangiskan kucing mati macam nangiskan orang mati.....huwaaa....

syawal tahun lepas, anak2 kucing akak yang baru sebulan lebih umur dorang mati berturut2....zapppp abeh jalan sekali 4 ekor...sekor sehari....syawal yg menyedihkan....uhukkk...

cOcOmIxChOcO said...

sedih nyer citer.... tapi..coco takut arr ngan kucing... i' mean geli arrr ngan bulu dia... tapi coco suka tgk kucing ... comel jer kan

~KAK AZZ~ said...

Coco~> huhu mmg sedih sgt...
Rugi la geli dgn bulu kucing....lagi2 kalau bulu yg lembut n gebu itewww...

pssttt....akak geli dgn kutu kucing....tp geram je tgk kutu2 lari2 celah bulu kucing tu....hikk

SwapNAVY said...

:( kuning the great cat who share ur life...

~KAK AZZ~ said...

Dez~> yupppppp.....love Kuning very much....sobbbsss...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »