Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, October 17, 2009

HILANG...

Assalamualaikum....

Aku tengah sedih sekarang ni. Rasa macam nak meleleh dah airmata ni, tapi aku tahan2kan je jangan bagi keluar. Namun dalam hati memang ada rasa sebak, dan ralat juga.

Malam tadi aku tidur seawal jam 9. Pukul 12.30 tengah malam aku terjaga. Bila aku raba je telinga aku (dah jadi kebiasaan..), aku dapati subang aku kat telinga kanan dah takde. Akupun apa lagi, menggelupur la bangun. Masa tu jugak aku terus buka lampu, cari subang tu kat atas dan bawah katil. Aku kirai2 semua yang ada kat situ, tapi masih tak jumpa. Sedih baru je nak bermula masa ni...

Malam tu, tidur aku sedikit terganggu, susah nak lelapkan mata. Sekejap aku bangun pergi check kat bilik mandi, pastu aku baring balik. 5 minit lepas tu aku bangun semula, pergi pulak check kat toilet kat luar rumah, tak jumpa jugak. Baring balik semula. 15 minit lepas tu, sekali lagi aku bangun, masuk bilik mandi lagi sekali, tuang semua baju2 yang ada kat dalam baldi, tengok bulat2 mata dalam baldi tu, ketuk2 baldi tu, takde jugak subang tu.... Dada aku dah mula rasa sebak....

Pukul 7.15 pagi aku mula sambung cari. Aku sapu semua bilik namun tak jugak ada. Aduhh... makin bertambah2 rasa ralat ni. Aku buntu. Dah taktau nak buat apa dah. Akhirnya aku buka subang yang tinggal sebelah tu dan aku pakai kembali subang
masa zaman aku darjah 1 dulu.

Ya betul, aku sangat sayangkan harta2 aku, apatah lagi harta2 tu mempunyai "sentimental value". Walaupun harga harta2 tu tidaklah semahal mana, namun bagi aku apa saja yang aku beli atau yang orang beri kat aku, aku hargai dan sedaya upaya aku jaga dengan sebaik mungkin. Tapi, kalau dah tersurat nak hilang, aku redha aje la....

Aku sedih dan ralat sebab:

*subang tu merupakan barang kemas pertama yang aku beli dengan duit gaji yang aku kumpul selama hampir 2 tahun. (ya.....gaji aku sangaaaat cipuuuutt okay....)

*subang tu idaman aku semenjak aku ternampak sepupu aku memakainya sewaktu aku berumur 15 tahun (subang aku tu diamond dia palsu je, tapi sepupu aku tu diamond dia konpem ori sebab dia anak orang kaya...)

*dan yang paling menyedihkan aku, subang tu aku beli sewaktu arwah abah aku masih ada dan dia sama2 tolong pilihkan untuk aku. (Dia ikut je mana2 kedai yang aku masuk)

Aku boleh je nak beli yang baru. Tapi aku sayang sangat2 pada "sentimental value" tu. Apa aku nak buat ni. Arrghhhh...

p/s: Lumrah alam, selalunya apa/siapa yang kita sayang itulah yang akan buat kita bersedih. Don't be sad. Just look forward... (gmbr upload kemudian...)

10 Tukang Tembak:

rashiD said...

soba kak...
ado tu...
cari pelan2..

~Kak AZZ~ said...

rashiD~> tu la kan....tongah soba la ni haa...

*seb baik mlm ni ado live bola, leh gak rilis tensen japp...hehe...

macehh ya...

cHeRyNa PiReS said...

akak...janganlah sedih. mungkin rezeki akak akan lebih murah lepas nieh, insyaAllah. kadang2 brg nieh ilang kejap je..tiba2 kita jumpa kat kawasan yang kita tak sangka:)

chipsmore said...

yes..move on...kata orang jawa..haha :D

SwapNAVY said...

lor kak jgn sedih eik..nanti ikut dez pergi subang parade beli yg baru..mcm2 ade...hik..2

dotblogspotdotkom said...

kata ustaz.. baca surah alam nasyrah tu berulang kali.. insya ALLAH.. kamu akan ingat @ berjumpa dengan barangan yang ilang tu.....

ada hikamh nye tu....

~Kak AZZ~ said...

cHeryna~> Sha....tenkiu...

~Kak AZZ~ said...

cikEpal~> wehh.....kamu ni wong jowo ke.....bukan ekau ni oghang noghori ke dikk....ekeekke....

~Kak AZZ~ said...

Dez~> ekekekeke....takmo la ikut Dez...nnt Dez beli yg mcm sauh kapal tu....rabek tingo den...hahaha....

~Kak AZZ~ said...

dotblogspotdotkom~> pokcik....mekasih yaa bg tunjuk ajar...insyaallah.....


*tunjuk ajar ku sifu....hehehe....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »