Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 10, 2009

Nilai RM sekarang....BERBALOI TAK..???

Assalamualaikum....

Hari ni Khamis. Ada pekan sehari kat tempat aku ni. Oleh sebab mak aku baru je laser mata, maka tugas untuk ke pasar tu jatuh kat aku. Dan inilah yang dapat aku beli dengan rm110....huhuhu...

1 ekor ayam + hati/pedal = rm19.60
1 ekor ikan tongkol = rm14.50
7 ekor ikan kembung = rm13.50
6 keping ikan tenggiri = rm19.00
2 ikat kacang panjang = rm2.00
2 peket tempe = rm3.00
6 ketul tauhu = rm2.00
2 tin susu cili padi = rm6.00
ikan bilis = rm8.00
kentang = rm4.00
bendi = rm1.40
cili merah = rm5.00
3 bungkus serbuk kunyit = rm3.00
1 bungkus garam halus = rm1.00

Jumlah keseluruhan = rm102.00.

Agak2 berbaloi tak jumlah RM dengan jumlah barang yang dibeli tu? Samada berbaloi ataupun tidak, tetap kena beli jugakkan. Abeh tu
camno...!! Kalau nak murah pergi la tangkap sendiri ikan2 tu. Lepas tu, rajin2kan lah diri tu berkebun. Jangan pulak asyik berkebun kat Farmville je.....muahahaha....


Balik je dari pasar, terus masak hati ayam/pedal dengan kacang panjang ni. Lapooo wehhh.....hikhikhik....


p/s: Makin lama makin kecil nilai RM ni. Agak2 tahun depan apa yang dapat dibeli dengan rm100 tu ya....(Baju kecik je dah rm42.90 sehelai....arrggghhhhh.....tensen.....tensen....huahuahua...)
(Kaum lelaki atau para suami yang tak pernah ke pasar tu, janganlah asyik bebel je, pastu kata..."bagi 50 henggetpun tak cukup lagi ke....?" Kang ada jugak yang kena serkup kepala tu dengan jabir gelenya.... hakk3...)
.

8 Tukang Tembak:

cheryna zamrinor said...

ya...teringat plak kat makcik sha arituh. dia pesan kat wan, dia kurang bajet time raya aji. pastu wan nieh konon2 nak tolong, dia kirim rm50. makcik sha senyum jelah...sebab mana cukupkan?

bukan ape kak azz..acik sha tak kawen lagi. tp kesian lak, dia tinggal ngan wan. bila adik beradik balik, dia rajin masak...tp barang mahal.

walaupon letakkan rm50 dengan rm100 pon...jadi rm150...mana nak cukup 8 keluarga nak makan raya kan?

nasib baik kami pon paham..kami bawak la balik daging, ayam dan barang2 lain.

taklah beban dia sorang2.

itu cerita kitorang.

bayangkan hubby yang bg wife rm50 nak buat open house adik beradik dia...

dia mesti tak fikir itu semua...

Maiyah said...

mmg nilai skrg ni dah x sama cam dlu, lagi gaji besar lagi naik gak hrga kan

Acik Erna said...

salam azz...akak ni.jarang membeli..en abaang yo poi pasar..pasar tani..kalau teringin nak makan kuih pilih sendiri baru akak pegi..kot tak..tau tengok yo apo yang dibawak balik..tak ponah tanyo hargo pun...kalau sesekali poi giant ke..mana ke..akak beli sendiri..bising la kat dia..beli biskut,eskrem untk anak dan buah pun tak cukup rm50?ceh bulih tanya pulak tu....sekarang barang memang mahal dia katenya..

Jasnia said...

Adoi akak...Bila bercerita pasal duit, terus jadi migrain. Hehehe...Yang Na tau, selalunya harga barang selalu NAIK je. Nak TURUN cukup la payah. :)

Tapi memandangkan sekarang Na pregnant, Na turunkan harga yuran taska...Melompat semua customer!

Cik Azz said...

cHeryna~> haaaaa....kes mcm makcik Sha tu mmg selalu berlaku. Kat mana2 je la...mmg akan dengar cerita yg sama...Persoalan skang ni,kenapa agaknya org2 yg dah berkeluarga ni susah sgt nak beri kerjasama bila balik kat rumah mak dorang. Tak kira la taim raya atau taim cuti kelepasan am....asal balik rumah mak je, masing2 lepas tangan. Yg jd mangsa tentulah org yg tggal dgn mak tu....

Akak fhm situasi makcik Sha, sbb akakpun lom kawen jugak. Cuma bezanya dia berkerja sdgkan akak tak kerja.

Tapi, masa bekerja dulu, akak salu pergi rumah abang yg dah kawen. Walaupun bujang, akak tetap belikan lauk mentah bawak kt rumah dia tu. Kdg2 kalau tak sempat nak beli bahan2 mentah, akak bagi duit atau belikan apa2 la utk anak2 dia... Kita sepatutnya kena peka pada keadaan mcm ni....sbb kdg2 perkara remeh temeh mcm ni akan jadi isu besar jika ianya berterusan...

Mana cukup rm50 nak buat open house....Lain la kalau takat nak bagi minum air paip je...Nasib la sape yg dapat laki bongok camtu....huhu...

Cik Azz said...

Maiyah~> tu la kann......jauh sgt beza dulu dgn skang ni.... Lagi maju sesebuah negara tu, lagi miskin rakyat jelatanya....

yg kaya disanjung...yg miskin disadung kakinya.....!!!

Cik Azz said...

Erna~> haha....untung la cmtu sbb suami tu tau harga barang macam mana...jadi dia takde la nak bersungut kalau duit manjang keluar je...Tambah2 lg taim anak nak meningkat remaja, lagilah kuat melantaknya....hehehe...

Cik Azz said...

Jasnia~> hehehe....tu la pasal....Nak tak nak kena beli jugak la kan....

Wahh....kalau akak jd kastemer taska tu, akakpun akan melompat suka gakk...hehehe...

*Mudah2an makin murah rezeki Na dan Allah permudahkan segala urusan...Amin...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)