Terasa nak luahkan sesuatu lak memalam buta ni. Hmmm, dah pukul 1.19 pagi dah ni, malam apanya haiihhh.... hahaha... Matapun tak nak lelap. Mungkin sebab siang tadi aku dah tidur. Dapat tidur sejam masa petang tu dah kira okay la kottt.. Boleh cover badan yang letih dan mata yang penat serta tangan kaki yang lenguh akibat dari kerja memotong kain kastemer. Aku baru selesai memotong kain kakak aku dan anak dia. Dua pasang seorang. Kakak akupun kira kastemer gak pe, sebab dia bayar macam orang lain jugak. Malahan kadang-kadang dia bayar lebih lagi. Kesian agak nya kat adik dia seorang ni. Lagipun dia yang hantar dulu kain-kain tu. Jadinya, aku kena la dahulukan mana yang dulu... kannn... Lepas ni barulah aku mula memotong kain kastemer yang lain pulak... Bersedia je la berdiri yaa... hahaha...
Sebenarnya apa yang aku nak luahkan ni..? Adehhh, macam sengal la pulak. Macam ni je la ehh... Aku ni kadang-kadang risau bila setiap entry/post aku disalah mengertikan oleh orang-orang tertentu. Asal aku buat entry je, mulalah ada yang terasa dengan tulisan aku ni. Padahal, aku hanya menulis berdasarkan dari apa yang terlintas di fikiran aku ni je. Dan selalunya aku mengambil kira dari apa yang aku alami, apa yang aku baca, apa yang orang-orang di sekeliling aku alami ataupun daripada pengalaman kawan-kawan realiti aku, kawan siber aku ataupun jiran-jiran aku yang selalu dan sangat rajin bercerita perihal masalah mereka dekat mak aku. Mungkin mereka menganggap mak aku sebagai kakak ataupun mak mereka juga, tempat kedua untuk mereka melepaskan gejolak di hati. Tak salah rasanya jika kita nak berkongsi masalah, asalkan kita pandai menyimpan rahsia mereka. Setuju..?? Tak setuju..?? Terpulanglah.... hahaha...
Aku berharap sangatlah ya, jangan pulak ada yang menganggap aku ni seorang yang ganas dan bermulut celupar tak hengatt dunia. Seperti yang pernah aku cakap dulu, aku sememangnya kurang suka bercampur dengan orang, apa lagi nak bersosial tak tentu pasal. Aku cuma nampak brutal kat alam siber ni je. Kalau kat alam realiti, aku jalan tunduk je tau... Asal dengar je bunyi derap kasut orang lalu, cepat-cepat aku menyorok kat belakang pokok. Itupun kalau ada pokok la.. Kalau takde pokok, aku menyorok je kat dalam semak tepi jalan tu... Percaya tak..?? Tak percaya..?? Tu mak aku laa, dia selalu cakap macam tu bila buat perbandingan antara sikap anak dara zaman dulu dengan sikap anak dara zaman sekarang. Dia kata anak dara zaman sekarang ni, asal dengar je bunyi derap kasut, cepat-cepat keluar mengintai. Mana yang lagi havoc tu, terus je berlari menuju ke muka pintu, siap dengan menyeringai lagi tu... camni... ngeeeeee....
Aku tahu ada diantara pembaca blog aku ni ataupun kenalan siber aku yang berfikiran negatif tentang aku, akibat daripada entry aku, gaya penulisan aku dan juga cara aku melayan mereka terutama sekali kat fesbuk tu. Bagi aku, terpulanglah pada diri masing-masing nak fikir apapun. Aku lebih suka sound direct daripada aku mengumpat kat belakang. Aku tau ada yang terluka bila kena sound direct ni. Tapi siapa tahu, mungkin selepas kena sound, orang tu berubah ke arah kebaikan. Dah dapat pahala kat situ walaupun pada awalnya kita dapat dosa sebab luka dan sakitkan hati dia, daripada kita mengumpat sampai bebilapun orang tu tak tahu. Dosa kita pulak makin bertambah. Nak ke tambah dosa..? Nak..?? Wallaaaa.... ada jugak orang camni ya.. Tak dapek den nak nolong ehh dohhh.... huhuhu...
Aku tak pandai nak berpura-pura. Kalau aku tak suka, aku akan tunjukkan yang aku tak suka, samada melalui memek muka ataupun melalui tulisan di blog atau di mana je yang aku rasa perlu. Aku cuma berpura-pura bila terpaksa je. Dengan siapa...?? Dengan korang laa, sebab korangpun pura-pura jugak dengan aku... kannn.... hahahaha... Aku terpaksa berpura-pura gumbira biarpun hati aku sakit dan ngilu sangat kerana itu merupakan satu motivasi untuk aku agar berfikiran lebih positif. Kalau aku fikirkan sangat apa yang orang kata, sudah tentu semua jadi tidak kena, seumpama seekor burung yang dikurung di dalam sangkar bersalut emas. Dan aku tidak suka jika fikiran aku dikongkong...!!!
Nota bernas campur sengal: Masih ada lagi orang yang menilai dengan hanya melihat luaran sahaja. Bila dah terhantuk, baru la nak mengadah. Jangan sampai membuak-buak darah yang keluar dah la... Yang kaya, tak akan kaya selamanya.. Yang hina, tak akan hina selamanya juga...
Akhir kata, mari kita layan lagu Dalam Kenangan ni... Aku macam kenal je gambar kat dalam vc ni... hinnsss3...
6 Tukang Tembak:
salam kak azz~
sy xpenah terasa pun ngan apa yg aku tlis baik kat fb mahupun kat blog.. adakah sy xde prasaan?? :))
salam azz, hanya orang yang makan cili je yang rasa pedas.
tapi akak memang suka makan cili. cili api lagi power. tak podeh tak sodap...
Salam...
...di hujung-hunjung nanti, akhirnya niat orang yang ikhlas itu, akan disedari orang juga. Cuma, caranya mungkin ada yang susah mahu terima.
LP Lum~> Wassalam Linda... Mekasih la kalau tak pernah terasa apa2... hikk..
Mana mungkin ko takde perasaan. Bukan ke ko skang ni tengah hangat membaja bunga2 sinta kann... Tu kira ada perasaan la tu... hahaha...
Kak Pah~> Wassalam kak.. Tu la dehh, kdg2 sy sndripun terasa dengan apa yang sy tulis ni kakk... Maknanya sy tulis bukan utk kenakan sesiapa, cuma utk mengingatkan diri sy je yg sebetulnya..
Podeh tu mmg la sodap kak, tp sy ado gastrik, tak buleh mkn podeh2 sgt ni...
ckLah~> Wassalam... Memang cmtu la selalunya kan.. Dah mcm dlm drama melayu lak kan... insaf bila dah terhantuk... Masa tu baru dia tau tinggi rendahnya langit tu...
Kalau boleh, jangan la hanya 'sedar' bila dah takde peluang untuk 'sedar'... huhuhu...
Post a Comment