Hari ni dari pagi sampai petang, aku duduk di dapur je. Menolong apa yang perlu sebab malamnya nak hantar juadah ke surau. Masa aku buat cerita ni, abang aku baru je balik dari surau bersama bekas-bekas nasi dan lauk-pauk serta cerek air yang dah kosong. Suka betul mak aku sebab tiada pembaziran yang berlaku... =D
Menurut abang aku, ramai jemaah yang datang. Syukur alhamdulillah. Sejak 3 tahun kebelakangan ni, mak aku akan hantar juadah ke surau sempena nak menyambut kedatangan Ramadhan. Masing-masing berebut nak ambil keberkatan malam Jumaat. Kitorang memang tak buat di rumah kerana orang kat sini memang susah sikit nak datang rumah, apatah lagi waktu malam begini. Kalau hantar kat surau, semua pinggan mangkuk dah sedia ada, lepas makan tu basuh la pinggan dan gelas masing-masing. Takpe, pakcik-pakcik kat sini semuanya bekas tentera, jadi dorang dah biasa buat kerja-kerja basuh pinggan ni... hehehe...
Menu untuk malam ni adalah seperti biasa iaitu kari ikan tenggiri, ayam masak merah dan goreng tempe campur tauhu dan kacang panjang. Kari tu seperti biasa juga dimasak oleh kawan baik mak yang aku panggil Mak Tok, orang jati Pulau Pinang. Memang mabeles la kari dia. Sampai sekarangpun aku tak pandai lagi nak masak kari ikut cara Mak Tok tu. Ayam masak merah pula kakak ipar aku yang masak dan memang dialah yang selalu masak menu ni. Aku masak apa..?? Hahahaha... Kerja aku adalah goreng sayur, buat air teh dan masak nasi, serta buat penyediaan bahan-bahan dan bekas.
Petang tadi letrik tiba-tiba je blackout. Aku baru je tekan punat rice cooker, tup-tup tengok lampu tak menyala. Ahh sudah.... Gelabah sekejap aku. Jam dah pukul 5.30 petang dah ni. Pukul 7 malam dah janji dengan jiran aku, mintak tolong dia bawakan juadah tu ke surau sebab kereta abang aku bawa pergi kursus. Kelam kabut aku letak periuk nasi tu atas dapur gas. Lepas tu, terus je aku telefon TNB bagitau bekalan letrik terputus. Aku cakap letrik dah 10 minit takde, padahal baru je seminit bekalan terputus. Aku cakap aku tengah kenduri dan memerlukan bekalan serta merta. Aku kawal nada suara aku sebab masa ni aku memang tengah hangenn sangat-sangat..!! Sudahnya, aku goreng sayur campur tempe tu berbekalkan lampu suluh... huhuhu.... sadis sungguh... Mujur tak hangit sayur aku tu... Kalau tidak, makin berasap la hati aku.. hohoho...
Kat sini aku senaraikan bahan-bahan yang dimasak tadi untuk lebih kurang 40 orang jemaah.
Ayam: 5 ekor... Potong ikut suka. Buat ayam masak merah.
Ikan tenggiri: 2 ekor saiz besar... Masak kari campur terung bulat.
Kelapa: 2 biji... santan pekat dan cair (untuk kari).
Tempe dalam plastik 10 bungkus + kacang panjang 5 ikat + tauhu 10 ketul = goreng sayur campur.
Bahan asas yang lain tu seperti bawang merah, halia, bawang putih, serai, serbuk dan daun kari, bawang besar, minyak masak, asam jawa, campuran halba, sos cili, cili kering kisar adalah seperti biasa. Agak-agaklah penggunaanya.
Aku tak dapat nak ambil gambar lauk pauk tu semua sebab letrik kan takde. Semuanya gelap, dengan hujan yang agak lebat lagi. Bekalan letrik datang sebaik je semua juadah tu sudah dihantar ke surau. Namun, aku sempat rakam video masa menumis untuk masak kari tu. Bukan apa, senang kalau aku nak buat rujukan... hehehe... Tapi, malas la nak tempek kat sini video tu, sebab ada termasuk suara aku yang sumbang mambang ni haa.... hahaha...
Aku kata: Maaf la ya kawan-kawan. Buat masa sekarang ni aku takde mood nak berfesbuk. Terima kasih pada yang jenguk wall aku dan tinggalkan pesanan kat situ, juga yang hantar private message. Aku okay-okay saja, cuma sedikit JEMU dengan KAMU... KAMU = FB... dan... bla... bla... bla... Nanti bila JEMU tu dah takde, aku meroyan balik semula kat sana yaa... =))
4 Tukang Tembak:
kalau tengah-tengah masak letrik putus, memang hangen...
kalau siang takper lagi. hangen boleh kontrol tapi kalau dah gelap.. siap kau.. satu rumah kena bebel.
azz..akak baru nak tanya..azz..masak ape..nasib baik dah beritahu sebelum akak tanya..
patut tak nampak kek fb..rupo e dah jemu..nasib baik ado blog ni..boleh gak tau cerito..
Kak Pah~> Kannn.... mau terbakar je ati tu kalau karen takde... hehe...
Kak Erna~> Hehehehe... Jemu sekejap je kak.... Mood takde... haha..
Post a Comment