Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, July 31, 2010

SEKADAR CERITA: Bukan nak mengata...

Assalamualaikum....

Ni kisah kejiranan aku yang agak pelik dan jelik perangainya. Mujurlah rumah dia agak jauh sikit dari rumah aku. Buatnya betul-betul kat sebelah rumah aku ni, mau meroyan aku tiap hari agaknya. Orang-orang kat sini dah tahu perangai pelik dia ni. Nak kata dia tak tahu hukum, dia lagi pandai dalam hal-hal agama. Cuma sedikit hairan bila dia tak tahu nak menghormati jiran di kiri kanan rumah dia tu. Banyak yang diceritakan oleh jiran lain pasal dia ni. Antaranya ialah...

i:
Dia tak suka kalau ada dahan pokok yang terjuntai masuk kat kawasan rumah dia walaupun seinci. Bukan tu je, kalau daun-daun pokok tu gugur dalam kawasan rumah diapun dia bising, termasuklah bunga kertas yang terbang ditiup angin. Pastu siap suruh orang potong dahan tu dan kata semut masuk menjalar dalam rumah dia. Baru-baru ni, dia telefon ketua blok suruh orang sebelah rumah dia tu (kawan aku) tebang pokok limau barli kat sempadan rumah dia. Dia kata kalau pokok tu tak ditebang, dia nak suruh jengkaut tolak pokok tu. Tapi bila dengar je kena bayar rm300 untuk kerja tu, terus dia kata dia akan bayar rm1oo je manakala lagi rm200 tu dia suruh kawan aku tu bayar. Dah dia yang sibuk suruh tebang pokok tu, patutnya dia la yang keluar semua bajet. Pernah sekali hari tu aku tengok melambak buah limau barli tu termasuk dengan putik sekali dok berkumpul kat laman rumah kawan aku tu. Sedih aku bila tengok buah tu terbuang macam tu je. Rupa-rupanya jiran tadi bising, katanya buah tu banyak gugur dalam kawasan rumah dia. Kawan aku ni dah naik cemuih nak layan perangai dia tu.

ii:
Kawan aku tu susun zink kat tepi tembok jiran tadi, tapi masih dalam kawasan rumah dia la. Lagipun tembok jiran tu tinggi. Boleh pulak jiran tu suruh kawan aku alihkan semua zink tu kat tempat lain. Dia kata nanti ada ular yang sembunyi kat bawah zink tu, memanjat tembok tu dan masuk kat dalam kawasan rumah dia. Kawan aku dah tak tau nak kata apa dah. Nak dilawan, jiran tu dah tua. Nak didiamkan aje, makin sakit hati dibuatnya.

iii:
Jiran tadi pernah hantar kain untuk buat ropol kat aku. Dia kata kain tu dua meter dan harga semeter ialah seringgit setengah. Dia suruh aku potong dalam beberapa bahagian sebab dia nak buat ropol langsir rumah dia. Pastu dia suruh aku jahit tepi semua bahagian. Maksudnya aku kena jahit tepi keliling la. Akupun buat la apa yang dia suruh tu. Lepas je aku siapkan kerja tu, aku bagi la kat dia balik dan dia tanya berapa upahnya. Akupun cakap la beberapa ringgit (akupun tak ingat dah). Bila je dia dengar aku cakap berapa upah untuk jahit tepi tu, terus je dia membebel. Dia kata dia beli kain tu tiga ringgit je, tapi upah lebih tinggi dari harga kain. Akupun terangkan la kat dia. Aku cakap upah tu tinggi sebab kain tu dah dipotong-potong, pastu kena pulak jahit tepi keliling. Masa tu aku amek upah duapuluh sen untuk semeter jahit tepi. Aku rasa takde orang yang amek upah duapuluh sen semeter tu. Itupun jiran tadi bising kata mahal. Sudahnya aku cakap je kat dia, makcik bagi je la berapa yang makcik nak bagi. Dan diapun bagi aku empat ringgit. Terkedu aku bila dia bagi duit tu. Dia lak dengan selamba je cakap, halal la yaa empat ringgit ni. Ya, halal tu memang la halal, tapi aku tak ambilpun duit tu. Aku bagi duit tu kat mak aku, pastu aku cakap kat mak aku: "Mak ambik la duit makcik *** ni. Tak ingin nak makan duit dia." Sejak hari tu, aku tak terima dan buat-buat tak tahu je bila dia tanya pasal upah jahit ni. Get lost....

iv:
Jiran ni tak suka kucing. Dia kata kucing ni suka berak merata. Busuk katanya. Manakala makcik sebelah rumah dia tu banyak kucing. Kucing tu bukan la kucing makcik tu pun. Semuanya kucing yang datang, menumpang makan dan tidur je. Dan tumpang berak sekali la kan.... hehehe.. Kesian aku tengok makcik ni. Dia dah la tinggal seorang diri, jadinya kucing tu la peneman sunyi dia. Dia kena marah gara-gara kucing tu berak kat laman jiran tadi tu. Asal je jiran tu nampak muka dia, mesti jiran tu membebel. Akhirnya makcik tadi terpaksa keluar bajet, tambak simen kat laman rumah dia nak elakkan kucing dari berak dan bau berak tu masuk kat rumah jiran sebelah tu. Dan yang buatkan kami risau, makcik tu dah tak duduk kat beranda rumah dia dah tapi asyik berkurung je dalam rumah sebab tak suka kena bebel dengan jiran yang jauh lebih muda dari dia. Sampai makcik tu kata, menyampah aku!! Asal nampak muka aku je, mula la bising. Tak boleh langsung nampak muka aku. Baik aku duduk dalam rumah je. Tak kesian ke kalau orang tua, warga emas yang kurang upaya duduk berkurung je. Mestilah dia bosan sebab tak dapat tengok orang lalu lalang depan rumah dia. Malah, kalau aku lalu depan rumah dia nak pergi kedai, dia selalu je kirim beli makanan kucing tu kat aku. Dia selalu cakap kesian berat makanan tu sebab dia kirim sekilo atau dua kilo. Tapi aku cakap... takpe la makcik, bukannya jauh kedai tu, dekat je sebab kena lalu depan rumah dia dulu.

v:
Kes yang ni lagi parah. Jiran ni jenis yang suka pulangkan balik barang yang dia dah beli. Tak kira la barang apapun. Walaupun barang tu dah sampai kat umah dia, kalau dia terasa tak berkenan, dia akan pulangkan balik. Pernah terjadi bila dia pulangkan satu set sofa yang dia dah beli, padahal dia sendiri yang pilih sofa tu kat kedai. Pekerja kedai tu dah hantar dan bawa masuk sofa tu dalam rumah dia dah. Pastu bila dia tengok warna sofa tu macam tak ngam je dengan warna cat dinding rumah dia, terus dia suruh masukkan balik sofa tu dalam lori dan bawak balik ke kedai. Dia kata nanti dia telefon tokey kedai tu balik. Waduhhh... pening betul...

vi:
Itu bab sofa. Peti ais pon macam tu jugak. Dia suruh hantar semula kat kedai padahal itu la yang dia pilih dulu. Begitu juga dengan kapet lembut yang dia beli dari mak aku. Dia yang beria-ia nak beli kapet tu, bukannya mak aku nak jualpun. Mak aku cuma tunjuk je kat dia sebab dia nampak masa mak aku dok kibas-kibas kapet tu. Lagipun bukannya mahal manapun kapet tu. Cuma lima puluh ringgit je. Petang tu dia bawak kapet tu balik rumah dia, esok pagi-pagi lagi dia dah pulangkan balik. Mak aku diam je la. Kami ketawa je la tengok perangai dia tu. Lagipun awal-awal lagi aku dah cakap kat mak aku. Aku kata, esok pagi dia pulangkan la balik kapet tu mak. Dan kata-kata aku tu sememangnya benar.... hahaha...

vii:
Lagi satu, jiran ni suka sangat menawar harga barang. Memang la tawar menawar tu perkara biasa. Tapi dia ni bila menawar, kalau boleh orang yang menjual tu tak dapat untung sikit pon. Kawan aku jual pokok bunga, boleh dia mintak harga yang kawan aku tu beli. Habis tu, macam mana kawan aku ni nak untung. Selagi dia tak dapat harga yang dia nak tu, selagi tu la dia akan terus menawar. Kawan aku tu terpaksa keraskan hati dia. Mana boleh bagi muka dengan orang macam ni. Alamat lingkup la bisnes...

Sekadar renungan bersama:

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Ada tujuh golongan orang yang pada hari kiamat kelak Allah s.w.t tidak sudi melihat mereka dan tidak akan membersihkan mereka dari dosa, bahkan kepada mereka Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang lain yang dimasukkan ke dalamnya"! Tujuh golongan itu ialah :

1) Kaum homoseks.
2) Orang-orang yang melakukan melancap.
3) Orang-orang yang memuaskan hawa nafsunya dengan haiwan.
4) Mereka yang menyetubuhi dubur isterinya.
5) Mereka yang mengahwini perempuan dan anak tirinya.
6) Mereka yang berzina dengan perempuan jirannya.
7) Mereka yang mengganggu tetangganya sehingga ia dikutuk olehnya."

(Diriwayatkan oleh Thabrani).

Aku kata: Moga aku disayangi oleh jiran-jiran aku... huhuhu....

10 Tukang Tembak:

kakpah said...

haha.. memang luruh rambut kat kepala ko sebab pening dengan perangai orang kan?...

~Kak AZZ~ said...

Kak Pah~> Tak jugak kak... sebab saya tak layan sangat pe'el jiran camni...

Banyak lagi kerja lain nak buat dari fikir hal jiran sengal camni... huhuhu...

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

kalo sy ar.. wat dek aje.. peduli kan aje org yg mcm 2... :)

kak Erna said...

azz..nasib baik akak tak berjiran ngan orang cam tu..
tapi ujian ada dimana2..kat opis pulak ada..

ArmaniWhite said...

hahahah...ada jugak org cemni.. bab pulangkan sopa tu yg x tahan tu.,.. siyes sgtlah pentingkan diri n nyusahkan org..huhu

~Kak AZZ~ said...

LP Lum~> Wassalam Linda... Akak memang buat tak tau je dgn dia... Malas nak layan... ;p

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna~> Sayapun nasib baik gak kak... sebab rumah dia jauh sikit dari rumah dia... cuma kesian dgn jiran kat kiri kanan rumah dia tu laa...

Kat mana2 ada ujian ni kak... Sabar yoo laa...

~Kak AZZ~ said...

Nami~> Mujur Nami takde jiran cmni... Kalau la ada, harus kurus si Totoi tu nanti... ekekekeke...

Kann... sangat selfish itu orang... haha...

PokaPola said...

hempok je lain kali jiran-jirang cenggitu, hahaha

~Kak AZZ~ said...

PokaPola~> Uiishhh... Mana boleh buat camtu... Kang orang ingat ada live WWE Raw lak... hahaha...

Btw, thanx 4 dropping by... :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »