Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, September 19, 2010

CERITA CAMPUR2: Menu dan Cameron Highlands..

Assalamualaikum...


Gantung periuk lagi ke wehhhh..
Cukup-cukup la beraya tu... Bawa-bawa la masak macam aku ni haaa...
Kang kok lama sangat gantung periuk tu, berlubang lak bontot dia kena makan dek lipas...
Muahahahahaha...

Menu aku hari ni...
Simple like me and myself laa.... hahaha....
Semuanya aku petik dari kebun masa aku naik ke CH hari Khamis hari tu...
Tak tau apa tu CH..??
Haiiyaaa... Itu Cameron Highlands laaa...
kehkehkeh...



Akhirnya...
Sampai jugak aku kat puncak sana....
Walaupun tak pergi melawat kebun teh..
Takpe... Masih ada masa lagi...
Kalau dipanjangkan umur la kannn...
Mudah-mudahan....

Lagipun dekat je CH tu dari rumah aku...
Macam nak pergi Bentong je...
Lebih kurang 1 1/2jam perjalanan sehala... Kalau jalan tak jem laa...
Jalan okay... Cuma ada beberapa tempat yang tak berapa nak okay...
Tapi masih boleh lalu.... Kena bawak bawah 90km/j laa....

Orang asli kat sini hari-hari merempit kat jalan tu..
Siap jual rebung lagi kat tepi highway tu haa...
Siapa nak beli rebung kena sediakan duit kecik/pecah...
Kalau tak, mau sampai 30hengget rebung ko beli... hahaha...
KENAPA..??
Sebab nanti orang asli tu akan cakap duit kecik/tukar takde, anak dah bawak balik rumah...
Bijak.... Bijak.... huhuhu...

Nak cerita pasal menu ke pasal orang asli dengan rebungnya ni...??
Muahahahaha.... Sorriiii.... TERrrrrr......cerita lakk... ihikk....

Okay... Menu aku hari ni...
Sediakan tisu banyak-banyak ehh...
Buat lap air liur yang BAKAL meleleh nanti....
Ngeeeeeee.......


Sayur campur... Ada kimcam, asparagus, anak cendawan, putik jagung, kacang parang dan lada benggala-desh.... =)


Sotong beli kat pekan sari kat sini je... Ada lagi lada benggala-desh tu... ishhh... isshhh.. isshhh... ;p


Chef-de-mission... Kwang... kwang... kwanggg...


Aku kata: Wahaiiiii enpon...!!! Tolonglah jangan meragam... Aku masih sayang kat ko lagi laa... huhuhu... *sayang duit nak beli enpon baru sebenarnya.... ahakk...*

4 Tukang Tembak:

Unknown said...

salam kak azz~

pergh.. memang terliur... terasa lapar semula dah... :))

Acik Erna said...

azz..belum makan dah teraso manih he..sayur segar tu..

Cik Azz said...

LP Lum> Wassalam Linda... Kalau lapar pergi la makan... Jgn paksakan diri tu berdiet.. ;p

Cik Azz said...

Kak Erna> Memang manih kak... Tp yg tak manih ehh bilo ado kawan ckp bajo sayur tu guno najis bab*... Terus lomah somangat nak makan... Kojap yo lomah somangat ehh tu... huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)