Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, September 11, 2010

MENJELANG 1 SYAWAL 1431: Turun padang jadi chef...

Assalamualaikum...

Macam mana dengan hari raya korang?? Meriah atau gundah? Harap-harap semuanya gembira la ya menyambut Syawal kali ni. Dah banyak kumpul duit raya ke..?? Hahahaha... Ni yang rasa nak jadi budak balik semula ni sebab dapat duit raya. Dah veteran macam sekarang ni dah tak merasa dah semua tu... huhuhu... Sodih denn... =D

Aku saja je nak kongsikan menu berbuka masa hari akhir puasa hari tu. Esoknya dah nak raya, maka semua benda kena la buat pada hari tu. Kalau buat awal sangat, takut nanti macam tak meriah je nak sambut raya. Jadi, aku dengan kakak dan adik serta ipar-duai mula la buat kerja-kerja kat belakang dapur ni. Seperti selalu, mak aku mesti buat sop gearbox, rendang daging, rendang ayam dan juga lemang.

Sop gearbox sebelum masak... Adik aku yang tolong potong tulang-tulang ni semua...


Sop gearbox setelah masak. Aku yang buat sop kali ni dan malam raya tu jugak sop dah tinggal kuah je. Adik aku cakap aku boleh buat meniaga sop lepas ni... Banggo denn. Kombang abeh idong ni haa... ekekekeke....


Rendang daging. Aku dengan kakak tukang potong daging. Pastu kakak dengan adik ipar yang perah santan. Adik aku tukang jaga api. Hangit sikit sebab api masa memula tu besar ... hahaha...


Lemang: Adik aku tukang hidupkan api. Kakak aku dengan adik ipar tukang perah kelapa. Aku tukang masukkan beras pulut dalam buluh dengan ejas sukatan santan. Dan seperti selalu, aku jadi tukang jaga dan hentak lemang ni... Syukurlah lemang tu masak dengan elok dan dah habis hari ni (raya kedua).


Melepuh tapak tangan aku gara-gara menjaga lemang ni.. Takpe la, setahun sekali je buat lemang ni pon....


Tukang mesin kelapa... Selalunya abang aku yang buat kerja ni. Tapi disebabkan hari tu dia keluar bandar, maka anak sedara aku la yang kena ambil alih tugas... hehehe...


Aku kata: Selamat menjamu selera.. :)

2 Tukang Tembak:

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

hehehe.. seronok eik ada kuarga yg bosar mcm nie.. mcm sy kuarga kecik aje.. hnya sebelah mak aje yg bosar.. tp xsemuanya balik.. memsing balik kg mentua... :(

~Kak AZZ~ said...

Lp Lum~> Wassalam Linda... Seronok tu mmg la seronok... Tapi ada jugak yang dua tiga ronoknya.... hehehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »