Walaweyyy... Tinggal berapa hari je nak raya ni..!! Banyak lagi kerja yang belum buat. Mana nak pasang langsir lagi walaupun langsir tu dah 5 tahun tak berganti... hahaha.. Tak berganti bukan bermakna tak berbasuh ya kawan-kawan... Kang ada lak yang kata aku tak basuh langsir tu semua. Tak baik buruk sangka tau, apatah lagi di dalam bulan yang mulia ni. Semua nak kena jaga. Betul tak..?? Heeeee.... =)
Tingkap kat rumah aku ni banyak wooo... Tak larat dan tak mampu untuk aku cuci semua. Makanya, aku cuma cuci sliding door aje la... hakhakhak... Inipun tak lulus lagi ni. Terkial-kial aku nak cuci pintu cermin ni. Dah la ada pintu besi, camner nak korek cermin tu bersih-bersih ehh.. Makanya, aku tabik hormat la kepada sesiapa yang kerjanya menjadi tukang cuci ni. Tak kira la cuci lantai ke, cuci tandas ke, cuci bangunan ke.... Apa yang penting, kerja anda tu lebih bagus dan sempurna daripada kerja cuci yang aku buat ni. Sebab itu la kita jangan memandang rendah kerja tukang cuci ni. Ni tak, ramai daripada kita ni memandang kerjaya tukang cuci ni sebelah mata je. Hello... kalau dorang ni takde, ko bau la tandas yang hancing pering tu... Larat ke nak bau semua tu..?? Tambah-tambah kalau ada bau petai dengan jering, pening wehhh... hahaha...
Berbanggalah anda dengan kerja anda itu wahai tukang cuci... Janji kerja tu HALAL... Tapi jangan la marah-marah kalau ada orang lalu-lalang masa korang tengah mengemop lantai ehh... ;p
Ni la hasil kerja aku.. Kena ambil kursus ni kerana aku GAGAL dalam melaksanakan tugas sebegini.... huhuhu....
Kotoran yang perlu di'nyah'kan segera...
Cermin yang berbalam dengan kesan apa entah la... hahaha...
Ceewaahhh... Gaya mengalahkan team Cuci Hans Isaac tu... kehkehkeh....
Tadaaaa...!!! Ni la hasilnya. Cermin dah tak kusam lagi dah. Terus menerus nampak lantai kat luar tu... LULUS tak camni... hahaha...Sekejap je ni. Balik budak2 ni sok, abeh la berbalam semula... ;p
Aku kata: Cucilah hati dan minda kita daripada segala kekotoran agar jiwa kita menjadi lebih tenang dan aman. Kalau nak jadi nasi tambah tu, jadilah nasi tambah yang ada zat, penuh berkhasiat agar badan kita sihat tatkala memakannya dan bukannya menjadi nasi tambah yang dah basi. Fikir-fikirkan la yaa... ~ PEACE ~ (ingatan untuk diri aku sendiri..)
5 Tukang Tembak:
Asslamualaikum...
ckLah datang untuk mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin...
Terimalah kad ucapan maya di blog ckLah...
Jumpa lagi selepas Ramadhan melabuhkan tirai.
InsyaAllah.
waaaa.tahniah tahniah..
kekekekeke
samat hari raya kak azz.. ;))
ckLah~> Waalaikumsalam... Selamat Hari Raya, Maaf zahir bathin dari akak jugak yaa... Insyaallah, panjang umur kita jumpa lagi...
Bubu~> Macehhh... hahahaha...
Selamat hari raya untuk ko jugak ehh... Maaf banyak2 jika ada salah silap, terlebih gurau kat fb tu... hikkk...
Nice Post Admin!! this is really very good Article.
If you are facing any problem your Netflix account, Please call us today!
netflix.com/activation link
Netflix activation code
netflix.com/activation
Post a Comment