Assalamualaikum...
Hari ni aku poskan pad herba pantyliner ni untuk seorang kawan blogger aku. Terima kasih dan tahniah aku ucapkan pada beliau di atas sikapnya yang berani untuk mencuba produk ni. Seperti yang pernah aku beritahu sebelum ni, pad herba pantyliner AVAIL ni bersifat serbaguna dan bukannya sekadar untuk ditempekkan di bahagian 'itu' sahaja... =D
Sebagai permulaan, kawan tersebut membeli 3 bungkus dahulu... Harap-harap lepas ni beli la lagi ya kak... (Nama pelanggan dirahsiakan.... hehe...)
Hari ini juga kepala aku tinggg... tonggg... Semuanya gara-gara memakan biji bakong rebus ni. Rupa dan rasa biji bakong ni seperti biji cempedak. Sebab tu kepala dan badan aku rasa sengal je, angin dah masuk dalam badan... Masa makan punya la sedap sampai tak ingat dunia. Selepas makanpun sedap gak, ni yang terkena sakit-sakit badan ni... hahaha...
Aku tak tau lak apa nama untuk biji bakong ni kat daerah lain. Bila aku cuba google, yang keluar adalah artikel pasal pokok bunga bakong yang kaler putih tu. Menurut mak aku, buah bakong ni dimakan bijinya sahaja manakala isi buahnya dibuang. Tak tau la pulak kenapa. Pokoknya juga seakan-akan pokok cempedak. Biji bakong ni katanya sedap dicicah bersama dengan kelapa parut muda. Manakala menurut jiran aku orang Penang, dia kata kat tempat dia biji bakong ni boleh dicampurkan ke dalam kari ayam atau daging... Orang utara boleh beri sedikit info tak pasal ni..?? Sudi-sudilah kongsi ya... Macehh... =D
Oleh kerana badan dan kepala aku dah mula sengal, maka akupun makan la mangga muda ni.. Dah macam apa je dok makan benda-benda masam ni.... Nak buat macam mana, terpaksa... huhuhu....
Tingggggg..... tongggggggg.....!!!
Siapa pulak yang tekan loceng pintu ni....
Ehhh, rumah aku mana da loceng pintu daaaaa.... Mamai ke apa ni....
Hahahaha....
Aku kata: Kalau boleh, aku tak nak la jadi seperti tin atau tong kosong. Dah la kosong, bocor pulak tu.... Sudi-sudilah bantu aku ya. Tunjuk ajarku SIFU... =)
3 Tukang Tembak:
azz..pelik kan..makan biji yo buah tak boleh pulak..
akak memang suka makan biji nangkake..biji cempedak ke..kalau arwah mak dulu..biji nangka tu..dah rebus..buang kulit..boleh pulak buat gulai cili api campur ngan ikan sawah tu..sedap..
Kak Erna~> Tu la pasal kak... mmg pelik...
Laaa.. akak pnh makan ehh gulai biji nangka ni... Saya tak pnh lak rasa... Untung gak akak dh pnh makan... pengalaman berharga tu.... hehe...
Saya jumpa Biji Bakong ni kat pasar pagi Padang Tengku Kuala Lipis, tanya kakak yg beli mkn mcm mana? Saya excited nak cuba then google terjumpa blog ni.kakak yg beli bersama saya tu ajar utk buat pengat, rebus masuk santan, gula dan garam.ptg ni nak cuba buat.food adventure mcm ni lah lagi pelik lagi suka 😍
Post a Comment