Assalamualaikum....
Aku nak kongsikan sedikit pesanan yang aku jumpa kat page fesbuk anak sedara aku. Maklum la, benda-benda ni boleh di 'tag' dan di 'share' dengan semua orang. Jadi tak salah rasanya kalau aku tulis semula apa yang terkandung di dalam 'note' tersebut. Nak letak note ori, tulisannya agak kelabu asap sikit. Jadi, aku dengan rela hati menaip kembali apa yang ada kat dalam note tu dan aku buang la mana-mana tanda yang tak perlu seperti penggunaan tanda >>>> yang banyak kat situ...
Kisah ni bagus untuk kita jadikan pedoman terutama sekali untuk kaum perempuan/wanita. Semoga cerita ini memberi kesedaran kepada kita. Baca dengan perlahan-lahan supaya kita merasa terkesan. Begini kisahnya:
***Hal ini berlaku di KL baru-baru ni. Cara baru orang memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan dia keluar ofis agak lewat iaitu agak-agak dekat malam juga.
Dia terserempak dengan seorang kanak-kanak menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak itu kenapa dia berseorangan di petang-petang begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke rumahnya.
Budak tu kemudiannya menunjukkan kepadanya sekeping kertas yang tertulis alamat rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mensyaki apa-apa, terus membawa budak tu ke alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, diapun menekan loceng pintu. Sejurus kemudian dia terus pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar letrik berkuasa tinggi.
Hari berikutnya, apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam keadaan telanjang. Kondom ada di merata-rata dengan air mani yang berhamburan. Tak kurang 20 kondom kesemuanya...
Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir-akhir ini mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan begini, jangan sesekali mengikuti kemahuan kanak-kanak tersebut. Sebaliknya, terus je hantar dia ke BALAI POLIS yang berhampiran.
P/S: Hantarlah kepada rakan-rakan anda yang wanita supaya mereka berhati-hati dan hantar juga pada rakan-rakan yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adik-adik, kakak-kakak dan ibu mereka. Selamatkan mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biarkan naluri keperihatinan mereka mendatangkan bahaya dan musibah pada diri mereka sendiri...***
Aku kata: Secara jujurnya, aku amat malu dan segan nak menaip perkataan mani dan kondom ni. Dengar orang sebut ayat camni pun aku geli... Yuckkk...!!! Tapi terpaksa jugak la tulis, kang ada yang 'buat-buat' tak faham lak... huhuhu...
8 Tukang Tembak:
azz..memang mengerikan..sampai menggunakan kanak2 sebagai umpan..memang hantu betul..akak dah baca dah kat fb ni..
Kak Erna~> Tu la kann... Macam2 taktik yang dorang gunapakai... Mintak2 jgn la terkena kat kaum keluarga kita... kan kak... Ngeri dan ngilu je haiihhh.. huhuhu...
apasal guna kanak-kanak utk mengumpan. nanti budak tu pun membesar jadi macam mereka yang dajal tu jugak.
sekarang ni kita kena lebih berhati-hati kan. berwaspada pada benda2 yang mencurigakan. orang gila banyak berkeliaran di negara kita ni.
dunia semakin bahaya...
mcm2 akal diorg ni nk buat kejahatan sampaikan sggup buat bdk kecik sbgai umpan. apa pulak nasib budk tu akn dtg..
euwwww...betobatla..
macam2 dunia skang..
Kak Pah~> Dorang guna kanak-kanak sbb kanak-kanak ni mudah untuk dipengaruhi. Mungkin dorang gunakan kanak-kanak yang terbiar dan diberi upah untuk melakukan kerja ni.
Betul kata Kak Pah... semakin canggih dunia ni, semakin laju otak mereka berfikir nak buat kerja gila... huhuhu...
Kak Ngah~> Itulah yang sepatutnya kita risaukan... nasib budak2 tu di kemudian hari.. Nasib org yg jahat tu mmg dah sah la susah nak diperbetulkan lagi...
*Terima kasih ya sudi komen... :)
Leen~> Huhuhu.... Harap2 jangan la terjadi kat kaum keluarga kita kan...
Post a Comment