Assalamualaikum...
Ni dia gambar serta resepi Rendang Tok Babas yang aku snap semalam. Kalau nak salin memang tak sempat punya la. Mana nak dengar Pak Engku bagi resepi lagi. Pastu tambah pulak dengan suara dua pompuan pengacara tu yang sibok sangat mencelah masa Pak Engku bercakap. Dah hari-hari keja tu bercakap, apa la salahnya masa chef jemputan nak bagi resepi berhenti sekejap potpet-potpet tu... Mujur la aku takde kat situ. Kalau tidak, mau jugak aku jait mulut dorang ni... Orang dah la nak pokes kat resepi, yang dua orang ni tak habis-habis membebel je. Semak dan bingit okay...!
Kalau ikutkan hati aku, mau je aku crop kepala dua pompuan tu. Tak payah tayang kat sini... Tapi malas pulak nak buang masa nak edit bagai haiihh...
Lagi satu hal, masa tayangkan resepi kat skrin tu, biar la tayangan tu lama sikit. Ni nak snap gambarpun tak sempat, apa lagi kalau makcik-makcik atau janda anak sepuloh yang nak salin resepi tu, lagi la tergagau-gagau. Mana nak dengar lagi, mana nak mengeja lagi, mana nak kuis-kuis tangan anak yang dok mengacau masa menulis tu lagi. Memang la buku resepi ni ada dijual, tapi bukan semua orang mampu nak beli. Kena la fikirkan jugak masalah orang yang kurang mampu dari pelbagai aspek. Ingat orang kaya-kaya ada masa ke nak tengok rancangan macam ni?? Takdenya dorang nak layan melainkan golongan pertengahan dan orang-orang yang duduk kampung macam aku ni haa...
Mungkin ada yang nak salin resepi ni tapi tak berapa nak nampak kat gambar tu. Jangan bimbang, nanti aku akan cuba salin balik resepi ni dan letakkan kat dalam blog masakan aku tu. Akukan prihatin sebab kitakan 1Malaysia.... ehemmmm...!!! Lepas tu nanti boleh la makcik atau ibu tunggal anak sepuluh mencuba resepi tu. Mana la tau boleh jadi macam Pak Engku pulak. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting cuba dulu. Pak Engku dulupun buat kecil-kecilan je. Kan Pak Engku kan....? Ehehh... macam la Pak Engku tu baca blog aku.... hahaahaha... ;p
Aku kata: Nak gelak aje la, boleh tak..?? Hahahahaha... *untuk senaman regangan mulut.... =D
------------------
6 Tukang Tembak:
salam kak azz~
hehehe.. memang dorg nie.. pikir rating aje.. nak2 kalo memang rancangan tu tempat no 1 dlm rating dorg..
azz..boleh2 golak la dulu..tak apa..
he he..
azz asek cerito nengok tv yo..akak cuti yo dapek nengok tv sensiang..he he..salin yo..kalau sompek..nanti tulikan kek blog..boleh share kan..
LP Lum~> Wassalam Linda.... Kann... Kdg2 geram dgn pengacara ni.. over sangat sampai mengganggu konsentrasi... =)
Kak Erna> hahaha.. dah golak dah kak.. hehe...
Akak kojo, mmmg la tak dapek nk tgk tv sensiang hari... Resepi dah ado dah kak kek blog dapo saya tu... cubo la nnt yoo.. hehehe...
Yea,saye pun setuju gak diorang ni klu bcakap xreti nak benti....Pot pet pot pet pun biala reasonable sket bende yg di pot petkan. Yang diorang membebel cedapnye bau,ini kene try ni.Rugi tak try ni. Cmne nak try klu dah membel tak tak tentu hala...hehe....
Nia Dhani Nasir~>
Kannn.... Kdg2 kita tak dpt nak catch up apa yang tetamu jemputan cakap.. Pengacara ni keja dia asek motong cakap orang je...hehe...
Thanx ya sudi singgah dan komen.. =)
Post a Comment