Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, November 5, 2010

MENGEBUN..???

Assalamualaikum...

Hmmm...
Hari ni badan aku lesu dan sengal je. Mungkin sebab semalam aku buat kerja 'mengebun'... hahaha... ayat baru ya adik-adik...

Sebenarnya tanah dan pokok bunga kertas ni dah 4 hari beli tapi dok tersadai je kat situ... Biasa la, mood asek ting tong je... hikk... Jadi, tengahari semalam akupun mula la jalankan misi. Cehh... macam la besar sangat misi tu, padahal 4 biji pasu tu emak aku dah tolong curahkan dengan tanah merah. Aku tinggal nak masukkan tanah hitam dengan anak pokok bunga kertas tu je... hahaha...

/\
See... Ada satu pasu lagi belum berisi pokok bunga. Nak kena beli lagi la bunga kertas ni. Sepokok bunga kertas sekarang harganya adalah 5 hengget.. Tak dapat dah macam dulu, 10 hengget untuk 3 anak pokok bunga kertas...Kat tempat korang cmner lak..? Sama harga ke dengan kat sini...?


/\
Ni tanah yang aku gunakan. Dua jenis tanah ni untuk setiap pasu tadi. Tanah merah tu 5 bungkus harga dia 10 hengget manakala tanah baja tu pulak 10 hengget untuk 3 bungkus.

Baru nak mula 'mengebun' ternampak pulak sekor makhluk perosak ni. Sebelum dia rosakkan pokok bunga aku yang sememangnya dah banyak yang rosak, baik aku hapuskan dia dulu. Amacam...!!! Kejam tak..?? Peduli laa... hahahaha.... ;p

/\
:
Ehehhh....!!! Seronok nampak bertenggek kat tepi pasu aku tu... Siap la ko...!!

~~~~~

Kan dah kena lenyek... Semua jenis bab* perlu dihapuskan dengan segera... =)
:
\/


Aku kata: Tanya-tanya la khabar keluarga kat kampung yang dilanda banjir tu. Jangan la asyik sangat mengadap pc. Kang tak pasal-pasal dengan ko sekali 'hanyut'... :)

2 Tukang Tembak:

kak Erna said...

azz..tah mano datang e..ayat mengebun tu kan..he he..kalau tanam lam pasu..mano boleh mengebun..memasu lah..he he..
kalau tak silap akak..tanah merah tu dulu..sepuluh ringgit dapek lapan bungkus..

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna~> Ni la namo ehh perosak bahaso kak... hahaha... ampunnn ye menteri pendidikan... =)

Memasu tu okay gak kan... hehe...

Wahhh...10 hengget dapek 8 bungkus..?? Orang yg jual kek sini amek untung la tu... huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »