Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, December 3, 2010

AYAM CAKAR KOBAU: Gulppp... ;))

Assalamualaikum...


Hahaha...
Ni apo hal lak dok tayang gambar kobau ni...
Nak kata untuk buat korban, raya haji dah lepas dah...
Nak kata untuk buat aqiqah, dah buat dah dulu... =)
Nak kata untuk buat kenduri kawen...??
Oohhh.... TIDAKKKKK.....!!!
Den lari dulu... muahahahahaha...

Huuiisshhh... Menjoling lak dio haaiihhh... Tarik ekor tu kang... =))


Meh nak cerita jap...
ahakkss...

Semalam kan.. Aku cuba la buat kuih cakar ayam. Sebelum tu, aku ada makan kuih tu masa beli kat UB hari tu. Tapi kuih yang aku beli tu tersangatlah kerasnya. Mujur rasa dia agak sedap.. ngehngehngeh..

Aku bagitau kat mak aku yang aku nak cuba buat sendiri cakar ayam tu. Maka, mak akupun beli la keledek. Pastu aku suruh abang aku tolong belikan gula merah. Kiranya semua bahan dah ada la kan.. Aku ada jugak google resepi kuih ni tapi macam pelik je resepi dorang tu. Hehhh...., belum cuba lagi resepi tu dah pandai-pandai buat penilaian... ;))

Sebelum masuk waktu maghrib tu, aku cuba la buat barang 6 ketul cakar ayam ni. Mula-mula aku sagat keledek tu. Semangat ni menyagat, tambahan pulak guna sagat arwah abah aku punya... sagat masa dia dalam askar dulu. Lepas sagat, kualipun dah mula panas, terus je masukkan barang sejemput keledek sagat tu kat dalam kuali. Pastu masukkan pulak barang dua sudu gula merah. Godek-godek, gaul-gaul, kepit-kepit kat dalam kuali tu. Mula-mula api tu slow la sangat. Apa lagi, besarkan sikit. Tup-tup anak sedara gegurl sorang tu masuk dapur...

Dia: Indok masak apa ni..?
Aku: Cakar ayam..
Dia: Apsal bau hangus je..?
Aku: Api besar tadi, hangit la dia... Mehh tolong indok jap...

Dan diapun tolong la bentukkan kuih tu dengan garfu... Aku ajar la camne nak buat... Bila kuih tu dah agak sejuk, aku suruh la dia rasa...

Dia: Wekkk.... wekkkk.... wekkkk....
Aku: Apsal..?
Dia: Wekkk... pahit laa... wekkk...
Aku: Kehkehkeh... Dah itam, memang la pahit... kihkihkih... Cuba makan yang ni lak..

Dia ambil seketul cakar ayam yang sudah mula mengeras. Aku tolong patahkan sebab kuih tu liat. Pastu sama-sama mengunyah...

Dia: emmmm... sedappp...
Aku: Sedap kan... **kembang kempis hidong... =D

Dan...
Tadaaaaaaaaaaa.......!!!!
Ni la hasilnya...
Kuih cakar kobau yang aku buat...
Kehkehkeh....
:
:
:
:
V


Aku ingatkan takde siapa yang nak makan kuih yang keras berdentung ni. Tup-tup bila terjaga tengah malam tadi, tengok kuih tu dah hilang. So, pagi ni (tak sabar nak tau ni), aku tanya la mak aku siapa yang makan kuih tu. Pastu mak aku jawab...

"Omak yang makan..."

Hahahaha... Kalau big boss tak komplen, korang lagi la jangan nak komplen okay... ekekekeke...

Siapa nak resepi cakar ayam ni, boleh tengok kat sini... tapi aku tak buat ikut resepi ni. Aku buat ikut resepi sendiri, main bantai je... hahaha...

Aku kata: UB = Ulu Bendol.... ahakkksss...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UPDATE...!!!

Ni hasilnya yang aku buat pagi tadi...
Dengan bantuan dari anak sedara comel yang semalam tu...
Berjaya jugak membuat cakar ayam...
Konpem kobau nangeh guling-guling kalau tengok ni...
Hahahaha...


Moralnya: Jangan mudah putus asa. Jika percubaan pertama gagal, cuba lagi untuk kali yang kedua dan seterusnya. Insyaallah, pasti berjaya... Bila dah berjaya, konpem ramai yang suka dan melekat... ;))

6 Tukang Tembak:

Semurni Kasih said...

Nampak menggiurkan...

Mencuba itu lebih baik daripada mengalah dahulu tanpa berjuang... :-)

Boleh bagi tak resepi sendiri yang pakai hentam tu.. =D

ANATI SOKI said...

walalall.. terliur tgk.. :)

kak Erna said...

azz..nampak e..mau bogaduh kobau ngan ayam..dah curik namo he he..
azz..akak pun memang tak ponah buek cakar ayam ni..

~Kak AZZ~ said...

Semurni Kasih> Sedap nama... =)

Betul tu.. Kena cuba dulu baru tau...kann...

Resepi hentam ni kalau rajin akak letak kat blog dapo akak tu ehh.. Btw, thanx singgah... :-)

~Kak AZZ~ said...

Anati Soki> Hahaha.... Takpe lg kalau terliur... Jgn terngidam dah la, jenuh nak cari nnt... hehe..

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna> Tu la tu.. Nasib baik pinjam sokojap yoo namo tu... haha..

Akak cubo la buek kak.. Tapi jgn buek selalu la... Kang naik lak paras gulo dalam badan....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »