Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, December 31, 2010

ULAR..??? Ohhh tidakkkkk..... ▓

Assalamualaikum....


Tiiidaaaaaakkkkkkkkk......!!!!

Secara jujurnya aku sangat takut dengan ular...
Nak pandang gambar ularpun aku dah seram sejuk dah...
Apatah lagi nak tengok dokumentari atau apa je berkaitan ular kat tv...
Ya Allah, meremang segala jenis bulu...
Goli dennn.... huhuhu...

Tapi kalau tengok gambar ular dalam versi katun tu okay la lagi...
Namun, jika tengok ular dalam versi animasi yang tergedik-gedik tu adakalanya membuatkan aku geli-geleman jugak dan ikut tergedik-gedik sama....

Kalau tengok yang macam ni takpe la...
Sangat kiut... kannn.... hahaha...
♥♥♥
♥♥
snake Pictures, Images and Photos
Gulppppp.....!!!


Ular ni ada macam-macam jenis...
Ada yang berbisa, ada yang membelit...
Orang yang suka menipu ni dipanggil ular jugak...
♪♪keh♫keh♪♪keh♫keh♪♪
Yang pasti ular ini sangat bahaya...
Pada aku laa... Pada orang lain mungkin tak bahaya... ;))

Aku pernah bunuh ular hitam...
Kalau tak silap aku ada la dalam empat kali...
Takut jugak tapi terpaksa buat-buat berani...
Dua kali aku bunuh dengan batang penyapu yang batangnya jenis buluh tu...
Dua kali lagi aku bunuh dengan kayu golf...
Yang ni dia masuk kat dalam rumah...
Dia dah nak masuk kat bilik sembahyang dan masa tu mak aku baru je nak mulakan solat...
Terjerit-jerit mak aku panggil aku...
Dan lintang pukang la aku datang dan bila tengok je...
Ularrr...!!! Ularrr...!!! Ularr...!!!

nen Pictures, Images and Photos
Dengan sayapun takut jugak ke.... ♫♪♪♫


Jerit-jerit dulu dan tergamam seketika...
Mujur aku tak pengsan berdiri...
Dan mujur mak aku cepat sergah aku suruh bunuh ular tu...
Mujur jugak ada ridsect kat situ... **Berapa kali mujur daaa...
Cepat-cepat aku sambar dan sembur kat ular tu...
Mongolintin dehhh... Podih mato ehh gak ehh tu kann...

Pastu aku ketuk kepala dia dengan kayu golf tu...
Aku pegang betul-betul kat hujung kayu tu...
Bukan apa, ular tu kan panjang jugak la...
Takut nanti dia berdiri pulak kan....
Bila dia dah mamai je, aku tolak-tolak nak bagi dia keluar...
Orang kata tak baik bunuh ular kat dalam rumah...
Orang kata laaa....
Betul atau tak, dan kenapa tak boleh tu aku tak tau la pulak... =D

Baru-baru ni kat fb, aku ternampak kawan aku kena tag dengan gambar ular ni...
Gerun pulak aku menengoknya haaiiihhh...
Tapi teringin pulak nak kongsikan gambar tu...
Menurut orang yang ambil gambar tu, katanya ular ni dijumpai di kawasan kampung dia...
Maknanya bukan gambar yang di copy paste dari mana-mana web laa...

Siyes.... Aku dah nak pitam dah ni....
Korang aje la yang tengok...
Huhuhuhu...
▼▼▼
▼▼


Aku kata: Oksigen pelissssssssss........ **Pengsannnnnn sudaaaa..... ☻☺☻

4 Tukang Tembak:

kak Erna said...

azz..boto ko yu azz..sogham akak tengok e,,nampak macam tu..tak boghani nak ulang tayang tengok..
takut2 azz pun..boleh yo bunuh..kok akak..akak dah lari keliling kampung dah manggil orang dah..tak akak bubuh sendiri..takut..

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

den suko bonar ngan ular.. bercita2 nak bela ular tapi xdpt permit dr parents den.. den tgk ular nie sgt2 ar cumel mukanya.. bukan memain.. btl2 nie kak... :)

ular paling den suko, ular tedung itam a.k.a king cobra.. :)

akak, gmbr tu mcm di photo shop aje.. sbb sy penah jumpa gmbr tu arie tu.. tp background len.. :)

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna> Tu la kak...Sy ni sogham gak tp topakso la bunuh ular tu... Kok dibiarkan takut dio lopeh lari lak.. lagi bahayo kannn...

~Kak AZZ~ said...

Lp Lum> Waalaikumussalam Linda...

Huhuhu.... Tabik la kek ko sobab ado niat nak bolo ular... Akak sobut ularpun dah mulo meremang dah ni haa...

Ye ke photoshop? Kiranya org tu mcm ular gak la... sbb menipu... lidah bercabang... :P

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »