Pemuda derita selepas parah terkena renjatan elektrik
KLANG 18 Jan. - Seorang pemuda yatim piatu menderita lebih dua bulan setelah hampir keseluruhan tubuhnya melecur teruk akibat terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor, dekat sini.
Dalam kejadian 26 November tahun lalu, Muhammad Hairuman Misnun, 22, tercampak kira-kira lima meter dan seluruh badannya berasap setelah galah daripada aluminium yang digunakannya 'terkait' wayar elektrik.
Akibat insiden itu, dia cedera parah dengan tangan kanannya terbakar dan kemungkinan terpaksa dipotong manakala hampir seluruh bahagian dada dan belakangnya melecur hingga ke dua-dua kakinya.
Kakak mangsa, Maryuni Misnun, 32, berkata, ketika kejadian adiknya itu ada bersama seorang lagi rakannya yang turut bekerja mengait buah kelapa sawit.
"Adik saya selalu mengambil upah mengait kelapa sawit bersama-sama rakannya itu. Pada hari kejadian, sedang mereka bekerja, tiba-tiba rakan adik saya terdengar bunyi letupan yang kuat.
"Dia begitu terkejut melihat adik saya tercampak lebih kurang lima meter dalam keadaan badan berasap dan pakaian terbakar.
"Mungkin galah digunakannya terkena batang pelepah basah yang tersentuh dengan satu wayar elektrik tanpa penebat," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini hari ini.
Muhammad Hairuman yang merupakan anak kesembilan daripada 10 orang adik-beradik baru dipindah ke hospital tersebut semalam setelah terlantar di Hospital Tanjung Karang sejak ditimpa insiden malang itu.
Penderitaan dialami mangsa mendapat perhatian Majlis Belia Malaysia (MBM) apabila rombongan pertubuhan itu yang diketuai Naib Presidennya, Irmohizam Ibrahim melawat mangsa di hospital tersebut.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Aduan Belia, Abdul Rizam Mohd. Akhir.
Menurut Maryuni, sepanjang adiknya dirawat di Hospital Tanjung Karang, keluarganya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan kira-kira RM15,000 bagi mengubati kecederaan dialami mangsa.
"Semuanya kami keluarkan perbelanjaan sendiri kerana tidak sempat hendak mohon bantuan mana-mana pihak kerana sibuk menguruskan keluarga dan adik saya.
"Tidak dapat hendak digambarkan betapa sayu hati saya melihat keadaan adik begini apatah lagi memikirkan masa depannya.
"Saya sedih kerana dia yang berkelulusan elektrikal dari Kolej Intra Kuala Selangor mungkin tidak dapat menggunakan kemahirannya itu," katanya sebak.
Dalam pada itu, Muhammad Hairuman kelihatan trauma dengan kejadian tersebut yang masih terbayang-bayang di matanya serta kesakitan dialaminya akibat terkena renjatan elektrik tersebut.
Kunjungan wakil MBM itu sekurang-kurangnya dapat menceriakan keadaan seketika setelah selama ini mangsa merintih sendirian tanpa perhatian mana-mana pihak.
Ahmad Rizam turut sempat memberikan kata-kata perangsang kepada pemuda itu supaya tidak putus asa untuk meneruskan kehidupan dan mendoakannya agar cepat sembuh daripada kecederaannya itu.
"Kita akan cuba mengenal pasti pihak-pihak yang dapat memberi bantuan dan sumbangan kepada mangsa yang memerlukan belanja membiayai kos rawatan dari semasa ke semasa," katanya.
2 Tukang Tembak:
azz..tadi maso tengok kek sotkobar..akak terus tunjukkan dengan kawan..fb dan blog azz..yang dah siarkan terlebih dulu..
Kak Erna> Heee... Malu lak ghaso ehh kak... Mungkin banyak lagi blog lain yg siarkan pasal budak ni, cumo kito yoo yang tak tau...
Mekasih la sbb akak tunjukkan blog ni kek kawan akak tu... hehe..
Post a Comment