Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Sunday, January 9, 2011

KALAU DAH TAK TAU NAK BUAT APA: Jom masak jom.. (2)

Assalamualaikum...


Heiiii...!!!
Dah raya balik ke weiiii..!!!
Hahaha...
Konon-konon tak sabar nak raya la tu kan...
Gimik je lebih... heuheuheu...

Semalam aku cuba buat biskut raya...
Setelah bertahun-tahun tinggalkan dunia biskut raya ni...
Kadang-kadang tu teringin nak buat...
Tapi bila ada masalah yang timbul, terus terbantut...
Masalahnya bukan apa pun...
MALAS je yang lebih... ahakk... =D

See... Full of chocolate chips and badam... (ccnb)
**Kalau kaut balik lebihan ccnb yang belum terkena tepung tu boleh tak ehh.... ekekeke....

Aku buat biskut coklat chip...
Resepinya aku minta kat pak cik google aje la... :P
Tapi kali ni malas nak letak resepi biskut ni kat blog dapo...
Sebab lepas ni aku plan nak buat bisnes biskut raya pulak...
So kena la belajar jadi KEDEKUT sikit kan... **hint.. hint...
Kalau tak percaya, cuba la mintak resepi kat orang-orang yang berniaga ni pastu tengok la dorang bagi ke tak. Jangan harap la kan. Selalunya dorang buat tak tau atau buat tak dengar je permintaan kita tu. Yang peliknya orang yang tak berniagapun ada jugak yang kedekut resepi ni... Camno tu... haha...

Sebelum masuk dalam oven... Kemek je rupa dia...

Sebenarnya bahan-bahan untuk biskut ni memang dah ada kat dalam peti ais. Konon-konon nak buat masa raya haji hari tu. Tapi kensel sebab sibuk dengan kerja korban, buat lemang, rendang dan macam-macam lagi la. Entah macam mana semalam teringin pulak aku nak cuba buat biskut ni. Tu yang aku buat jugak tu. Bak kata mak aku, kepala angin aku tengah okay la tu... huhuhu.. Ya la, mood tengah baik boleh la buat macam-macam. Kalau mood tak okay, jangan harap la nak buat semua ni. Kang tak pasal-pasal terbakar pulak dapur tu... kihkihkih...

Oven ni aku beli masa kerja kat Johor dulu. Dah lama dah ni tapi masih lagi okay. Tengok la pulak siapa yang jaga... kann... :-)


Rupa memang fail la.. Tapi rasa memang superb... Tak semestinya luaran buruk, dalaman ikut haprak jugak... kannn.... :-)


Dapat dua balang ni. Tapi kalau nak buat bisnes, kenalah kecilkan sikit saiz biskut ni. Kalau buat besar camni, lambat la aku nak jadi KAYA... hikhikhik...


Rasa satu dulu, pastu konpem nak lagi dan lagi dan lagi.... **perasannya la haiihh....


Aku kata: Ingatkan dah lega la sekejap. Rupa-rupanya ada lagi dugaan yang menyusul. Memang cooobaaaaaaannnnnnn sungguh la haiihhh....

4 Tukang Tembak:

kak Erna said...

azz..kok nak meniago..meh anta kek akak sobalang..dah akak kato sodap nanti..baru boleh jula..he he..mandai yo kan.
kan apo..selero tengok azz.punyo kuih rayo tiu..

~ Kak Azz ~ said...

Kak Erna>

Hehehe.. Kok htr kek akak takut tinggal serbuk yoo nnt...

Mmg sodap la kak biskut ni.. Konpem... hehe...

mrsdjones said...

Wah.. nampak sedap apa. ok lah tu dr org yg malas terus nak buat biskut mcm saya :p

Btw, oven tu mcm kenal la. Serupa dgn oven mak saya dulu2. Now ni dah rosak dah uhuk. Dah byk kali tukar cermin tu, nostalgia sungguh!

Redjambu~
Mrs Djones' Journey

~ Kak Azz ~ said...

@mrsdjones -> Hehe... Buat biskut or masak2 ni ikut mood jugak... Bila menjadi tu yg makin seronok tu.. Mmg ni oven jenis lama.. Yg baru ni bnyk yg jenis kaca je kot...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »