Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Monday, January 3, 2011

MAKHLUK PEROSAK: Hapuskan segera sebelum terlambat...

Assalamualaikum....


Bunga umpama wanita...
Sebab tu orang lelaki suka bagi bunga kat perempuan...
Tak tau la kenapa dorang bagi bunga tu...
Mungkin sebab trend...
Ataupun sekadar mengikut kemahuan si wanita...
Mungkin juga sekadar pura-pura untuk ambil hati memikat...
Siapa tahu...??

Ada jugak lelaki bagi bunga kat lelaki lain...
Euuuwww....!!!

Aku suka tanam pokok bunga... **Dulu la... ;)
Tapi aku agak malas nak jaga... **Still malas... :P
Hahaha...
Apatah lagi kalau bunga tu jenis yang mengada-ngada...
Tak boleh kena panas laa...
Tak boleh terlebih air laa...
Tak boleh itu laa... Tak boleh ini laa...


Ada satu pokok bunga ni...
Jauh datangnya ni... hehe...
Pokok bunga ni abang ipar aku mintak kat pekerja Bangla kat CH...
So mamat bangla tu patahkan la dahan pokok tu dalam 3 ranting...
Tapi abang ipar aku tu terlupa nak bawak balik ranting tu kat rumah dia...
Maka mak akupun cuba la cucuk ranting tu kat laman rumah ni...
Elok pulak dia hidup tu... Gemuk pulak tu... =D


Mula-mula cantik je daun dia...
Dengan bunga dia yang besar berkembang...
Memang cantik sangat la bunga tu...
Jiran-jiranpun dah ada yang mengecek... haha...
Tapi dorang kata tunggu ada mood nak menanam bunga baru dorang mintak...

Sejak akhir-akhir ni daun bunga tu habis jahanam...
Angkara kumbang ladybird kott...
Buruk giler rupa daun tu...
Dengan kesan lubang bersepah-sepah...


Hari tu aku sembur pokok bunga ni dengan shelltox...
Harap-harap habis la mati suku sakat kumbang ni...
Mana kumbang yang aku nampak, habis aku picit...
Padan muka...!!!
Musuh perlu dimusnahkan...!!!


Berhenti....!!! Jangan lari....!!! Tapi ada jugak yang lepas terbang setelah membuat lubang... huhuhu..



Kepada kaum wanita...
Jagalah diri kita dari menjadi mangsa makhluk perosak...
Sekali kita dah rosak, selamanya akan diperkatakan dek orang...
Daun yang rosak akan tumbuh daun baru...
Jika diri yang rosak..?
Sanggup ke menanggung malu..??
Jangan sampai jadi begini...
▼▼▼
▼▼
teenage sex education Pictures, Images and Photos
Pengumuman....!!!
Siapa bapak budak kat dalam perut dia ni haa..??
**Ko ingat ada ke yang nak mengaku...?? Kalau dah rosak macam ni, siapa yang susah...???


Aku kata: Selamat kembali ke sekolah ya adik-adik. Rajin-rajin la belajar dan baca buku. Jangan belajar yang bukan-bukan dah laa ya.. Kesian mak bapak kita... kannn...

4 Tukang Tembak:

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

mak sy sembuh sejenis racun kalo pokok dia di serang dek ladybug nie.. :)

kak Erna said...

azz..memang makhluk perosak boto tu..abih dimakan e daun sampai belubang..
kalau tak mau sheltox tu..cubo blend kan cili api..sembur kan dengan air cili api tu pulak..
cilikan dio..padan muko e..

~Kak AZZ~ said...

LP Lum> waalaikumussalam Linda... Sihat ke.. hehe...

Tu la, selalunya sembur dengan malathion.... Ni dah habis la pulak.. tu yang sembur guna shelltox je tu...

~Kak AZZ~ said...

Kak Erna> Tu la tu kak.. Mano tak gogham nengok ehh kan... Dah buruk bona ghoman ehh daun tu...

Nak blend cili api tu mcm sayang lak kak... Dah la cili api mahal mek mek kek sini...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »