Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 12, 2011

SUKA TAK SUKA KITA MANUSIA....

Assalamualaikum....

Rasanya dah sekian lama aku tak buat cerita pasal kucing...
Hmmm... Kalau selalu sangat buat cerita yang sama takut nanti orang meluat la pulak...

Bak kata Fazley ni...

Ahmad Fadzli Yaakob
Biar orang suka kita kerana kita tidak terlalu mencuba daripada orang menyampah kerana kira sering "trying too hard to please"

Aku suka dengan prinsip yang dia pegang...
Kalau ada orang yang masih lagi nak bercakap pasal kolej dia tu, itu korang punya pasal...

▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼▼

Kucing aku si Tett dah beranak lagi pada 2/1/11...
Kiranya macam baby tahun baru jugak la kan...
Kali ni dia dah expert dah dan beranak dengan jayanya...
Tidak macam masa pertama kali beranak dulu, habis cicir sana sini anak dia...
Sekor kat bilik atas, sekor kat atas katil, sekor kat bilik jahit aku ni...
Pastu tak pandai nak menyusukan anak dia tu...

Yang kelakarnya, Tett dah pandai masuk ke "labour room" dia...
Menonong je dia pergi kat bawah katil dan masuk kat dalam raga yang memang sedia ada kat bawah katil tu... Sakit perut aku gelak tengok gelagat Tett.... hehe...



Bila ada anak kucing yang baru lahir, maka akan ada la jugak kucing jantan lahanat yang mengintai-intai...

Dan kucing jantan tu jugak la yang jahanamkan kedua-dua kepala paip kat sinki dapur aku hari tu...

Dan kucing jantan lahanat tu jugak yang telah berjaya melarikan salah seekor anak Tett tanpa sempat untuk aku dan Tett kejar...

Dan semalam aku tengok bangkai anak kucing tu kat dalam longkang depan rumah, yang dah berbau dan dihurungi lalat...

Sedih sangat hati aku. Tambah sedih bila tengok badan anak kucing yang belumpun bukak mata tu gemok gebu yang telah lebam tersembam...


Kucing jantan tu ambil anak Tett yang ada 3 kaler tu.. Dah la budak tu comel... huhuhu.. Selepas kejadian tu, aku bisik kat telinga Tett..."Takpe la Tett... Pasni boleh beranak lagi. Tett kan baru dua kali beranak..." Dan Tett menjadi gelisah sebab asyik mencari tempat persembunyian untuk dia sorokkan anak dia yang tinggal sekor tu....



Mujurlah aku sudah siap merakam detik-detik Tett bersama dengan kedua-dua anaknya. Sebagai kenangan untuk Tett nanti... =D

Kini tinggal sekor je anak Tett..., yang kaler oren tu... :'(

Aku kata: Ibu kucingpun tahu sayangkan anak-anaknya.. Tapi ibu manusia...?? (salah satu dari petikan dialog oleh Allahyarham Mustaffa Noor dalam drama Opah)

4 Tukang Tembak:

ibundo said...

malam tadi tengok berita baby kena buang dalam kotak. hampeh betul mak bapak dia.
dah banyak2 kucing tu camana kau jaga ek. kakpah ooops.. auntiekakpah jaga kucing sekor pun dah terjerit2 bila kencingkan lemari ke pintu ke.. saje je dengki pancut sana sini.

Acik Erna said...

azz..memang la kucing..ado ko nak bunh anak kucingjugak..
tapi nak buek camnao azz..manusia yang ado akal pun..bunuh anak jugak kan..
sayang la azz..cantik warna dia..belang2 lagi..

Cik Azz said...

Kak Pah>

Dah tak larat nak dengar cerita buang bayi ni kak.. Makin dibenteras, makin menjadi2 lak kes ni... huhu...

Kucing2 ni kok koncing dlm rumah, siap la sey picit "bondo" ehh... haha..

Cik Azz said...

Kak Erna>

Tu la kan kak.. Gogham tengok ehh...

Takdo rezeki nak tngk anak kucing tu mombosar kak.. redho yoo la...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)