Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Friday, February 18, 2011

BLUWEKKK...!!! NAK MUNTAH AKU...!!!

Assalamualaikum....

Bluwekkkk....!!!
Nak muntah aku...!!!
Naik kembang tekak aku ni menengoknya...
Eeiii, apa la malang nasib hari ni, tertengok benda alah tu...

stickman vomitting rainbows Pictures, Images and Photos

Sejak dua tiga hari ni macam ada bau yang kurang enak kat dalam rumah aku ni. Kembang-kempis hidung yang dah sememangnya kembang ni menghidu bau busuk tu. Puas dok fikir bau apa la agaknya tu. Sementelah bau tu datangnya dari bilik belakang yang tiada berpenghuni, hanya ada kain baju dan tilam bertimbun je, maka tidaklah diambil kisah sangat. Malas nak masuk bilik tu yang sebetulnya. Kebetulan pula, memang ada bangkai ular yang mati dibunuh dek abang aku kat luar pintu dapur ni. Tapi, setelah mak aku suruh buang jauh-jauh bangkai tu, sepatutnya dah takde la bau busuk tu. Ni masih ada lagi ni, apa hal pulak, kann....

Hari ni bau tu semakin kuat. Lubang hidung akupun dah semakin membesar dah ukurlilitnya. Maknanya memang dah tak boleh tahan lagi dah ni. Nak tak nak terpaksa jugak masuk ke bilik belakang tu. Ayoyo... Itu bau manyak kuat maaaa... Nasib baik tak pengsan...

Proses pertama adalah memunggah tilam-tilam kat atas katil dabel deker tu. Kat bahagian atas katil tu penuh dengan tikar plastik + bantal + toto manakala yang bawah pulak bersusun tilam terbang... Tilam terbang tu tilam yang dah melepet dan lembik tu la... Dipanggil tilam terbang sebab senang nak lempar kat depan tv... Peessshhuuummm...!! Dah sampai depan tv dah tiilam tu... kehkehkeh... Ada jugak orang panggil tilam lempar...

Tilam tu berlipat dua. Makanya selak-selak la dulu tilam tu mencari bau yang busuk tadi. Tilam pertama, selak, okay clear, ketepikan dahulu. Tilam kedua pulak..., selak dan terpana sesaat. Baru selak sikit je terus nampak benda tu bergerak-gerak...

Weekkkk....!!!
Gullpp...!!!

Nak tak nak, cepat-cepat lipat tilam tu jangan bagi benda alah tu jatuh ke lantai, terus keluar bilik, masuk dapur, mintak mak aku bukak pintu cepat-cepat sebab dah tak tahan dah nak bau, pastu terus campak tilam tu kat tepi longkang.. Tilam tu masih lagi berlipat dua. Tak nak aku bukak ehh... Gelikkk...!!! Huhuhu...

Nak tau tak apa kat dalam tilam tu..? Tak payah tau la kot.. Aku sendiri tak berani nak ambil gambar benda alah tu.. Tapi kalau korang nak tengok jugak, aku ambil gambar dari tempat lain je la ehh.. Benda tu adalah ulat yang keluar dari bangkai anak kucing yang mati kat dalam lapisan tilam tu... Tu la masalahnya bila ibu kucing tu asyik berpindah-randah je.. Konon-konon nak selamatkan anak tu, alih-alih mati lemas kat situ... Mak aku suruh kirai tilam tu tapi aku tak nak. Sudahnya dia suruh abang aku bakar je tilam tu... Habis cerita haha...

Aku kata: Tengok pada saiz ulat, mungkin dah 4 atau 5 hari anak kucing tu mati. Tapi apsal baru 3 hari ni je aku terbau busuk tu ehh..? Ni kena tanya kat pakar forensik ni... hehe....

6 Tukang Tembak:

Fariq said...

kehkeh,, tu la azz.. cuba la rajin2 mengemas bilik tu,, mesti tak mati anak kucing tu,, kehkeh,, tetibe kawan lak rasa loya.. ape kes..

latest -
-Realiti Dalam Dunia Blog
-Kepentingan Twitter Dalam Berblog

Cik Ina minat Do do Cheng said...

azz, makcik tak dapat bayangkan cam mana bau dia.sedangkan kencing dia pun tak boleh tahan dia punya bau.habis nak watt cam, mana terpaksalah bersihkan.sabar ye.

kak Erna said...

azz..lain kali..azz bungkuih lu tilam2 tu dengan plastik..baru kucing2 tak dapek nyurok kek situ..he he

~ Cik Azz ~ said...

Fariq>

Bilik tu mana ada bersepah.. Semuanya tersusun rapi.. Masalahnya, ibu kucing yang baru beberapa hari beranak memang selalu pindah2kan anak dia.. Mana mampu nak follow mana dia bawak anak2 dia tu, kann... Kdg2 dah letak dah anak tu kt tempat lain, tapi diangkutnya jugak..

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Tu la.. Dah rajin sangat nak bela kucing, kena la rajin mengemaskannya...

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Banyak tilam ehh kak, tak dayo nak bungkuih doh... Kok bungkuih pon, dio akan bawak jugak poie tompek lain lak.. Dio nak tompek yg sojuk2 nyaman camtu haa...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »