Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 15, 2011

INSIDEN YANG TIDAK KITA JANGKA DAN SANGKA

Assalamualaikum...

Macam mana dengan hari cuti korang hari ni..?
Ada pergi kemana-mana tak?
Ke duduk kat rumah je macam aku..?
Ke pergi dating dengan buah hati tak rasmi?

Aku dari pagi tengok perarakan sambutan Maulidur Rasul kat TV1. Nak kata tengok dari mula tu nampak sangat la menipunya kan... Tapi masa dorang berarak ramai-ramai tu aku tengok la. Teringat zaman kecik dulu berarak macam tu jugak la menuju masjid.

Siapa yang tengok siaran langsung kat TV1 tu mesti perasan satu insiden yang berlaku tu kan.. Perasan tak? Ke tak tengok? Kalau tak tengok, mana nak perasan sebab dah tak tau apa-apa, ya tak..?

Bukannya apa, aku kesian sangat kat tetamu jemputan yang diundang untuk memperdengarkan bacaan kepada hadirin yang datang tu. Entah di mana silapnya, dia boleh tergolek masa nak duduk kat atas pentas tu. Mula-mula tu dah okay dah, tukang pimpin tangan diapun dah nak patah balik la. Tup-tup aku dengar bunyi mikrofon tu semacam je, macam terkena langgar sesuatu. Masa tu aku tengah menggosok baju kastemer, betul-betul mengadap skrin tv.

Astaghfirullaahal'azim...
Astaghfirullaahal'azim....
Astaghfirullaahal'azim....

Tiga kali berturut-turut aku beristighfar... Terkejut sungguh aku bila tengok orang tu dah terbaring sambil terkial-kial nak bangun untuk duduk kembali. Mujurlah petugas kat situ cepat-cepat datang membantu. Lepas tu aku tengok nafas dia turun naik dengan lajunya. Mungkin dia juga terkejut dan tidak menyangka akan insiden yang baru berlaku. Namun begitu, sebagai tetamu jemputan, dia teruskan juga pembacaannya walaupun pada permulaan bacaan tersebut, dia kelihatan sedikit gugup. Akhirnya, setelah beberapa minit (mungkin dalam 2/3 minit lepas tu), barulah dia nampak tenang je membaca surah yang menggunakan Braille.. Dan aku sangat-sangat terpana serta terpukul kerana dia yang buta penglihatan itu lebih bagus dan lancar bacaannya daripada aku yang celik ni..

Kepada pihak pengurusan atau sesiapa sahaja yang berdekatan dengan budak tu, tolonglah jangan marah dia. Ye la kan, majlis tu secara langsung dan disaksikan oleh orang kenamaan serta seluruh rakyat jelata. Selalunya begitulah, jika berlaku kecacatan atau kekurangan dalam sesuatu majlis tu, pasti akan ada pihak yang jadi mangsa, yang akan dipersalahkan. Tapi dalam kes ini, aku mohon sangat, janganlah marah atau kritik budak tu. Sememangnya dia tidak nampak wajah-wajah yang menyaksikan insiden tersebut, tapi kita yang menyaksikan insiden tu nampak perubahan wajah budak tersebut... Dan diapun tidak mahu perkara sebegitu berlaku.. Ampunkan dia. Maafkan dia...

Aku kata: Tersentuh hati ini...

0 Tukang Tembak:

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)