Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 8, 2011

ASMARA KINI MENYERANG KEMBALI..

Assalamualaikum...

Asmara kini menyerang kembali..

Sudah agak lama jugak hati aku beku..
Entah, semacam malas je nak bermain dengan perasaan ni..
Bukan apa, takut kecundang lagi..
Luka lama yang sedia adapun belum pulih sepenuhnya..

Aku suka kat orang tu..
Tapi dia pulak suka kat orang lain..
Begitulah selalunya yang terjadi..
Seolah-olah tiada penghujung yang pasti...
Bukan mudah nak palingkan hati bila rasa suka itu melebihi yang sepatutnya..

Mujurlah aku cuma punyai rasa suka je...
Belum sampai ke tahap jatuh cinta..
Kiranya macam syok sendiri la...
Ibarat bertepuk sebelah tangan yang tidak berbunyi...

Kalau tepuk tangan kat atas meja, ada bunyi laa..
So, tak perlu lagi nak bertepuk kedua belah tapak tangan tu...
Kehkehkeh....

Apa kata malam ni ramai-ramai kita tengok kesinambungan dari drama Asmara. Kalau dulu hanya Asmara je, kini dah jadi Asmara 2. Mungkin sebab Asmara dah ada isteri dua kot... hehehe... Drama Asmara 2 ni bermula setiap hari Selasa, pukul 9 malam seperti dulu jugak.

Enrty ni takde kena-mengena dengan aku. Saja je nak buat promosi. Tambahan pulak tengah takde idea nak menulis. Letih asyik mengejar dan melastik kera je... hahaha..

Aku kata: Ada yang terkena ke..? Jangan marah haa.... hikk...

8 Tukang Tembak:

Siti Safiyyah said...

erkk tak habis lagi kisah kera tu ke kak? ngeh2..tangkap lebih sikit nanti post kat BCR..;p


psstt : Elok ke merendah diri sangat ni?

kak Erna said...

cik kera..jangan la kacau azz lagi..dah letih dah dia ni..
nanti azz beli senapang patah..ha..kok tamat riwayat cik kera..

~LP Lum~ said...

salam kak azz~

sorry lama tak singgah... :(
ye ke xde kena mengena ngan akak?? atau dot dot dot... ^.^

Miecyber said...

Saya dulu tinggal di asrama beberapa tahun...

Gajah liar

~ Cik Azz ~ said...

Siti Safiyyah>

Selagi tuan punya kera tu tak datang tangkap kera tu, selagi tu la cerita tak habis... Mehh la tolong lastik sekali... hehe...

Nanti akak bawak kat BCR ya.. =)

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Ingat nak tipon polis je soh tangkap kera tu.. Takut polis tak layan je nanti... hehehe..

Memang lotih la kak gara2 kera sekor ni.. Semua benda nak kena jaga... huhu...

~ Cik Azz ~ said...

Lp Lum>

Waalaikumussalam Linda...

Ye la.. Mana ada kena mengena dengan akak.. Pandai je nak buat gosip.. kann... haha...

Kalau ikuti drama Asmara tu dari awal, memang macam tu la jalan cerita dia.. Ni mesti tak tengok ni... kan... =D

~ Cik Azz ~ said...

Miecyber>

Hahahaha...

Ke lain pulak lari komen tu ehh.. hehe...

Saya pernah gak duduk asrama bertahun-tahun lamanya...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »