Assalamualaikum...
Jauhi kegelisahan gara-gara insomnia...
Apa yang mesti dilakukan oleh seseorang yang diserang insomnia? Insomnia adalah penyakit sukar tidur pada waktu malam, sehingga membuat seseorang itu merasa gelisah. Untuk mengatasi masalah ini, hendaklah melakukan beberapa perkara berikut:
1- Membaca zikir-zikir yang sesuai dengan syariah.
"Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia"- (Ar-ra'd:13: 28)
2- Tidak tidur di siang hari kecuali terpaksa.
"Dan kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki"- (An-Naba':78: 11)
3- Membaca dan menulis sehingga rasa mengantuk.
"Wahai tuhanku, tambahilah ilmuku" - (Taha:20: 114)
4- Menyibukkan diri dengan kerja yang bermanfaat pada siang hari.
"Dan menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki" - (Al-Furqan:25: 47)
5- Mengurangi minuman yang membuatkan terjaga seperti kopi dan teh.
Kami mengadu kepada kekasih kami sepanjang malam hari. Mereka berkata: "Betapa pendeknya malam kami." Semua itu kerana tidur telah melelapkan mereka, namun tidak melelapkan mata kami.
Pahitnya dosa akan menafikan manisnya ketaatan, indahnya iman dan nikmatnya kebahagiaan. Ibnu Taimiyah berkata: "Maksiat akan menghalang hati untuk melakukan perjalanan ruang tauhid."
"Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan." - (Yunus;10: 101)
Aku kata: Ada orang kata kalau tak boleh tidur atau susah nak tidur, kena mandi dulu.. Masalahnya, bagus ke mandi malam-malam ni? Kang tak pasal-pasal kena jangkitan paru-paru berair pulak.. Sesekali boleh la kot..
8 Tukang Tembak:
Nanti boleh inform ngan anak perempua makciklah, dia satu ada sakit imsonia. Kalau pergi rumah dia, malam asyik berjaga je.Dia kata dah jumpa doktor.
kadang2 kono tengok tv sampai mengantuk. Mulo2 kito tengok tv. peh tu tv tengok kito plak kehkeh..
Cik Ina>
Kadang2 dorang ni dah biasa tak tido malam sejak kat U lagi... Tu yang terbawak2 sampai bebila tu.. Sebenarnya tak bagus kalau berjaga malam tanpa sebab ni.. kan...
Kak Pah>
Yang tu kono tengok cito yang paling ampeh la kak.. Baghu copek tv tu tengok kito.. Kok tengok cito best, makin bosa mato tu ado laa... hehe..
salam,
akak ... maaf yer sy dtg memperbetulkan ejaan insomnia
Insomnia :
is difficulty getting to sleep or staying asleep, or having nonrefreshing sleep for at least 1 month. Symptoms: Difficulty falling asleep on most nights; Feeling tired during the day or falling asleep during the day
Diya-boutique>
Waalaikumussalam Diya..
Terima kasih ya.. Akak tersilap eja la tu.. Kat dalam buku tu dah betul dah ejaan dia...
Dan terima kasih jugak atas pandangan yang diberi... =)
azz..mulo2 memang mengantuk bona..dah lolap sekojap..terjago balik dio..
camno nak buek tu..
Kak Erna> Ontah la kak.. Sy pun selalu gak jadi camtu.. Tu yang kadang2 tido lewat sikit.. Kok tido awal, lagi copek tojago tongah malam, pehtu mulo la tokobil2 yo mato ni...
Post a Comment