Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 1, 2011

JANGAN TERLALU MUDAH MENILAI ORANG...

Assalamualaikum...

Jangan terlalu mudah menilai orang...

Baik dari sudut apa sekalipun samada dari cara pakaian dia, percakapan, penulisan, pemakanan dan apa aje la yang berkaitan dengan cara hidup mereka. Kadang-kadang pelik bin ajaib jugak dengan sikap sesetengah golongan manusia yang seakan-akan begitu seronok menjalankan penilaian sehingga dia terlupa untuk menilai dirinya sendiri..

Susah jadinya bila bercerita tentang kebenaran, tentang kehidupan seharian yang berlaku di sekeliling kita jika apa yang kita ceritakan itu dijadikan bahan untuk menghentam kita balik. Kalau macam tu la persepsi kita, lebih baik cerita yang baik-baik aje agar dapat menutup mulut orang dari bergosip. Bukankah itu hipokrit namanya? Berpura-pura baik namun pada hakikatnya..??

~~~~~~~~~~~

Tiba-tiba teringat kisah lama. Memang dah lama berlalu kisah ni tapi masih lagi aku ingat untuk aku jadikan panduan agar tidak cepat menilai orang lain.

Sewaktu berjalan-jalan di satu shopping kompleks, mata terpandang pada seorang gadis yang berpakaian agak kurang menyenangkan mata. Aku hanya memandang tapi kawan aku dah mula bersuara dan berkata, seksinya baju dia. Aku kata itu uniform kerja dia, terpaksa la dia pakai. Kawan ni cakap lagi, dah la skirt pendek, baju ketat lak tu, macam nak terjojol je 'benda' dia. Dia ketawa dan aku ikut ketawa dengan bebelan dia. Tapi mata aku terus meleret memandang gadis tu. Aku tau gadis tu perasan yang kami berdua sedang memerhatikan gerak-geri dia yang mengusung dulang kecil ke sana sini..

Kemudian, kami terserempak lagi dengan gadis tadi di hadapan tandas bersebelahan ruang solat kat shopping kompleks tu. Kami berdua yang konon-kononnya sopan berpakaian baju kurung serta bertudung ini hanya masuk ke tandas untuk melepaskan hajat dan keluar semula bila dah merasa lega. Namun, gadis yang berpakaian seksi tadi keluar dari tandas dan terus masuk ke dalam ruang solat tersebut.

Mata kami berpandangan sesama sendiri. Bilik yang berdinding kaca dan dilindungi dengan langsir tebal itu kami jenguk. Mata terpaku bila nampak gadis tadi tu menyarung telekung dan tersenyum memandang ke arah kami. Kalau tadi mukanya dipenuhi dengan mekap, kini mekap tu dah takde dah. Tiba-tiba muka aku terasa panas. Aku malu sendiri..

Aku: Ko tengok. Dia yang pakai baju camtu boleh sembahyang. Kita ni?

Dia: (Gelak). Ha'ah la kak. Buat malu je kita ni, kan kak...

Aku: Tu la. Lain kali jangan cepat sangat nak kutuk orang..

Dia: (Gelak). Akakpun sama jugok. Tadi akak gelakkan dia jugok..

Aku: Akak gelak sebab ko kata tersembul tu. Bukannya gelakkan baju dia..

Dia: (Gelak lagi). Ye la.. Ye laa.. Pasni tak gelakkan orang dah. (Gelak lagi).

Sudahnya kami gelak tak habis-habis. Solatnya tidak jugak. Sia-sia je berbaju kurung dan bertudung...(Bisik dalam hati)

Namun, kejadian ini membuka mata kami. Jika keluar bershopping dan tidak sempat untuk solat di rumah, kami akan solat di ruang solat yang disediakan. Dan terima kasih kepada gadis itu yang telah 'menyedarkan' kami secara tidak sengaja..

Ayat copy paste:
Ketawa merupakan puncak kegembiraan dan keceriaan. Namun begitu, ketawa yang diizinkan tidak berlebihan sebagaimana pepatah:

"Janganlah engkau banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati."

Aku kata: Memang seronok ketawakan orang. Namun, adakah kita juga turut merasa seronok jika orang ketawakan kita..?

10 Tukang Tembak:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Itu yang makcik cakap semalam, kita tak tahu niat orang sebenar sebab tu kita tak boleh menilai. Yang jahat jangan sangka tempatnya di neraka tempatnya, yang baik pulak jangan sangka disyurga tempatnya. ini semua Allah SWT punya kuasa.Sama-samalah kita muhasabah diri kan Cik Azz. makcik pun ada kelemahan gak.

Fariq Jalil said...

mungkin ke neraka juga cik ina kalau pempuan tu terus mengaibkan diri dia sendiri dengan berpakaian camtu semata2 nak cari rezeki kat situ.. mesia ni bleum darurat lagi untuk rakyatnya cari pekerjaan ditempat yang lagi baik soal pemakaian..

papepon bab yg gelakkan org tu mmg fs setuju la sgt.. tak elok nak gelakkan kelemahan orang, cer tgk diri sendiri dulu.. :asap

latest -
-DoFollow Kan Blogspot Anda Sekarang...

Angah said...

setuju ngan Fariq, Niat tak menghalalkan cara...gadis tu perlu berusaha mencari pekerjaan lain

Siti Safiyyah said...

sebut pasal keje, penah ade seorang blogger ni kate dia tak pakai tudung sebab kat tempat keje dia takleh pakai tudung then bila ade yg nasihatkan dia utk tukar keje, dia kate ade ke keje yang sesuai utk org pakai tudung? erkk kadang2 ayat org kite -> aku tak pakai tudung/seksi pon aku tetap solat. eh kejap, bukankah lebih elok kalo menutup aurat dan mengerjakan ibadah itu dilakukan seiringan? fikir2kanlah dan mari beramal. :)


psstt : Jom Join Bloglist SS!

ibundo said...

iyo.. kito ni memang goma golakkan oghang. Oghang tosungko, kito tegolak. Tapi pado hal bopakaian ni.. mmm alahai..bialah pakaian tu senonoh. Kalau somayang pun tapi pakaian jolok jolok mato, kek mano nak bagi markah tu. Seelok2 e jangan golakkan. Poi togur budak tu.
Semayang wajib.
Tutup aurat pun wajib.

p/s
kakpah pun kengkadang gomar gak golakkan oghang ni.

Cik Azz said...

Cik Ina>

Tu la... Kadang2 susah nak cakap.. Kalau terlebih cakap, nanti ada yang terasa hati.. Tersalah cakap, nanti ada yang lari dari sisi...

Betul tu.. sama2 la kita muhasabah diri kerana kita semua punya kelemahan yang kita tak sedari..

Cik Azz said...

Fariq>

Kita tak tau kenapa dia terus kerja kat situ.. Namun, dia tetap mengharapkan agar Allah ampunkan dia atas kerja dia tu.. Itu sebab dia solat, untuk menebus kesalahan dia..

Janganlah kita menghukum dia dengan mengatakan mungkin dia akan ke neraka atas sebab pakaian dan kerja dia tu. Mudah2an kita semua akan mendapat tempat di syurga... huhu...

Cik Azz said...

Angah>

Ye la.. Rasanya diapun tak selesa dengan kerja dia tu.. Mudah2an dia dah mendapat kerja yang bersesuaian dengan pakaian Islam...

Cik Azz said...

Siti Safiyyah>

Manusia ni tak sama cara pemikirannya. Kadang2 kita fikir lain, tapi bila bercakap, lain pulak yang keluar...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Sey pon ponah golak an budak jatuh tosungko kak... Kok tak di togo dek abang sey, mau pocah poghut golak gak ehh... huhu..

Sogan lak nak togo baju orang kak... Dio somayang, kito ni tak somayang, tak kan nak togo kot... Kang apo lak dikato ehh kek kito balik...

**Tongah bolajar nak kawal golak la ni kak... hehehe... ooppsss...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)