Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Saturday, March 12, 2011

MOGA SEMUANYA SELAMAT..

Assalamualaikum...

Selamat hari sabtu semua..

Pertama sekali, aku nak ucapkan takziah kepada kerajaan negara Jepun di atas mala petaka tsunami yang menimpa negara matahari terbit itu semalam. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah kuasa Allah. Mudah-mudahan semua rakyat negara kita, Malaysia, yang berada di sana selamat dari ancaman buruk ini. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka.

Keduanya, selamat bercuti kepada adik-adik. Yeaaa... Bestnya cuti sekolah ni kan.. Gunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin ya.. Jangan pulak sekolah cuti, bukupun ikut cuti sama.. haha..

Ketiganya, rumah aku dah mula riuh dengan suara kanak-kanak riang. Anak-anak buah dah balik malam tadi. Lepas ni bermula la episod gaduh-gaduh manja sesama dorang yang berebut-rebut nak gunakan pc.. Dan bermula juga syif mengadap pc yang dorang cipta sendiri. Tak selamat la pc tu gamaknya... kehkehkeh...

Keempatnya, aku kena sorokkan anak-anak kucing aku. Harap-harap dorang tak jumpa la. Kalau tidak, mau penyek bebiket tu dorang tunjal. Budak-budak ni suka pegang-pegang anak kucing tu. Kadang-kadang dorang tak sedar yang dorang terpegang dengan kuat sebab geram dengan kecomelan mereka.. Macam tak selamat je anak-anak kucing aku kalau budak-budak ni ada... huhu...

Cukup sampai empat aje la ehh... Macam poligami la pulak... =D

Sebelum tu, mehh la layan gambar anak kucing aku yang sekor ni. Pestaim ada bebiket yang agak gumuk... Eeeiii... Geram je tengok dia...

Tengok apa tu..
Hello... Cakk...


Ehh.. ehh... ehh... Camner benda ni boleh ada kat atas peyut sayer ni... =))


Apsal syedeh je ni...
Tak kan tengok je...

Aku kata: Mudah-mudahan semuanya selamat... Orang yang nama dia Selamat pun, belum tentu selamat....

4 Tukang Tembak:

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Azz comel nya anak-anak kucing tu.mesti Azz ni penyayang , sebab rajin bela kucing.kat kawasan rumah makcik ni banyak kucing berkeliaran.

kak Erna said...

azz..comel dan montel..
tapi kan..mana azz nak sorokkan..nanti kucing tu keluar sendiri..
mana boleh kurung..sian kat dia kan..

~ Cik Azz ~ said...

Cik Ina>

Saya bela sebab kesian je ni.. Nak kata penyayang sangat tu takde la...

Kadang2 kena perhambat gak kucing2 yg besar ni kalau dorang buat hal..

~ Cik Azz ~ said...

Kak Erna>

Tu la tu.. Dorang dah nampak dah tadi.. Tp sy dah warning dah, cakap jangan usik anak kucing sy ni...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »